Harini cuti, yeah. Macam biasa hobi
aku baca paper. Nak tahu perkembangan semasa, pasal ikan tamban yang naik ke
darat tu. Macam syok je aku tengok dalam tv. Alhamdulillah, ianya tidak kene
mengena dengan bencana tsunami. Memang lega sangat mendengarnya. Tetibe mata
tertancap dengan tajuk artikel ni. Apabila juri lawak tiada kuasa, semakin
ramailah pak lawak mi segera. Macam
menarik je tajuknye..aku pun klik untuk baca.
Rentetan isu:
Isi artikel
tersebut:
Dalam hal ini saya
pula nak tegur Nora Danish dan juga juri-juri lain. Apabila seseorang itu
menjadi juri dalam sesebuah rancangan yang memberi kuasa kepada para peminat
memilih pemenang, kita tak payahlah nak fikir serius sangat pun. Berilah komen
macam mana sekali pun, pertandingan itu tidak memberi apa-apa kesan. Hakikatnya
lawak-lawak yang tonjolkan oleh sebilangan pak lawak mi segera ketika ini
hanyalah lawak-lawak bodoh sahaja. Mutu dan tahap persembahan pelawak di negara
ini masih lagi rendah dan tak ada kualiti. Nilai wang ratusan ribu yang
diberikan kepada pak lawak tidak memberi apa-apa makna dan lebih membuang masa.
Apatah lagi dengan wujudnya sesebuah pertandingan yang memberi kuasa kepada
peminat untuk memilih, maka lebih banyaklah pelawak mi segera ini akan muncul
pada masa hadapan.
Kuasa SMS (khidmat
pesanan ringkas) sebenarnya menjadi punca terhadap runtuhnya industri hiburan
sementara stesen televisyen pula hanya memikirkan bagaimana menjana pendapatan
melalui program yang diterbitkan. Ia menyebabkan dunia hiburan kita pada ketika
ini berada dalam keadaan yang cukup bahaya selain mewujudkan persepsi kekayaan
boleh datang dengan cepat jika menjadi artis. Sebab itulah semakin ramai orang
hendak menjadi artis, pelawak, pelakon dan penyanyi. Tetapi berapa kerat pula
yang berebut-rebut untuk mencari ilmu? Program realiti yang menjanjikan hadiah
wang tunai ratusan ribu ringgit antara penyumbang dalam mengaburi mata penonton
yang tidak menyedari dunia hiburan di negara ini tidak mempunyai apa-apa pun. Sebab
itulah apabila Nora Danish terasa hati dengan sindiran Boboi, saya juga
terkejut. Soal terasa atau tidak seharusnya tidak wujud untuk sesebuah
pertandingan yang ada kaitan dengan SMS.
Nora tidak punyai
kuasa pun untuk menentukan siapa yang kalah atau menang. Malah komen-komen yang
diberikan Nora juga banyak klise yang juga tidak memberi erti kepada pelawak di
pentas. Kalaulah saya jadi Nora, inilah peluang untuk saya melihat pelbagai
sudut kelemahan pelawak yang menyertai pertandingan ini yang saya nampak mereka
hanya ingin membolot wang kemenangan dan bukanlah mahu menjadi pelawak yang
sebenar-benarnya pak lawak.
Sumber: mStar
Tergamam kejap membacanya. Siapa yang menonton Maharaja Lawak Mega 2013 pasti tahu isu ni. Pada
awalnya Boboi ingin tarik diri dari MLM 2013. Tapi tidak dibenarkan. Ye la, dah
nama bertanding kena teruskan sampai akhir. Rentetan isu ni berpanjang bila ada
satu pihak lagi tersingging dengan lawak berbaur sindiran. Sampai la terbaca artikel
ni. Komen yang datangnya dari hati. Straight to the point.
Oh ya…saksikan
program realiti Mimbar Pencetus Ummah
Sebaran dakwah dengan cara kreatif!
Juga kupasan isu semasa oleh peserta
pencetus ummah
Hari: Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Oasis 106 & Astro
Maya HD 135
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
11 comments
dah ramai sgt skg ni pelawak mee segera. lagi satu, pelawak yg xberapa nk lawak sgt dah skg ni pun still lagi duk tangga teratas. gitulah gamaknya kalau undian sms ni :(
mimbar pencetus umah tu best sekali walaupun ia juga merupakan program reality tetapi berbentuk ilmu
Inilah jadinya bila duit sudah mengaburi matlamat.. bakat mula jadi hambar...
macam2 isu la pulak timbul ye.. huhu..
Tak berapa berkenan dengan lawak berunsur sindiran daripada boboi tu....huhu
Mimbar Pencetus Ummah tu memang sangat bagus dan bermanfaat....
haishh..mcm2 pulak jadinya..!
betul tu..program MLM nie dah jadi macam program yang lebih kepada mencari untung dan bukannya mengcungkil bakat..sy paham kenapa juri tak boleh bagi komen yang membina sebab juri pun bukan pelawak..isk..isk..isk..
Regards,
-Strider-
itu la dunia hiburan..mibar pencetus ummah jugak yng bagus
hmmm.. rata2 org lebih suka bercerita psl maharaja lawak.. mimbar pencetus ummah x punn.. huhuhu...
mcm2 jak.
kmk sik berapa minat nangga rancangan yg kedak tok..
Sekali pun tak pernah layan Maharaja Lawak, lebih suka tgok Mimbar Pencetus Ummah ;)