That Winter, The Wind Blows – Sinopsis drama Korea

As salam buat rakan pembaca,

Drama Korea kini menyengat dengan drama terbaru berjudul That Winter, The Wind Blows. Jalan ceritanya bez! Pelakonnya cantik-cantik juga ensem-ensem! OST untuk drama ni pun bez! Layan…lentok jiwang. Hihihi… Jom ikuti jalan penceritaan drama ni menerusi sinopsisnya, pelakon dan peranan watak mereka, juga perkongsian gambar dan ost dalam drama ni. Terbaik woooo!


drama korea That Winter, The Wind Blows, sinopsis That Winter, The Wind Blows, pelakon That Winter, The Wind Blows, gambar That Winter, The Wind Blows, ost That Winter, The Wind Blows

Drama TV: That Winter, The Wind Blows
Pengarah: Kim Kyu-Tae
Penulis: No Hee-Kyung
Jumlah episod: 16

Sinopsis That Winter, The Wind Blows
Oh Soo (Jo In-Sung), dikenali sebagai kaki judi di kejiranan Cheongdam. Dia ditinggalkan oleh orang tuanya ketika masih kecil, juga kehilangan kekasih hati. Manakala, Oh Young (Song Hye-Kyo) merupakan pewaris sebuah syarikat gergasi. Dia kehilangan deria penglihatan ketika kecil dan hidup kesunyian selepas pemergian ayahnya. Siapa sangka hidupnya yang penuh kesunyian tiba-tiba berubah dengan kehadiran Oh Soo.

Oh Soo ditinggalkan di rumah anak yatim semenjak dia masih bayi. Kemudiannya, kekasih yang dicintainya telah meninggal dunia. Oh Soo kemudiannya bekerja dengan Jin-Sung (Kim Beom). Pada masa yang sama, terdapat seorang lagi bernama Oh Soo.

Suatu hari, pekerja Oh Soo memberitahu Oh Soo dan Jin-Sung yang ayahnya merupakan seorang CEO di syarikat PL, dan dia juga mempunyai seorang adik bernama Oh Young (Song Hye-Kyo). Pada mulanya, Oh Soo and Jin-Sung tidak mempedulikannya.

Oh Soo mempunyai hubungan dengan aktres So-Ra (Seo Hyo-Rim). So-Ra obses terhadap Oh-Soo, tetapi Oh Soo tidak pernah menyintainya. So-Ra ingin ke luar negara, selama setahun untuk bekerja dan dia takut andai Oh Soo akan meninggalkannya dan mencari perempuan lain semasa ketiadaannya. Pada masa yang sama, So-Ra menjadikan Oh Soo sebagai kambing hitam, mangsa tuduhan atas kecurian wang sebanyak 7 juta dollar dari ketua gangster.

Ayah Oh Young merupakan CEO syarikat PL. Oh Young merupakan pewaris syarikat PL tetapi dirinya hidup dalam kesunyian. Oh Young seorang gadis buta dan berpisah dari ibu dan abang kandungnya selepas ibu dan ayahnya bercerai ketika dia berusia 6 tahun. Kini, ayahnya telah meninggal dunia. Oh Young tidak mempercayai sesiapa pun, terutamanya Hye-Ji (Bae Jong-Ok), orang yang menyebabkan ibu dan ayahnya bercerai.

Suatu hari, Oh Young menerima surat daripada abang kandungnya iaitu Oh Soo. Menurut posmen, Oh Soo kerap menghantar surat tetapi surat yang diberikan untuk Oh Young sering disembunyikan oleh penjaganya iaitu Hye-Ji. Oh Young nekad berjumpa dengan abang kandungnya tanpa pengetahuan Hye-Ji. Oh Young menggunakan khidmat teksi dan memintanya untuk memandu ke arah alamat surat tersebut. Alamat surat ditujukan di sebuah hotel.

Oh Soo bingkas bangun apabila terdengar bunyi loceng pintu. Dia melihat seorang wanita sedang berdiri dihadapan biliknya. Dia memberitahu dirinya adalah Oh Young, tetapi Oh Soo tidak mengenalinya. Oh Young bertanya siapa lelaki dihadapannya, kemudiannya dia diberitahu bahawa lelaki tersebut ialah Oh Soo.

Pada masa yang sama, baru Oh Soo sedar wanita tersebut mencari Oh Soo yang satu lagi. Oh Soo memberitahu Oh Young bahawa abangnya berada di institute dan akan balik pada jam 3 petang. Oh Soo kemudiannya menyambung semula tidurnya. Apabila Oh Soo bangun dan meninjau di lobby hotel, dia melihat wanita tadi masih berada di situ. Oh Soo mendekatinya. Oh Young meminta Oh Soo membaca surat yang dihantar oleh abangnya. Baru Oh Soo sedar rupanya wanita tersebut seorang yang buta. Oh Soo membawa Oh Young keluar dari hotel dan membacakan surat untuknya.

Semasa membaca surat, Oh Soo dimaklumkan bahawa dirinya sedang dicari oleh sekumpulan lelaki. Oh Soo lantas bangun dan melarikan diri. Semasa Oh Soo menyelamatkan diri, pekerja Oh Soo muncul dan memberikan bantuan.

Tanpa diduga, pekerja Oh Soo telah terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah kereta. Oh Soo kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan lelaki yang mengejarnya. Pada ketika itu, Oh Youg berada berhampiran kawasan itu, dan sedang menaiki sebuah teksi. Dia tidak mengetahui bahawa abang kandungnya, Oh Soo mati di hadapannya. Oh young beredar dari situ selepas mendapat panggilan bahawa ayahnya telah meninggal dunia.

Semasa Oh Soo berada di dalam penjara, So-Ra dan peguam datang melawatnya. Mereka menerangkan kepada Oh Soo akan membebaskannya. So-Ra memberitahu kepadanya untuk menghabiskan setahun di penjara dan kemudiannya hidup bersamanya di Switzerland. Dia mempunyai 7 juta dollar hasil skim penipuan. Oh Soo memberitahunya yang dia tidak akan kembali pada So-Ra walaupun dirinya dibunuh untuk tujuan itu.

Setahun kemudian, Oh Soo keluar dari penjara. Dia mempelajari hidup tanpa wang dan hidup dalam buruan kumpulan gangster iaitu Moo-Cheol (Kim Tae-Woo). Moo Cheol percaya Oh Soo telah mencuri wangnya berjumlah 7 juta dollar darinya. Moo Cheol memberitahu kepada Oh Soo untuk membawa wang yang dicuri olehnya dalam masa 100 hari, jika tidak dia akan mati.

Oh Soo tidak mempunyai tempat untuk tinggal, jadi dia pergi ke bilik atas bumbung di mana pekerja Oh Soo tinggal. Semasa berdiri di bilik atas bumbung, seorang lelaki mendekati Oh Soo dan bertanyakan jika dirinya ialah Oh Soo. Selepas mengesahkan dirinya Oh Soo, lelaki yang dikenali sebagai Jang Sung (Kim Kyu-Cheol), orang penting dalam Syarikat PL menarik nafas lega. Dia telah lama mencari Oh Soo demi anak majikannya iaitu Oh Young, seorang gadis buta. Para peguam percaya Oh Soo merupakan abang kandung Oh Young. Ketika itu, Oh Soo sedar dengan cara itu dia boleh membayar semula wang kepada ketua gangster.




Pelakon That Winter, The Wind Blows
Jo In-sung sebagai Oh Soo
– Seorang anak yatim piatu yang telah ditinggalkan ibunya ketika dirinya masih bayi pada musim salji. Oh Soo terlibat dalam dunia hitam sebagai seorang penjudi dan penipu. Berbekalkan wajahnya yang kacak dan bertubuh tinggi lampai, Oh Soo berperwatakan seorang playboy, sasarannya ialah untuk menipu seorang gadis kaya dan buta yang dikenali sebagai Oh Young.

Song Hye-kyo  sebagai Oh Young
– Ketika berusia enam tahun, Oh Young telah berpisah dengan ibu dan abang kandungnya. Kemudiannya, Oh Young menjadi buta. Dia adalah pewaris tunggal syarikat besar Syarikat PL.

Kim Bum  sebagai Park Jin-sung
– Sahabat baik Oh Soo. Jinsung seorang yang suka mereka cerita tetapi dia sangat setia kepada sahabatnya yang sudah dianggap sebagai abangnya sendiri, yaitu Oh Soo.

Jung Eun-ji  sebagai Moon Hee-sun
– Adik dari bekas kekasih Oh Soo yang berdendam pada Oh Soo yang dituduh sebagai penyebab kematian kakaknya. Rasa dendamya terhadap Oh Soo bercampur dengan rasa kagum dengan keberanian Oh Soo. Eun-ji rapat dengan Jinsung , mereka berdua menjadi pembantu kepada Oh Soo.

Bae Jong-ok sebagai Wang Hye-ji
– Penjaga juga pembantu Oh Young. Ada kalanya dia menunjukkan rasa sayang pada Oh Young, kadang-kadang memperlihatkan misinya yang bermisteri. Dia adalah orang penting dalam Syarikat PL.

Kim Tae-woo  sebagai Jo Moo-chul
– Dia merupakan gangster, seteru dengan Oh Soo. Dia mencintai bekas kekasih Oh Soo yang telah meninggal, yaitu kakak Heesun.

Kim Kyu-cheol sebagai Jang Sung
- Pembantu peribadi keluarga Oh. Seorang yang setia pada majikannya. Dia merupakan orang kedua berpengaruh di Syarikat PL selepas Setiausaha Wang.

Kim Young-hoon sebagai Lee Myung-ho
– Dia ditunangkan oleh Ayah Oh dengan anak perempuannya iaitu Oh Young, si gadis buta.

Im Se-mi  sebagai Son Mi-ra
- Rakan Oh Young yang berasal dari keluarga miskin dan berkerja di sebuah kafe.

Seo Hyo-rim sebagai Jin So-ra
– Bekas kekasih Oh Soo yang psikopat. Dia mencuri wang dari Boss Kim dan menuduh Oh Soo.

Jung Kyung-soon sebagai Jo Sun-hee
– Kakak Moochul, sebagai doktor terbaik dalam bidang saraf.

Kyung Soo-jin sebagai Moon Hee-joo
– Bekas kekasih Oh Soo yang meninggal dunia dalam keadaan hamil. Dia adalah kakak Heesun dan Moochul mempunyai hati padanya.

Gambar That Winter, The Wind Blows












OST drama korea That Winter, The Wind Blows
Tajuk lagu: Winter Love
Penyanyi: The One


Lirik lagu: Winter Love
Penyanyi: The One
I know you, I feel you even if you don’t speak
You’re a hurt person, who resembles me a lot
I know that I never learned of love so I don’t really know about it
But I feel that you are a person who is my destiny

My person is soft like the white snowflakes
That person is hurting me
The wind blows and it seems like it’ll take you far away
So I am protecting you by your side again today

I beg so that my prayers can reach the heavens
I hope for this cruel love that I can’t stop anymore
Even if my life is broken to pieces,
There’s just one person, just one person for me

A love like destiny that I cannot reject
That person is making me sad
Even if the cold winter comes and freezes my entire body
I will always be by your side
I love you, I will hold you
I will always protect you by your side

Romanized:
Naneun geudael algo issseumnida malhaji anhado neukkimnida
Geureon nawa darmeungosi manheun apeun saramijyo
Sarangttawin baewoboji motae jal alji motalgeol naneun aljyo
Hajiman geudaeran saram nae unmyeongingeol neukkijyo

Hayan nunkkoccheoreom yeorin naui saram
Geu sarami nareul apeuge haneyo
O barami bureowa meolli geudael
Deryeogalgeotman gata

Oneuldo geu yeopeul jikigo inneyo
Bireobomnida haneurerado
Naui gidoga daheulsuitge
Baraebomnida ijen meomchulsudo
Eomneun dokhan sarange..

Nae sarmi jogangnado geujeo dan hansaram dan hansaram
Geobuhaji motal unmyeong gateun sarang
Geu sarami nareul seulpeuge haneyo
Chan gyeouri millyeowa on momi da eoreobeorindaedo

Eonjena geu yeope naega isseulkkeyo
Geudael saranghaeyo geudael aneulkkeyo
Eonjena geuyeopeul jikyeojulkkeyo


Saksikan drama Korea That Winter, The Wind Blows
Hari: Isnin hingga Jumaat
Jam: 6.30 petang sehingga 7.45 petang
Saluran: ONE HD 393
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

17 comments

eeee !!! best gile cerite ni . .tak lepas satu episod pon .. ** mama kite laa .. kite selalu lepas episod ..

Fara pon layan citer nih..Oh Young yg cantik !!heeee..

wahh sinopsisnya best... macam nak tengok jer

alaa, dah tengok kdrama ni, hehe memang best..:)

ni kalau kakak sy ngan ank buah sy tau nie, mesti dia chop tv time tu..hehehe

Regards,
-Strider-

Macam best aje .. Nak try tengoklah

Citer baru ke ni sis.. Macam best jer.. Tapi skang dah kekurangan masa nak tengok movie.. Huhu..
http://miezashaklee.blogspot.com

bestnyer..heroin tu mcm heroin autumn in my herat kan?

geramnya tengok banyak drma baru..entah bila dapat tengok pun tak tahu T_T

best sinopsisnya.. menabung churp2.. :D

best drama ni, tapi itulah asyik miss je..huhuh

nampak best. saya pun teringin nk tengok cite ni :D

Assalammualaikum..yumida,

wahhh... best lah yumida buat entry pasal cerita nie..

mselim3

mcm best jer.. mcm menarik jer.. hihihi... tp deqla x penah lyn korean drama or movie..

tak sempat tgk lg.. pernah tgk iklan je.. huhu..