Ending Playboy Itu Suami Aku – episod akhir!

Sinopsis episod akhir Playboy Itu Suami Aku

Afina masih menyembunyikan dirinya di rumah Syaf. Adrian mencari Afina di merata-rata tempat namun kehampaan. Dia langsung tidak dapat menjejaki Afina. Syaf keresahan apabila memikirkan orang tersayang Afina pasti mencari rakan karibnya. Di tambah pula Afina duduk menumpang di rumahnya. Pelbagai ikhtiar Syaf untuk menghubungi Adrian bagi memaklumkan isterinya tinggal bersama dengannya namun gagal. Afina sentiasa dekat dengan dirinya.

Fisya semakin hebat mereka cerita kononnya kehilangan Afina ada kaitan dengan perancangan Afina melarikan diri dengan Fahmi. Mendengar sahaja kisah itu, membuatkan ibu mertua Afina tidak senang duduk! Api kemarahannya membara-bara lantas menyuruh Adrian agar menceraikan Afina.

Adrian semakin bengang dengan cerita yang ditokok tambah oleh Fisya. Malahan lebih teruk, ibunya cuba untuk menjodohkan Fisya dengan dirinya! Sesuatu yang tidak dapat diterima akal baginya!

Fisya tersenyum puas! Rancangan jahatnya untuk meracuni fikiran ibu Adrian berjaya. Malahan dirinya dijadikan calon sebagai bakal menantu keluarga Adrian juga tercapai akhirnya.

Di rumah, Puan Azizah tidak dapat menerima kenyataan apabila Fisya memaklumkan berita tentang risikan dari keluarga Adrian. Ibunya berkeras hanya Adrian sahaja jodoh untuk Afina. Selepas ibu dan ayah Fisya meninggalkan halaman rumah, Nazri yang bersembunyi sejak tadi muncul di hadapan Fisya. Fisya terkejut! Berita yang didengar oleh Nazri dari mulut Fisya membuatkan dirinya marah! Nazri bertindak kasar dan menggugut Fisya bahawa hanya dia yang akan dijodohkan dengan dirinya. Nazri memperkosa Fisya! Fisya menangis tersedu-sedu sambil menyimpan dendam!

Syaf berjaya menghubungi Adrian dan memaklumkan keberadaan isterinya. Mendengar sahaja isterinya dalam keadaan selamat, Adrian menarik nafas lega. Walaupun pada awalnya Adrian berkeras ingin berjumpa dengan Afina, Syaf menghalang kerana risau rakan karibnya akan pergi. Syaf juga memaklumkan pada Afina bahawa ibu Adrian cuba untuk menjodohkan Adrian dengan Fisya. Afina bertambah sedih dan redha jika itu yang akan berlaku.

Nazri dipukul hingga cedera parah oleh orang suruhan Fisya. Inilah dendam yang tersimpan rapi oleh Fisya selepas dirinya diperkosa oleh Nazri. Fisya puas apabila mengetahui Nazri dihentam teruk oleh orang suruhannya.

Adrian datang ke rumah keluarga Afina demi membincangkan tentang risikan keluarganya. Adrian menolak dan tidak bersetuju akan rancangan ibunya untuk melamar Fisya. Mendengar sahaja berita itu, Fisya berasa marah. Adrian menyatakan dia akan tetap menunggu Afina sampai bila-bila.

Semasa Fisya ingin menuju ke tempat parkir keretanya, keluar kelibat seorang lelaki dan meluru ke arahnya. Fisya cedera parah akibat tikaman pisau di perutnya, akhirnya Fisya meninggal dunia.

Suasana sepi dan suram menyelubungi kawasan perkuburan. Ayah Fisya redha atas apa yang berlaku dan menganggap pemergian Fisya adalah suratan takdir. Keluarga Afina dan Adrian bersatu semula. Kini, Afina hidup bahagia bersama suaminya. Malah bakal menimang cahaya mata sulung mereka. Adrian semakin mengambil berat dan bertambah romantis terhadap Afina.

Masa kian berlalu, perut Afina juga kian membesar. Suatu hari Adrian membawa Afina ke tepi pantai dan menutup mata Afina. Adrian ingin memberikan kejutan istimewa buat isteri kesayangannya, Afina. Adrian memimpin tangan Afina. Setibanya di suatu tempat, Adrian membuka penutup mata Afina. Afina terkejut melihat tempat yang dihiasi oleh Adrian dengan taburan bunga dan gantungan botol kaca. Adrian merapati Afina, katanya dalam botol tersebut merupakan luahan hatinya terhadap noto-nota yang pernah Afina tulis suatu ketika dulu. Afina merasa sangat bahagia. –TAMAT-

Saksikan episod penuh: KLIK Playboy Itu Suami Aku 

Ending Playboy Itu Suami Aku – episod akhir!

Ending yang bahagia. Sure ramai yang suka sambil tersenyum-senyum. Malah semasa drama ini hangat dipertontonkan, ramai yang tak suka si Fisya Fish tu! Hahahaha…terbukti lakonan Chacha Maembong begitu mantap! Mutu lakonan Fattah Amin dan Risteena Munim pun ada nampak peningkatan jika dibandingkan dengan episod pertama.

Isu panassssssss:

Harapan Yumida, agar mereka mempertingkatkan lagi kualiti lakonan di masa hadapan. Ye la, nama pun tengah naik, hope gunakan peluang ni sebaiknya. Mana tahu bakal dilamar lagi oleh pihak produksi drama...kan kannn.. All the bez untuk semuanya.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

13 comments

xpernah tgk pun tgk sekali terus xminat

Boleh tahan episod akhir marek ;) hee

Suka dengan Ending Playboy Itu Suami Aku...orang yang berbuat jahat pasti akan mendapat balasannya...

best gak eh ending dia.. rasa mcm nk tgk la.. kena tgk dari episod 1 la kekdahnyer ni.. hahaha...

cerita best je..cuma pelakonnya macam xberapa nak pandai berlakon..

Sebanyak banyak episod, episod akhir je yang boleh tahan...yg lain aku tak puas hati..

*Bini tengok, elih pun terikut sama haha..:D

Klik tabung INTI kat sini..

saya tak tengok drama ini tapi baca sipnosis dia macm best jer..hehe..datang sini isi tabung inti..

Regards,
-Strider-

Ohsem. Thanks, kak umi! Kmk sik dpt nangga marek. Ngabang.. Hahaha :)

tak payah tengok pun takpe..sinopsis ni lengkap jalan ceritanya..tqvm..

happy ending....menarik...!