Memandangkan
ni kandungan anak yang pertama, pengalaman beranak memang zero la. Hanya dengar
melalui buah mulut orang. Ada yang cerita, beranak normal menyakitkan. Hish..
seram weh bagi ibu baru macam aku ni.
Menempuh
alam baru bergelar ibu, jeng jeng jeng alhamdulillah dah bersalin dah diri aku
ni pada 29 Julai 2015 yang lepas. Beranak 13 hari selepas Hari Raya Aidilfitri.
Yang mana satu kaedah aku bersalin? Beranak normal ‘biasa’ ataupun pembedahan?
Jawapannya..dua-dua proses tu telah aku lalui.
Sebelum
dimasukkan ke wad bersalin, bukaan rahim aku tu di takat 3cm. Doktor pecahkan
air ketuban. Masukkan drip. Air sulak untuk mudahkan bersalin. Bila kontraksi
baby berlaku..serius, memang menyakitkan. Dah macam-macam posing aku dalam wad
beranak tu.
Lepas
6 jam aku dalam bilik tu, bukaan rahim hanya terbuka 5cm je. Memang tak dapat
la nak push baby. Saiz baby dalam kandungan pulak, besar. Doktor tengok degupan
jantung baby nampak lemah. Katanya fetal distress. Terus aku dimasukkan ke bilik
pembedahan. Fuh..lega weh bila doktor cakap macam tu. Mengimbau kembali
sakitnya rasa sulak bersalin, menyeramkan! Sakit teramat.
Jam
6.29 petang, lahirlah baby girl melalui kaedah pembedahan (czer). Cesarean
memang tak menyakitkan, cuma nak jaga lepas bersalin tu memang ambik masa yang
lama. Apa pun.. Alhamdulillah.. dikurniakan bayi perempuan seberat 3.62kg yang
kini nama penuhnya Amirah Alya. So comel!!!
18 comments
akak pun ceaserean jugak..
kdak kmk ria..stat skt 2am, 12/3..sampei 130 am 13/3 jln bukak enggak 6cm..baby dh distress, heartbeat nya drop..dkt 24 jam tahan skt nk normal..last2 czer..tkt risiko ngn baby..xpala, asal 2 2 slmt nk o.. alhamdulillah..
yg pnting smuanya selamat.wah semangat betul baby ye :)
tahniah... janji mmy bby sihat....
Assalamualaikum yang... taniah. Takpe, yang penting awak dan baby selamat. Comel sangat baby awak. Gebu tengok, hehehhee happy parenting dear ~~~
Alhamdulillah. Yang penting kitak n anak selamat.
assalamualaikum dan tahniah. Walau apa pun cara bersalin, alhamdulillah. semuanya selamat. :)
Tahniah dan alhamdulillah semua selamat :)
Syukur..yang penting ibu dan baby berada dalam situasi yang baik.
tahniah!!! xpelah, yg penting baby dgn mommy sihat :)
dua-dua proses rasa ye...tahniah Yumida dah bergelar ibu..3.6kg??
patut la dia nak ikut tingkap...
dh lepas da bahagian yumida..skrg ni sy plak menunggu hari untuk bersalin hihi
Assalammualaikum... yumida,
alhamdulillah ... yg penting anak dan yumida selamat..
mselim3
pls: semoga berbahagia menjalin kehidupan adanya cahaya mata tersayang.. Aaminnn...
Tahniah dpt bb girl...
yg penting akak dan baby selamat
Tahniah... pengalaman tak mungkin dilupakan kan?
sy pun rasa 2 2... last2 kena operate sebab anak dah berak..lagipun rsa ada hikmahnya... anak saya besar.. 3.7kg...
selamat berpantang :)
EmoticonEmoticon