Pencarian yang hampeh!

Yesterday kan cuti sempena Krismas, dengan masa free yang sedia ada, kugunakan dengan semaksimumnya. Ku geledah kotak carian Google mencari keyword yang terpahat di kepalaku.

Search..search..search…jumpe! Happy la kan, benda yang ditaip berjaya ditemui. Ku baca…ermmmm..info tak lengkap. Klik lagi tajuk sama, website yang berlainan. Hmmm takde jugak. Pangkah [X]. Klik lagi artikel lain…huish…apesal paparkan maklumat yang tak lengkap. 1 jam dah ku bazirkan kat situ!
 
Sebenarnya aku nak beli barang jenama yang ni xxxxx. Aku nak tahu apa isi kandungannya, apa fungsinya, bagaimana penggunaannya, yang penting yang ni…HARGA! Dah kalau tak pamerkan harga macam mana nak tarik pengguna untuk beli. Nak pm-pm bagai..huish buang masa sungguh…ooops teremosi sedikit.

Sebagai pengguna a.k.a bakal pembeli contohnya orang macam aku sukakan info yang lengkap. Kegunaan produk, harga produk, caj penghantaran produk and blablabla… Tajuk cam gempak je nak suruh klik bila klik, kena klik ke page lain untuk maklumat lanjut, pastu sambung lagi ke page lain untuk maklumat seterusnya. Ala-ala line operator dah, main pas-pas.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

18 comments

wah rajinya yumidsa research2 ya

Assalammualaikum...yumida,

wahh.. nak beli barang kena cari google kan?.

mselim3

hihi, ye lah.. yumida nak beli apa tu? mama menabung kat sini ek...

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

betul tu dear, sebelum nak beli barang kita kena survey kat tenet dulu. Dulu style tanya kat orang yang jual, tapi kita pun kena cari info sendiri gak takut kena tipu hehe.

tulah..paling tak suka kalau nak tau harga kena pm2 nie...baknya kita hanya survey2...susah la kan...

kite pon tak suke kalau sekerat-sekerat macam tu .. : / kalau boleh nak lengkap terus ! ha ! kan senang hati ..

saya pun selalu abaikan kalau menyusahkan kita nak cari info...

saya pun selalu hadapi situasi tu, ada maklumat tapi tak lengkap

Fizapun kalau nak beli barang try search kat tenet dulu.. ngk2 harga.. senang nk compare dan minta tawar harga nnt...

usaha lagi yumida.. caiyok!! hehe..

Line operator ya... hahhaha... Memang diorang nak suruh orang tanya. Pelik. Padahal bukan susah pun letak harga. =)


ZH Blogger

kalau macam tu terus tak jadi nak beli..

mmg mbazir masa kalau cri bnda yg xjmpe smpai 1 jam..sabar jela

memang betul kak..kalau nak cari sesuatu barang terutama barang kecantikan mesti nak tengok testimoni yang berjaya..apa kandungannya

utk kebaikan bersama mmg bagus research2 nih.. pas tu lagi bgs kalo sharing dgn org lain.. :)

brg berharga ni..tuh pasal google aje kn hehehe..cer citee

leceh kan yumida kalau nak pm semua.. huhuh