Segmen Hidup Aku Indah

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Setiap orang mempunyai jalan kehidupan yang berbeza. Ada yang mudah melangkah tanpa melalui onak duri yang panjang. Ada juga yang diberikan dugaan bermacam, umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Kesemuanya sudah ditakdirkan untuk kita. Terpulang pada kita bagaimana untuk menangani dan berdepan semua cabaran. Sebagai seorang di khalifah muka bumi ni, kena sentiasa beringat apa yang ditakdirkan untuk kita adalah dugaan dariNya. Mengukur sejauh mana tahap penerimaan kita dengan ujianNya.

Ikuti kisah perjalanan kehidupan Yumida antara dahulu dan sekarang.

Siapa sangka di usia terlalu muda, 13 tahun….ketika Yumida di tingkatan 1…Yumida kehilangan ibu tercinta. Pemergian ibu meninggalkan Yumida dan adik-beradik lain tanpa akan kembali lagi. Sedih, hiba, kesunyian, tertekan…bergelut dalam mematangkan diri sendiri. Tiada insan untuk mengadu, tiada insan untuk menumpang kasih, tiada insan mengajar Yumida erti remaja dan dewasa. Tatkala rakan-rakan lain memeluk erat ibu masing-masing, Yumida hanya membatu diri, bergenang air mata di kelopak. Air mata ditahan-tahan..

Terasa asingnya apabila Hari Raya menjelang. Rakan-rakan lain menggayakan baju baru, bermain bunga api, berjalan dengan ibu masing-masing menuju ke masjid. Yumida hanya mampu memerhati dari jauh, cemburu pada rakan-rakan, akan kasih sayang dari seorang ibu. Sunyi..terasing…sesungguhnya amat terseksa rasanya tanpa kehadiran seorang ibu dalam hidup. Tidak mahu akan pandangan simpati orang kampung, Yumida sentiasa memencilkan diri.

Begitu banyak..dan banyak dugaan yang menimpa diri Yumida. Apalah yang ditahu seorang yang baru merangkak memasuki fasa remaja, tetapi harus berdepan dengan semua dugaan yang lagaknya seperti orang dewasa. Pernah merasa berputus asa…akan suratan takdir yang menimpa diri..

Allah hilangkan matahari… Turunkan hujan dan petir. Penat kita menangis mencari matahari, rupanya Allah nak bagi kita pelangi.

Kini……

Indahnya kehidupan Yumida dikelilingi keluarga tersayang
Syukur Alhamdulillah, selepas apa yang terjadi di usia muda Yumida, kini Yumida merasai kenikmatan kasih sayang dari keluarga, keluarga mertua, suami, rakan-rakan dan ramai lagi. Gambar bersama keluarga mertua percutian ke Brunei Darussalam.

Indahnya kehidupan Yumida kerana berjaya menjejak kaki ke menara gading
Di sinilah tempat Yumida melanjutkan pelajaran selepas habis STPM. Universiti Malaysia Sabah (UMS). Alhamdulillah…dulu terasa betapa susahnya dalam hidup, kini melangkah jauh dari situasi kesusahan dan membina karisma diri.

Indahnya kehidupan Yumida dikelilingi sahabat sejati
Antara sahabat sejati Yumida ketika further study di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Rakan yang sering mengajar tentang subjek yang Yumida kurang faham, rakan yang menunggu Yumida balik dari kuliah untuk makan malam bersama-sama, rakan yang sering menemani Yumida ketika ke library, ke bandar KK. Yang sentiasa memberi kritikan membina buat diri ini.

Indahnya kehidupan Yumida tatkala dinobatkan Top 20 Pelajar Cemerlang SPM
Sekali kita terjatuh, tidak bermakna kita akan jatuh untuk selama-lamanya. Beradaptasi dengan kehidupan yang sukar tanpa seorang ibu, Yumida nekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Dengan cara ini, Yumida akan melupakan kesedihan. Selepas 5 tahun pemergian ibu, Alhamdulillah..Yumida telah diberi penghargaan sempena mendapat result SPM cemerlang di sekolah.

Jika kita ditimpa musibah, bersabarlah menghadapi ujian dariNya. Cekalkan hati, tabahkan hati…orang yang bersabar pasti akan merasai kemanisan di penghujung hari. Segala apa yang terjadi kepada diri kita, pasti ada hikmahNya. Allah sentiasa merencanakan yang terbaik buat kita. Jika diberi kenikmatan, belajar untuk mensyukuri nikmat yang diberi. Indahnya kehidupan ini...kita diberi peluang untuk merasai kegembiraan, kesedihan, kekecewaan..perasaan yang bercampur baur. Itulah warna pelangi kehidupan kita.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

selamat bersegmen kak yumida :)

selamat bersegmen yumida...

p/s: klik nuffy

Regards,
-Strider-