Terjumpa keyword Ending Playboy Itu Suami Aku di akaun
Nuffnang Yumida. Before ni Yumida pernah storykan pasal ending drama ni.
Nak tahu? Jom sama-sama kita baca:
Sinopsis episod akhir Playboy Itu Suami Aku
Afina masih menyembunyikan dirinya di rumah Syaf. Adrian mencari Afina di merata-rata tempat namun kehampaan. Dia langsung tidak dapat menjejaki Afina. Syaf keresahan apabila memikirkan orang tersayang Afina pasti mencari rakan karibnya. Di tambah pula Afina duduk menumpang di rumahnya. Pelbagai ikhtiar Syaf untuk menghubungi Adrian bagi memaklumkan isterinya tinggal bersama dengannya namun gagal. Afina sentiasa dekat dengan dirinya.
Fisya semakin hebat mereka cerita kononnya kehilangan Afina ada kaitan dengan perancangan Afina melarikan diri dengan Fahmi. Mendengar sahaja kisah itu, membuatkan ibu mertua Afina tidak senang duduk! Api kemarahannya membara-bara lantas menyuruh Adrian agar menceraikan Afina.
Adrian semakin bengang dengan cerita yang ditokok tambah oleh Fisya. Malahan lebih teruk, ibunya cuba untuk menjodohkan Fisya dengan dirinya! Sesuatu yang tidak dapat diterima akal baginya!
Fisya tersenyum puas! Rancangan jahatnya untuk meracuni fikiran ibu Adrian berjaya. Malahan dirinya dijadikan calon sebagai bakal menantu keluarga Adrian juga tercapai akhirnya.
Di rumah, Puan Azizah tidak dapat menerima kenyataan apabila Fisya memaklumkan berita tentang risikan dari keluarga Adrian. Ibunya berkeras hanya Adrian sahaja jodoh untuk Afina. Selepas ibu dan ayah Fisya meninggalkan halaman rumah, Nazri yang bersembunyi sejak tadi muncul di hadapan Fisya. Fisya terkejut! Berita yang didengar oleh Nazri dari mulut Fisya membuatkan dirinya marah! Nazri bertindak kasar dan menggugut Fisya bahawa hanya dia yang akan dijodohkan dengan dirinya. Nazri memperkosa Fisya! Fisya menangis tersedu-sedu sambil menyimpan dendam!
Syaf berjaya menghubungi Adrian dan memaklumkan keberadaan isterinya. Mendengar sahaja isterinya dalam keadaan selamat, Adrian menarik nafas lega. Walaupun pada awalnya Adrian berkeras ingin berjumpa dengan Afina, Syaf menghalang kerana risau rakan karibnya akan pergi. Syaf juga memaklumkan pada Afina bahawa ibu Adrian cuba untuk menjodohkan Adrian dengan Fisya. Afina bertambah sedih dan redha jika itu yang akan berlaku.
Nazri dipukul hingga cedera parah oleh orang suruhan Fisya. Inilah dendam yang tersimpan rapi oleh Fisya selepas dirinya diperkosa oleh Nazri. Fisya puas apabila mengetahui Nazri dihentam teruk oleh orang suruhannya.
Adrian datang ke rumah keluarga Afina demi membincangkan tentang risikan keluarganya. Adrian menolak dan tidak bersetuju akan rancangan ibunya untuk melamar Fisya. Mendengar sahaja berita itu, Fisya berasa marah. Adrian menyatakan dia akan tetap menunggu Afina sampai bila-bila.
Semasa Fisya ingin menuju ke tempat parkir keretanya, keluar kelibat seorang lelaki dan meluru ke arahnya. Fisya cedera parah akibat tikaman pisau di perutnya, akhirnya Fisya meninggal dunia.
Suasana sepi dan suram menyelubungi kawasan perkuburan. Ayah Fisya redha atas apa yang berlaku dan menganggap pemergian Fisya adalah suratan takdir. Keluarga Afina dan Adrian bersatu semula. Kini, Afina hidup bahagia bersama suaminya. Malah bakal menimang cahaya mata sulung mereka. Adrian semakin mengambil berat dan bertambah romantis terhadap Afina.
Masa kian berlalu, perut Afina juga kian membesar. Suatu hari Adrian membawa Afina ke tepi pantai dan menutup mata Afina. Adrian ingin memberikan kejutan istimewa buat isteri kesayangannya, Afina. Adrian memimpin tangan Afina. Setibanya di suatu tempat, Adrian membuka penutup mata Afina. Afina terkejut melihat tempat yang dihiasi oleh Adrian dengan taburan bunga dan gantungan botol kaca. Adrian merapati Afina, katanya dalam botol tersebut merupakan luahan hatinya terhadap nota-nota yang pernah Afina tulis suatu ketika dulu. Afina merasa sangat bahagia. –TAMAT-
Saksikan episod penuh: KLIK Playboy Itu Suami Aku
Ending yang bahagia. Sure ramai yang suka sambil tersenyum-senyum. Malah semasa drama ini hangat dipertontonkan, ramai yang tak suka si Fisya Fish tu! Hahahaha…terbukti lakonan Chacha Maembong begitu mantap! Mutu lakonan Fattah Amin danRisteena Munim pun ada nampak peningkatan jika dibandingkan dengan episod pertama.
Isu panassssssss:
Harapan Yumida, agar mereka mempertingkatkan lagi kualiti lakonan di masa hadapan. Ye la, nama pun tengah naik, hope gunakan peluang ni sebaiknya. Mana tahu bakal dilamar lagi oleh pihak produksi drama...kan kannn.. All the bez untuk semuanya.
Selanjutnya baca: Ending Playboy Itu
Suami Aku – episod akhir!
Haaaa…gitu la endingnya. Happy ending u
olls! Psssst! Drama terbaru slot Akasia yang menggantikan Playboy Itu Suami Aku ialah Ariana
Rose – Drama TV3. Hmmm…jom sama-sama kita saksikan
nanti.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
sweet cerita tu tapi ending dia tak buat saya menangis mcm cerita2 melayu yg lain :p
Suka dgn ending dia...akhirnya mereka berbahagia jgk..
selamat tahun baru kak :) *lari topik
xda tgk sgt drama ni.. pelakon nmpk kaku.. ~.~