Dah 2 hari ni
aku asyik bersin dan mengalami hidung berair, dan selama 2 hari itulah aku
mengambil pil selsema. Piriton atau dikenali juga Chlorpheniramine adalah
sejenis pil untuk kegunaan mengubati masalah selsema, alahan, merawat kegatalan
badan. See, fungsinya ada banyak.
Pil Piriton
ni saiznya kecil je, berwarna kuning tapi kesannya sangat hebat! Terutama aku
yang menghidap selsema ni, memang sangat-sangat membantu la. Malah ada kawan
yang alah terhadap makanan laut yang menyebabkan kegatalan bila makan sesuatu,
juga turut mengambil piriton ni.
Ambil pada
dos tertentu dan dimakan bila diperlukan sahaja. Jangan suka-suka makan. Pengambilan
pririton atau ubatan lain harus mengikut preskripsi. So, aku nak kongsi
pengalaman aku makan pil selsema ni yang jenis piriton tu.
Selsema membuatkan hidung berair, rasa sentiasa nak bersin |
KESAN PENGAMBILAN PIL SELSEMA PIRITON:
1. Tau-tau je
la bila selsema ni, hidung kengkadang rasa tersumbat, kengkadang berair, rasa
asyik nak bersin setiap masa. So lepas makan pil selsema ni akan membuatkan
kita rasa mengantuk. Mengantuk yang tak dapat ditahan-tahan. Sorong je bantal
terus tidur.
2. Tidur lena
tanpa kerap terjaga. Aku ni kalau tidur jenis mudah terjaga. Bunyi bising sikit
terus bangun. Tapi bila dah makan pil selsema piriton, pengsan terus tak sedar.
Tu antara yang best la bila makan pil tu. Tidur lena sepanjang malam. Bila tidur
lena, badan pun dapat berehat, bila bangun keesokkannya terus rasa cergas!
3. Ia
penyelesai masalah hidung berair dan hidung tersumbat. Ye, aku dah pernah makan
pil piriton ni banyak kali, setiap kali dilanda selsema. Pil ni memang mujarab
merawat masalah hidung berair. Esoknya bila bangun terus rasa hidung tu
bernafas seperti biasa. Tiada lagi bunyi krek-krek kat hidung tu.
Pil piriton ubat selsema |
Kita bakal
berdepan musim tengkujuh hujung tahun ni hingga la bulan Mac 2016. Bila melibatkan
hujan secara tak langsung ia juga berisiko tinggi mengundang demam, masalah
selsema, batuk dan sebagainya. Jagalah kesihatan diri.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
Saya pun bru nak start selsema ni. Hihihi
terima kasih kerana berkongsi
alhamdulillah saya dah sembuh dari selesema :)