Isyarat kotak hitam kemungkinan milik MH370 hilang

Baru je rasa happy dan lega bila diumumkan penerimaan 2 isyarat kotak hitam di dasar laut. Selepas hampir sebulan pesawat MH370 hilang. Berita mengenai isyarat tu memberi harapan buat semua orang akan penemuan kotak hitam yang berkemungkinan milik MH370. Namun, hari ni…datang lagi berita mendukacitakan. Isyarat tersebut telah hilang. Dalam kata lain, isyarat kotak hitam telah padam.

Sebelum ini, seluruh dunia sedikit lega apabila apabila isyarat panjang yang dikesan itu konsisten dengan perakam data kotak hitam dan perakam kokpit dalam kotak hitam pesawat. Ia adalah petunjuk paling kukuh dikesan di kawasan di mana MH370 dilaporkan berakhir, sekali gus diharap dapat menjawab misteri kehilangan pesawat itu sejak 31 hari lalu.

fungsi kotak hitam, spesifikasi kotak hitam, isyarat kotak hitam mh370 di lautan hindi
Spesifikasi Kotak Hitam

Usaha pencarian MH370 juga menyifatkan penemuan itu sebagai ‘yang paling kukuh dan terbaik dalam tempoh 31 hari’.  “Kita perlu mencari beberapa hari lagi walaupun jangka hayat bateri kotak hitam itu akan berakhir. Sehingga kita dapat mengesan, kita tidak boleh menghantar AUV. Isyarat selanjutnya akan membantu kita untuk mencari kemungkinan kawasan pesawat itu berada. Kita memerlukan isyarat baharu untuk mengenal pasti lokasi kawasan pencarian yang lebih tepat,”.

isyarat kotak hitam mh370
Kedudukan Kotak Hitam di badan pesawat

Kedua-dua isyarat itu dirakam menerusi Towed Pinger Locator (TPL) dalam tempoh kurang 24 jam pada jarak kurang dua kilometer, di lokasi kira-kira 1,650 kilometer ke barat laut Perth. Isyarat pertama dikesan berlarutan selama dua jam 20 minit sebelum hilang dan diterima semula beberapa jam kemudian apabila Ocean Shield berpatah balik ke kawasan sama. Isyarat kedua dirakam selama 13 minit.

Sementara itu, Pasukan Pertahanan Australia menerusi Ocean Shield menghantar penyelam di kawasan pencarian untuk mengesan jika ada sebarang serpihan MH370 di kawasan berkenaan.
 Sumber: Berita Harian

Permudahkanlah pencarian kotak hitam ini…

12 comments

Sedih kan sampai skrg xjumpa lg.. hrp dipermudahkan la dan segalam persoalam mengenai misteri kehilangan MH370 dpt terjawab.. :(

Semoga urusan pencarian dipermudahkan Allah...

Allahuakbar...semoga family mangsa tabah..hadapi sebarang kemungkinan.....kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa... :(

semoga urusan dipermudahkan..

moga semua urusan berjalan lancar hendakNYA....amin..!

Harap2 berjumpalah... aamiin..

harap isyarat nih milik MH370..apapun hrp semuanya dipermudahkan..

mmm.. dorg kata kotak hitam daa abis bterii.. ~~~~~~


EmoticonEmoticon