Sinopsis Drama Aku Pilih Kamu TV3

Sinopsis Drama Samarinda Aku Pilih Kamu TV3 | Aku Pilih Kamu mengisahkan dugaan seorang gadis bernama Qasya Azara (Dayana Roza). Ayah Qasya iaitu Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. 

Sinopsis drama Samarinda Aku Pilih Kamu TV3, pelakon dan gambar drama Aku Pilih Kamu TV3, Aku Pilih Kamu episod akhir – episod 15, biodata pelakon Aku Pilih Kamu TV3, Download OST lagu tema Aku Pilih Kamu TV3: lagu Kasih Dalam Hati - Ippo Hafiz
Drama Samarinda Aku Pilih Kamu di TV3

Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.

Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.

Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal (Arash Mohd) dan Datin Rosnaida (Zila Bakarin). Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk (Ryzal Jaafar) dan Rizman (Hafidz Roshdi). Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.

Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.

Perkahwinan itu membuatkan hati Adam (Fazreen Rafi) terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.



Sinopsis drama Samarinda Aku Pilih Kamu TV3, pelakon dan gambar drama Aku Pilih Kamu TV3, Aku Pilih Kamu episod akhir – episod 15, biodata pelakon Aku Pilih Kamu TV3, Download OST lagu tema Aku Pilih Kamu TV3: lagu Kasih Dalam Hati - Ippo Hafiz
Drama Aku Pilih Kamu TV3 lakonan Dayana Roza dan Hafidz Roshdi

Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya (Siti Elizad Sharifuddin). Sejak itu, Isabel (Sasqia Dahuri), anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida.

Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal (Rahhim Omar) ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.

Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya? 
Saksikan segalanya dalam drama Aku Pilih Kamu di kaca tv anda.

Pelakon Drama Aku Pilih Kamu TV3
Hafidz Roshdi sebagai Rizman
Dayana Roza sebagai Qasya Azara
Fazren Rafi sebagai Adam
Ryzal Jaafar sebagai Farouk
Siti Elizad Sharifuddin sebagai Nadiya
Sasqia Dahuri sebagai Isabel
Arash Mohd sebagai Dato Mizal
Zila Bakarin sebagai Datin Rosnaida
Rahhim Omar sebagai Tan Sri Zainal
Nana Lisa
Ikhlas Jalil
 Zalfa Zin

Gambar Drama Samarinda Aku Pilih Kamu TV3 
Sinopsis drama Samarinda Aku Pilih Kamu TV3, pelakon dan gambar drama Aku Pilih Kamu TV3, Aku Pilih Kamu episod akhir – episod 15, biodata pelakon Aku Pilih Kamu TV3, Download OST lagu tema Aku Pilih Kamu TV3: lagu Kasih Dalam Hati - Ippo Hafiz
Drama Aku Pilih Kamu adalah drama terbaru menggantikan drama Dhia Sofea

Original Sound Track OST Aku Pilih Kamu TV3
Lagu tema drama Samarinda Aku Pilih Kamu
Lagu: Kasih Dalam Hati
Penyanyi: Ippo Hafiz

Saksikan Samarinda Aku Pilih Kamu
Tarikh drama Aku Pilih Kamu mula disiarkan: 9 Disember 2015
Jumlah episod drama Aku Pilih Kamu: 15 episod
Aku Pilih Kamu episod akhir – episod 15
Hari: Rabu dan Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

Biodata pelakon Aku Pilih Kamu TV3:
Biodata Dayana Roza – watak Qasya Azara
Biodata Hafidz Roshdi – watak Rizman
Biodata Sasqia Dahuri – watak Isabel
Biodata Ryzal Jaafar – watak Farouk
Biodata Fazreen Rafi – watak Adam

2 comments

Baca sinopsis jer dah dera..
Kalau nengok mau sakit hati..
Jadi baiklah tengok bila tertengok jer.. hehehe..


EmoticonEmoticon