Baru sahaja namanya mula menjadi sebutan kerana
lakonannya dalam drama bersiri Playboy Itu Suami Aku,
tiba-tiba timbul pula cerita kurang enak membabitkan disiplin dirinya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 24
tahun.
Menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, timbul
dakwaan yang mengatakan pelakon berkenaan sudah mula buat perangai serta bertindak membatalkan sesi fotografi
sehingga mengundang rasa tidak puas hati beberapa pihak.
"Sebagai pelakon baharu,
sudah tentu saya perlukan publisiti yang lebih meluas terutama sekali cerita
tentang diri dan kerjaya saya menerusi akhbar. Bagaimanapun, saya ingin
jelaskan bahawa masalah yang timbul ini berpunca daripada salah faham sehingga
sesi fotografi yang diaturkan terpaksa dibatalkan. Sepanjang setahun menjadi
pelakon, saya sangat menjaga disiplin dan tidak pernah datang lambat ke lokasi.
Apabila timbul cerita-cerita sebegini, pastinya ia membuatkan saya rasa begitu
sedih," - Risteena Munim
Jelas Risteena, antara sebab utama dia berhadapan dengan masalah tersebut kerana tidak menggunakan khidmat pengurus,
sedangkan jadual lakonannya kini semakin padat lantaran pelbagai tawaran yang
diterima.
"Apabila mengalami situasi
sebegini, saya pernah menangis dan tidak menyangka terpalit pula dengan
kontroversi memandangkan saya sangat memberi komitmen terhadap setiap pekerjaan
yang dilakukan. Namun begitu, apabila difikirkan semula, tidak ada guna saya
menangis sehingga memberikan tekanan. Saya anggap segala yang berlaku ini
merupakan salah satu cabaran dalam usaha saya untuk mencipta nama dan segala
kesilapan akan cuba saya elakkan agar tidak menyinggung mana-mana pihak," - Risteena Munim
Sumber: Kosmo
Hmmm…lepas
ni boleh la upah pengurus. Biar pengurusan masa pekerjaan menjadi lebih
sistematik. Drama Playboy Itu Suami Aku dah nak sampai ke penghujung. Cepat jer masa berlalu…
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
13 comments
kesiannya dia.. dah glemer org ckp macam2 lak..
Ambillah aku sebagai pengurus...segalanya settle...hahaha
Mudah2an perkara ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan reputasi kariernya..
Bila masuk dunia artis, macam2 hado.
ahahaha ika no comment laa bab artis2 ni....
adeh..
dugaan buat dia, harapmdia tabahkan..
jadi artis ni.. mcm lebih indah khabar dari rupa kan..
sabaq jew la..mula2 mcm tu la
tengok sy ni...dh lama berlakon..ok jew..kihkihkih
sebab tuh tb xnk jd artis heheh ;p
dah makin dikenali bah. bena ya, better ambik PA utk pengurusan yg lagik teratur. :)
klo jadik artis pon bleh kerjaye but I see U memng ade kbolehan sbagai plakon 'n' goodluck for U...Bye
klo jadik artis pon bleh kerjaye but I see U memng ade kbolehan sbagai plakon 'n' goodluck for U...Bye