Berikut merupakan 10 telefon pintar paling
popular tahun 2013:
1. iPhone 5S
Melalui cip pemprosesan baru iaitu A7
(bagi model 5s), ia menawarkan ketahanan bateri lebih dua kali ganda dengan
kuasa pemprosesan grafik M7 yang pertama kali diperkenalkan menyaksikan
pemampatan grafik tinggi menjadikan imej terpampang lebih menarik.
iPhone baru juga telefon pertama di dunia yang beroperasi pada platform 64 bit selain fungsi kamera iSight memuatkan sensor 15 peratus lebih besar ditambah apertur f/2.2 dengan ciri baru termasuk flash lebih baik yang memungkinkan kuasa baru fotografi dalam telefon.
Apple turut memperbaharui fungsi kameranya dengan menambah mod ‘Burst’ dan video slomo selain kemudahan rangkaian LTE yang mempunyai pelbagai jalur bagi memastikan anda mendapat liputan lebih baik. Tidak lengkap iPhone baru tanpa sistem operasi terkini. Oleh itu, tawaran platform iOS7 menawarkan ciri baru yang menyokong pelbagai tugas, AirDrop dan Control Center.
2. Sony Xperia Z1
Sony Xperia Z1 membawakan inovasi kamera terus dalam telefon pintar yang menghasilkan fotografi menakjubkan tanpa perlu membawa kamera digital kompak bersama, cukup sekadar telefon sebagai peranti kamera anda. Xperia Z1 membawakan inovasi yang diiktiraf iaitu lensa dengan sudut lebar 27 milimeter bersama apertur F2.0 yang dioperasikan pengesan imej jenis CMOS 1/2.3 bersama resolusi setinggi 20.7 megapiksel.
Malah, lebih hebat lagi produk ini menggunakan pemprosesan imej sendiri iaitu BIONZ membolehkan teknologi sama dalam kamera kompak dibawa masuk dalam telefon yang berbentuk kompak dan nipis. Bukan hanya cakap kosong, berdasarkan ujian badan bebas, Sony Xperia Z mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi menewaskan kebanyakan telefon pintar lain di pasaran yang jauh ketinggalan dari aspek teknologi.
3. HTC One
Telefon terbabit mempunyai ciri pemprosesan Quad Core 1.7GHz Snapdragon 600, setoran 32GB hingga 64GB, RAM 2GB, Bluetooth 4.0, NFC, LTE dan bateri 2300mAh. Skrinnya pula 4.7 inci pada paparan 468ppi 1080p bersama sistem operasi (OS) Android 4.1.2 dipasang juga dengan HTC Sense paling baru.
4. Samsung Galaxy Note 3
Samsung menyerlahkan Galaxy Note 3 yang menyampaikan pengalaman baru dari segi reka bentuk lebih nipis dan ringan dengan skrin lebih besar, tetapi tampak lebih kompak, lebih berkuasa dan bateri tahan lebih lama. Buat pertama kalinya, Note 3 mempunyai belakang yang bertekstur dan ia boleh didapati dalam warna hitam, putih dan merah jambu dijual pada harga RM2,399.
Fungsi S Pen diperkasakan dengan kemampuan berbilang tugasan yang lebih canggih. Apabila S Pen disentuh pada skrin dan butang ditekan, satu menu dengan pilihan lima tugasan khas dipaparkan yang membolehkan pengguna menulis nombor telefon atau alamat untuk membuat panggilan, disimpan dalam telefon, menghantar e-mel atau mencari pada peta, membulatkan maklumat untuk disimpan atau melukis kotak untuk membuka aplikasi tertentu.
5. Nokia Lumia 1020
Nokia memperkenalkan Lumia 1020 ke pasaran Malaysia pada 25 September lalu dengan tiga warna pilihan iaitu hitam, putih dan kuning yang mempunyai kekuatan kamera menjangkau 41 megapiksel PureView. Kameranya yang dikuasakan dengan lensa Carl Zeiss Tessar mempunyai format apertur f/2.2 dengan saiz sensor 1/1.5 inci. Telefon dengan skrin 4.5 inci terbabit turut dilengkapkan dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon S4 1.5GHz dengan masa berbual pada rangkaian 3G sehingga 12.5 jam.
Telefon terbabit mempunyai tahap kenipisan sehingga 10.4mm dicampur dengan lensanya yang agak besar manakala berat 158g sedikit membangkitkan persoalan namun paparan pada PureMotion HD+ yang mengagumkan mampu menutup mulut pengkritik. Nokia memperkenalkan Lumia 1020 dengan versi LTE yang menepati capaian Malaysia dengan RAM sebanyak 2GB serta memori dalaman 32GB tidak termasuk storan cloud berjumlah 7GB. Ia dijual mahal pada harga RM2,499.
6. Google Nexus 5
Peranti yang dijual pada harga RM1,849 di Malaysia itu mempunyai tahap kenipisan 8.59mm dengan skrin 4.95 inci. Bersama skrin terbabit, Google melengkapkannya dengan paparan 1920 x 1080 piksel bersama mampatan resolusi 445ppi. Peranti sama juga boleh dicas tanpa wayar menggunakan aksesori disediakan.
7. BlackBerry Q10
Peranti dan perisian BlackBerry 10 direka bersama-sama ciri baru iaitu Balance yang mampu membahagikan telefon BlackBerry kepada dua ‘peranti’ yang berasingan, satu untuk bekerja manakala satu lagi untuk kegunaan peribadi. Tidak dilupakan, aplikasi suntingan foto yang siap dibangunkan menghilangkan kerisauan sekiranya anda mahu memiliki aplikasi seperti Instagram. Q10 kini dijual pada harga RM1,998.
8. Motorola Droid Maxx
Droid Maxx direka berdasarkan rekaan unibodi lengkap bersama saiz skrin 5.0 inci yang ditetapkan pada skrin jenis AMOLED Gorilla Glass beresolusi 720 x 1280 piksel. Pada tahap kenipisan sehingga 8.5mm, Maxx mempunyai ketahanan bateri hebat iaitu 3500mAh yang mampu bertahan 48 jam meskipun anda berada dalam mod aktif.
Peranti sama beroperasi 24 peratus lebih laju apabila ia menggunakan sistem X8 lapan teras termasuk pemprosesan grafik Quad Core, Dual-App, perkomputeran kontekstual dan pemprosesan biasa. Memori yang disediakan termasuk 64GB dengan kelajuan 1.7GHz Dual Core dan RAM sebanyak 2GB, kamera 10 megapiksel 1080p HD dan kamera depan 2.0 megapiksel.
9. LG Optimus G Pro
LG menampilkan produk panas mereka iaitu Optimus G Pro yang lengkap rangkaian LTE di samping skrin sebesar 5.5 inci HD Penuh IPS bersama fungsi baru iaitu UX. Ia dijual pada harga RM1,888. Fungsi UX membenarkan perkakasan dibangunkan dengan ciri teknologi tinggi seperti dwirakaman yang membenarkan rakaman video dilakukan kamera depan dan belakang sekali gus serta mod Panorama Realiti Maya (VR) bagi rakaman 360 darjah pada kedua-dua kamera juga.
Skrin Optimus G Pro ditetapkan pada 1920 x 1080 piksel dengan 400ppi manakala baterinya berkapasiti 3,140mAh. Ia menjadikan LG Optimus G Pro telefon pintar paling lama jangka hayat baterinya di dunia.
10. Huawei Ascend P6
Huawei membawa masuk telefon pintar ternipis di dunia iaitu 6.18mm yang beroperasi pada pemprosesan Quad Core 1.5GHz dengan kelengkapan kamera 8.0 megapiksel melalui Ascend P6 yang ditawarkan dengan harga patut. Peranti terbabit dijual pada harga hanya RM1,399 ketika ia dilancarkan sesuai untuk kelengkapan teknologi sebelum hari raya lalu.
Ia beroperasi pada OS Android Jelly Bean 4.2.2 dan Emotion UI sendiri yang seakan-akan iOS manakala sistem rangkaian ditetapkan pada HSPA+ bagi kelajuan muat turun 21Mbps. Skrinnya pula 4.7 inci LCD (1280 x 720 piksel) yang menyaksikannya lebih cantik dan peka sentuh.

Sumber: Harian Metro
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
28 comments
Wah. Banyaknya review phone. Teringin nak pakai Nokia Lumia 1020. Dah try tengok hari tu, memang terbaik. =)
ZH Blogger
sumer henpon mahal...keke... akk pakai yg murah je...
hhehehe.. memang memahal...
nak 5s :(
zara tringin nak smsung galaxy note3 tu.. huhu
lumia tu ad offer rm2000 je skank
jimat byk dapat! hehe
pegila grab zaki :)
waa... mamou tengok jer la.. beli belum lagi.. hihi
Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
terlalu banyak gadget smpi tak tau nak beli mana satu..tahun depan agak2 banyak lagi tak keluaran terbaru...
wah bnyak tu, rmbang mata tengok, klau dpt free fuhh best giler tu, hehe
admirer note 3 pink tpppp kalo beli 2,3 bln lpas tuh msti de yg bru..so tgk dr jauh jela
df nak tukar fon baru kene tggu keje dulu hahaha :D
btw nice info
semua ni telefon mahal-mahal..nad mampu tengok jele..hehe
Wuu,popular dan mahal haha
New Entri Updated : Long Time No See
Aku menunggu iphone 6 pula
pergh sony second place....!!!!!
Bilalah dapat pakai salah satu yg disenarai tu... Minat pula kat Lumia tu.
akak tunggu note 3 pos dari sandakan...anak kirim kat akak...belum sampai lagi....hehe...
henpon deqla xde lam senarai la.. hahaha.. henpon cikai jer.. :)
galaxy note 3..one day..sob3
semakin byk smartphone skg ni..xtau nk ckp mane much better..semua same jee.sbb mkn battery xingt dunia..xblh nk berrenggang ngn charger or power bank
Pusing kiri pusing kanan still kekal dengan Nokia kot akak ni...:)
Tak mampu lagi nak beli haha
kmk berkenan 1,2 dan 3 ya.. tapi bila lah mampu mok beli.. haha
dalam banyak2 tu Xperia Z1 jadi idaman.. hehe..
Nur pakai samseng je..hehehe
tak tercompare dah. Beli asal yang mampu je
lengkap..
bila baca review nih, mcm2 hp jd idaman..tp bila tgk poket, kna beli ikut kemampuan lerr..hehehe..