Persediaan menghadapi banjir – amaran gelombang kedua banjir

Saya difahamkan bahawa gelombang kedua banjir diramalkan melanda sekali lagi di beberapa buah negeri hujung bulan ini. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, saya berharap agar penduduk dan agensi-agensi keselamatan dapat berganding bahu dengan lebih sistematik. Utamakanlah keselamatan diri dan keluarga, serta marilah kita sama-sama berdoa agar banjir ini segera berakhir. - facebook Najib Razak (25/12/2013 jam 5.30 petang)

Persediaan menghadapi banjir – amaran gelombang kedua banjir

Asal ujung tahun je ujan. Asal menjelang Chinese New Year je pun ujan. Haaa…musim hujan tanpa henti-henti ni jugak menandakan bakal bermulanya musim banjir. So, kena ada perancangan. Kena buat persediaan untuk menghadapi banjir yang bakal menjelang. Yang duduk kat kawasan tinggi tu, untung la… Yang kat kawasan rendah kena amalkan langkah berjaga-jaga.

Persediaan sebelum banjir
Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis.
Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
Sediakan Peralatan Kecemasan.
Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.


Sebelum Banjir [Semasa Tanda-Tanda Dikesan]
Dengar pengumuman dari radio.
Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

14 comments

tula dengar jugak makcik cakap tadi.maybe sampai 6jan..apapun moga semuanya baik2 aje...

ujan x berenti jak knk tok.. brenti kejap2 jak.. harap2 xda la banjir..

Mudah2an mereka semua dpt lebih bersedia dgn sebarang kemungkinan yg mendatang.. aamiin..

risau jugak bila amaran2 macam ni keluar.. apepun kena sentiasa bersedia..

kena bersiap sedia apa pon yg bakal terjadi.
bagi yg tak de pengalaman tu susah la sikit kan? huhu.
singgah menabung nuffnang

sama2 kita doa moga Allah lindungi malaysia...

semoga dipermudahkan segalanya

harap-harap banjir tak ade la terus sangat .. : /

ada baca gak berita pasal nie..hopefully gelombang kedua nie tak seteruk yang pertama...klik inti sini...

Regards,
-Strider-

kenak selalu alert esp. yg diam di kwsn rendah.. huhu

salam. masa banjir umah abe kie jd mcm pulau...x leh kuar sbb jln dilumpahi air. kena simpan stok mknan awal2..

Jgnlah bagi naka2 main air banjir tu, even pakai pelampung. Kang kata masuk lintah la, apa lah... Bukannya bersih air bah tu. Huhu