Alhamdulillah, hampir sebulan Yumida mengambil Ephyra.
Thanks buat Oceanlife2u dan abang Eyriqazz sebab memberi peluang kepada Yumida
untuk merasai hasil positif kesan pengambilan Ephyra ni.
Review entry selepas menerima pengeposan Ephyra. Jom terjah ke sini:
Buat rakan-rakan, Ephyra ni merupakan sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen.
Seperti yang kita semua tahu, kolagen ni banyak khasiat dan manfaatnya.
Sekarang semua produk kecantikan pasti terkandung kolagen. Begitu popular dan
pentingnya kolagen ni buat kita. Apa yang membezakan Ephyra ni dari produk lain
ialah kandungannya mengandungi (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri,
Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk
Tomato). Haaa…gitu! Excited dengan penerimaan kotak bungkusan Ephyra ni, Yumida
lantas mencubanya! Jom ketahui perubahan positif selepas Yumida mengamalkan
peminuman Ephyra ni hampir sebulan gitu.
Pengalaman Yumida
selepas menggunakan Ephyra:
1) Kulit Yumida jenis
sensitif. Jerawat yang bertenggek kat pipi sure meninggalkan kesan hitam.
Terpaksa make up tebal sikit kasi cover bekas hitam tu. Sekarang dah tak perlu
make up tebal-tebal kasi sembunyikan bekas hitam tu, sebab apa…kesan hitam di
pipi semakin pudar. Rasa macam keajaiban jer. Tapi makin lama minum Ephyra ni,
tompok hitam tu makin menghilang. Yey! Sukanyeeee…
Gambar sebelum: Ada tompok-tompok
hitam di pipi. Tompok ni sukar nak hilang even pernah menggunakan pelbagai
produk. Gambar di atas tu, wajah Yumida telah menggunakan make up. Sungguhpun
begitu, pun masih gagal menyembunyikan tompok hitam di pipi.
Gambar selepas: Gambar ni tanpa menggunakan make up!
See…korang boleh lihat dah tak ada lagi tompok hitam! Yey! Hepi u olls! Sebab
tu la Yumida cakap yang Ephyra ni memberi keajaiban.
2) Dahulunya timbul banyak jerawat bila hampir waktu period. Selalunya jerawat timbul di
muka. Ada yang besar dan ada jerawat halus. Kulit wajah Yumida macam nampak
kasar je dari jauh. Then, guess what…lepas menggunakan Ephyra ni aktiviti
jerawat di wajah Yumida jadi terbantut. Diorang macam malu-malu je tumbuh.
Hihi.. Itulah penangan Ephyra. Sememangnya membantu dalam memulihkan jerawat.
Sekarang wajah Yumida licin ala-ala baby macam tu. Tiada lagi bonjol-bonjol
kasar di pipi.
3) Lepas pengambilan Ephyra ni kan, Yumida rasakan kulit
lebih anjal, halus dan paling penting berseri-seri! Before ni kulit kelihatan
kusam, penampilan pun kurang menarik. Tapiii lepas penggunaan produk ni ramai
yang perasan diri Yumida kelihatan berseri-seri. Macam pengantin gitu!
Hikhikhik.. Terasa kulit ni lebih sihat, kehadiran kolagen dalam tubuh badan
Yumida sememangnya membantu mencerahkan kulit dan merawat kulit.
4) Yumida kerap kali berasa letih dan rasa tak bermaya
even mendapat tidur yang cukup. Patutnya bila tidur dah cukup, badan rasa segar
dan aktif. Tapi kan, lepas minum Ephyra ni terasa perubahan dalam diri Yumida.
Dah tak macam dulu dah. Dulu asyik lesu je rasa. Sekarang rasa lebih berenergi.
Iye…betul! Tidur cukup, pemakanan bernutrient, pengambilan Ephyra setiap hari
sememangnya membantu memberikan tenaga buat Yumida. Haaa..bila buat kerja rasa
lebih fokus dan bersemangat!
5) Sistem imun badan Yumida ni lemah. Kerap selsema bila
cuaca tak menentu. Ye la cuaca ni tak boleh nak dijangka. Pagi tu panas, petang
tetiba hujan. Especially sekarang ni, hujung tahun, bermulanya musim hujan juga
musim banjir. Bila terkena gerimis hujan ni kan, sistem imun badan jadi lemah,
mula la selsema, asyik bersin-bersin je. Selepas menggunakan Ephyra kan, Yumida
perasan jarang dah selsema. Rupanya bila Yumida baca kelebihan Ephyra, memang
produk ni membantu meningkatkan sistem ketahanan badan. Wah gitu! Patut la rasa
diri ini lebih imun.
6) Before ni Yumida mempunyai masalah akar rambut lemah.
Means rambut mudah gugur. Bila disikat kan, wah…bersusun je rambut kat sikat.
Siap bertindih-tindih lagi tu. Aah time tu memang risau betul dengan masalah
rambut. Lepas pengambilan Ephyra ni kan Yumida tengok jumlah rambut yang gugur
tak banyak macam dulu. Happy la kan…terlepas dari mimpi ngeri..bayangkan u olls
bila rambut banyak gugur dari hari ke hari. Kan boleh menipiskan jumlah rambut.
Seram bila terbayang wajah botak. Hihi.. Alhamdulillah, Ephyra penyelamat
rambut Yumida.
7) Haaa…yang ni Yumida tak boleh lupa. Masa pengambilan
Ephyra lepas 2-3 hari tu kan, Yumida rasa sentiasa kenyang. Tak rasa lapar.
Betul! Sampai Yumida cakap kat rakan sekerja, rasa macam belum lunch tapi rasa
masih kenyang. Tak lapar macam hari biasa. Yumida pun flash back balik apa yang
Yumida makan before turun kerja. Rupanya Yumida minum Ephyra ni di awal pagi,
memang memberi kekenyangan buat Yumida sampai ke tengah hari. Maybe kandungan
Ephyra kot bernutrient. Hmmm..macam ni boleh la Yumida slim, sebab ada Ephyra
mengawal nafsu makan.
8) Yumida sememangnya mempunyai masalah gastrik. Bila
jadual makan tu tak tetap. Mudah je diserang gastrik. Ulu hati jadi pedih.
Kurang suka bila dilanda gastrik, coz menganggu rutin harian Yumida. Tak sangka
lepas mula minum Ephyra ni, jarang dah gastrik datang menyerang. Tiada lagi
rasa pedih di ulu hati. Macam yang Yumida kongsikan before ni, yang Yumida rasa
kenyang bila minum Ephyra. So, pengambilan makanan pun kurang. Keajaibannya,
gastrik pun takde datang menyerang even jadual pemakanan Yumida tak teratur.
Wah…hepi sokmo!
9) Lepas tu kan, awal-awal pagi Yumida dah start
‘membuang’. Bagusnya Ephyra ni coz memudahkan sistem pencernaan tubuh badan
kita. Kalau dulu kena tunggu berhari-hari lamanya baru membuang. Tu la kan,
bila sembelit tu datang, aduhai kasi diri ini stress. Rasa nak buang tapi tak
dapat nak membuang. Jiwa kacau jadinya! Kini lebih mudah. Ephyra memang
membantu proses pencernaan dan rasa lebih kerap membuang. Badan rasa lebih
ringan, rasa kepuasan bila selesai membuang, rasa diri ini normal..kikiki..
Alhamdulillah, pengambilan Ephyra banyak memberi kesan
positif dalam diri Yumida. Dulu baca testimoni pengguna rasa macam ‘ye ke ni?’
‘ker saje nak promote kot’. Tak sangka, lepas diri ini yang mencuba, merasai
perubahannya, sememangnya Ephyra ni terbukti berkesan! Happy..happy..happy! Kengkawan
jom rasai juga keajaiban perubahan Yumida dengan mencuba pengambilan Ephyra.
Jom kita lihat langkah penyediaan minuman Ephyra ni
special dari Yumida khas buat rakan-rakan semua. Layannnnnnn…
Sediakan 1 sachet minuman Ephyra, botol yang ada penutup
dan air suam/air sejuk. Gunting 1 sachet Ephyra dan masukkan ke dalam botol.
Tuang air suam/air sejuk ke dalam botol dengan sukatan
180 ml.
Goncangkan minuman di dalam botol sehingga Ephyra sebati
di dalam air. Air putih tadi akan bertukar menjadi warna oren.
Jangan risau airnya sedap untuk diminum! Rasanya ala-ala
air oren, juga rasa memakan supplement vitamin C. Sedap u olls! 3 kali teguk je
dah habis! Mudah, cepat, sedap!
See, tak sampai sebulan Yumida dah habiskan 30 sachets
minuman Ephyra ni. Pengambilannya, 1 sachet sehari sebelum sarapan atau sebelum
tidur. Untuk kesan yang lebih efektif, 2 sachets sehari pada waktu pagi dan
malam. Haaa…sure la Yumida nak effect mantap dengan Ephyra ni, Yumida ambik 2
sachets sehari tau! Macam yang u olls tengok, memang nampak perubahan positif
dengan Ephyra ni. Tengkiu Ephyra.
Jom rasai perubahan dan keajaiban dengan Ephyra!
Harga 1 kotak Ephyra RM197.00 (WM) RM207.00
(EM)
Dalam sekotak ada 30 sachets
(penggunaan untuk sebulan)
Pek percubaan pun ada tau!
Harga 1 kotak Ephyra RM68.00 (WM) RM78.00 (EM)
Dalam sekotak ada 10 sachets
Hubungi Ephyra:
Official Website : www.oceanlife2u.com
Fanpage : www.facebook.com/oceanlife2u
Twitter : https://twitter.com/Ephyra2u
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
boleh dikatakan memang berkesan kan..
rasa macam nak cuba, tapi kulit take masalah..takut pakai jd dtg masalah pula T_T
*takde
mmg nampaklah perubahan dia yumida... :)
mmg bseri2!
TERBAIK !!!
EPHYRA diperakui oleh ramai pengguna adalah produk terbaik & berkesan utk semua ..