Drama Tuan Anas Mikael

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael (Astro) | Tuan Anas Mikael mengisahkan Tuan Anas Mikael (Aaron Aziz) yang diberikan tempoh tiga bulan oleh ibunya Puan Sri Tengku Anansa untuk mencari calon isteri. Jika Tuan Anas gagal dalam mencari calon isteri, dia bakal dijodohkan dengan Safra Ariana (Raja Ilya), cucu Tun Akhiruddin.

Sinopsis drama Tuan Anas Mikael tayangan Astro, pelakon dan gambar drama Tuan Anas Mikael

Risau tidak dapat menemui calon isteri, Tuan Anas Mikael menyusun strategi dengan menjadikan Ayu Maisarah (Zara Zya) sebagai calon pilihannya. Ayu Maisarah merupakan anak tukang cuci rumahnya.

Takut akan identitinya terbongkar, Ayu Maisarah bersetuju dengan penyamarannya sebagai kekasih Tuan Anas Mikael. Rancangan Tuan Anas Mikael berjalan lancar sebagaimana yang dia kehendaki. Namun, lama-kelamaan terbit rasa cinta di kedua-dua belah pihak.

Tuan Anas Mikael meluahkan rasa cintanya pada Ayu Maisarah. Namun, hasrat hatinya ditolak mentah-mentah oleh Ayu Maisarah. Walaupun dihatinya sudah terpahat rasa sayang, rasa cinta terhadap Tuan Anas Mikael.

Apakah rahsia besar yang diembunyikan oleh Ayu Maisarah dari pengetahuan Tuan Anas Mikael? Berjayakah rancangan Tuan Anas Mikael untuk tidak berkahwin dengan Safra? Adakah akan ada jodoh antara Ayu Maisarah dan juga Tuan Anas Mikael? Apa reaksi Puan Sri Tengku Anansa bila mengetahui calon menantunya hanyalah anak tukang cuci. Saksikan segalanya menerusi drama Tuan Anas Mikael di kaca tv anda.

Pelakon Drama Tuan Anas Mikael
Aaron Aziz sebagai Tuan Anas Mikael
Zara Zya sebagai Ayu Maisarah
Wan Sharmila sebagai Mikayla / Kay
Raja Ilya – Safra Ariana
Shah Rezza
 Normah Damanhuri
Emmelia
 Sarah Anne
 Fazlina Ahmad Daud 

Gambar Drama Tuan Anas Mikael
Sinopsis drama Tuan Anas Mikael tayangan Astro, pelakon dan gambar drama Tuan Anas Mikael

Saksikan Tuan Anas Mikael
Tarikh drama Tuan Anas Mikael mula disiarkan: 9 November 2015
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123


Baca lagi:

Biodata pelakon drama Tuan Anas Mikael:
Biodata Aaron Aziz – watak Tuan Anas Mikael
Biodata Raja Ilya – watak Safra Ariana
Biodata Zara Zya – watak Cik Ayu Maisarah
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓