Ingat
Malaysia je ada bajet-bajet bagai, orang pun ada jugak la. Dengan rasa
terkejutnya, selepas membandingkan kos belanjawan aku minggu lepas dengan
minggu sebelum tu, kesemuanya mencecah RM950. 2 minggu je boleh habis sebanyak
tu. Tu pun 2 kali keluar. Keluar hari Ahad (18/10/2015) habis RM500, then
minggu ke-2 hari Ahad (25/10/2015) habis RM450 yakni semalam. Macam tak
percaya. Ni dah label boros!
Belanjawan
RM950 merangkumi beli barangan dapur (beras, minyak masak, gula, tepung gandum,
sayuran, bahan basah dan etc), bayar makan minum kat luar, minyak kereta dan beli
baju baby sehelai. Pertama kalinya aku rasa, ‘wow! beli barang sikit je, tapi
banyak yang kena nak bayar. Wallet pun makin mengempeskan diri.
Biasa,
kalau aku dan hb keluar untuk beli barangan dapur, belanjawan bajet sekitar RM300
lebih je. Memandangkan jarak ke Bandar tu jauh, so kita orang keluar 2 minggu
sekali je. Cuma minggu lepas dan sebelumnya keluar seminggu sekali. Sekali keluar,
lepaskan gian bershopping, main tarik-tarik je barang. Bila bayar, haaa baru tau!
Terkejut beruk! Beruk pun terkejut namanya dipanggil. Kahkahkah..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
borosnya :)
wah..hehehe..