Pernah
terkena sembelit? Berkerut-kerut dahi meneran tahi di tandas. Apa itu sembelit? Nak tahu? Sembelit berlaku
apabila seseorang mengalami kesukaran untuk buang air besar atau tiba-tiba
menjadi jarang berak. Termasuk diri aku sendiri, ada kalanya aku berdepan
masalah sembelit. Tak syok eh bila mengalami sembelit. Semua benda dibuat jadi
tak kena. Jom tengok apakah penyebab
kepada punca terjadinya sembelit.
Punca Sembelit Berlaku
Amalan
pemakanan yang kurang baik dikatakan
menjadi punca terjadinya sembelit. Ketika
makanan bergerak menerusi kolon, ia akan menyerap air daripada makanan yang
diambil ketika membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon
akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Selepas najis
sampai ke rektum, ia menjadi keras kerana kebanyakan air sudah diserap. Sumber:
Sembelit
Bagaimana Terjadinya Sembelit
Sembelit
berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air atau jika otot kolon mengecut
secara perlahan atau lembap menyebabkan najis bergerak terlalu perlahan. Akibatnya,
najis menjadi keras dan kering. Sembelit boleh berlaku disebabkan kekurangan serat dalam diet dan aktiviti fizikal terutama dalam kalangan warga tua.
Gambar sembelit: berjam-jam meneran di tandas |
Selain
itu, sembelit juga boleh disebabkan sindrom
gangguan ketika pembuangan air besar, perubahan dalam kehidupan rutin
seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan serta gemar menahan membuang air
besar. Oh ya, time mengandung dulu 3 kali aku mengalami sembelit. Stress rasanya,
nak berak tapi tak dapat berak.
Kesan Sembelit
Sembelit
yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan kekerapan menahan untuk membuang air besar
atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan
najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku yang menyebabkan darah kelihatan
di permukaan najis. Berak berdarah.
Haih..sembelit
yang terlalu lama memang menyakitkan. Apatah lagi bila mengakibatkan rektum kita
tercedera ketika proses meneran taik. Selepas mengetahui punca dan kesan akibat sembelit, lepas ni kalau kita rasa nak
berak, terus je buang air besar kat tandas. Jangan ditahan-tahan.
5 comments
Lepas ni kena jaga baik-baik diri kita dan keluarga dari masalah sembelit.
selalu jugak sb pemakanan
betul kena jaga elok2
Uihhh, Seram gila kalau jadi sembelit. Rasa perut penuh + kembung je. Sengsara rasa bila membuang tu, hukhuk.
Sangat sakit bila sembelit. Teringat masa dlm pantang. Nak nangis rasa. Huwaaaa
EmoticonEmoticon