Sinopsis
Drama Kau, Aku, Kita TV3 Slot Lestary | Kau, Aku,
Kita mengisahkan 2 insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan
jantina. Iman Firdaus / Aus (Syarul
Ridzwan) pelakon terkenal yang sering menjadi buruan wanita dan media.
Manakala Iman Firdaus / Iman (Janna Nick) seorang gadis miskin dan
berperwatakan kasar.
Pertemuan
mereka bermula bila mana, kedua-duanya lari menyelamatkan diri apabila nama
Iman Firdaus dijerit oleh penjahat. Aus kehairanan melihat gadis tomboy turut
sama berlari di sebelahnya. Dia sempat bertanyakan hal tersebut. Aus menyangka
orang yang mengejar mereka adalah peminat fanatiknya.
Mendengar
alasan itu menyebabkan Iman ketawa geli-hati. Dia menerangkan kepada Aus bahawa
penjahat itu mengejar dirinya sebab tidak membayar hutang. Teletah Iman yang
begitu bersahaja membuatkan hati Aus tertarik kepadanya.
Di
lokasi penggambaran, Ku Wafa (Tengku Hanis) sibuk bertanyakan pengarah ke mana
Aus telah menghilang. Malah dia juga mendesak pengurus Aus iaitu Mus (Isey
Titan) untuk menjejaki ke mana lelaki idamannya itu pergi. Mus yang rimas
dengan desakan Ku Wafa segera berlalu dari situ.
Datuk
Ashari Irfan (Shamsul Ghau Ghau) berang bila membaca gosip anaknya terpampang
di akhbar. Malah pertanyaan dari rakan-rakannya membuatkan dia tidak senang
duduk. Bila Aus bakal mendirikan rumah tangga? Pertanyaan itu membuatkan Datuk Ashari
Irfan nekad untuk mencari jodoh buat anaknya, Aus.
Aus
terkejut bila mana ayahnya menyuruh dirinya berkahwin dengan Ku Wafa. Aus
membantah sekerasnya. Ayahnya memberi pilihan sama ada Aus berkahwin atau
berhenti berlakon. Demi menyayangi dunia lakonannya, Aus memilih untuk
berkahwin! Tetapi dengan wanita pilihannya. Datuk Ashari Irfan tersenyum kerana
Aus telah mempunyai calon isteri. Hasratnya bakal tertunai tak lama lagi.
Aus
membuat perjanjian dengan Iman, dia akan membantu Iman melangsaikan kesemua
hutang penjahat dengan keluarganya. Dengan itu, tiada lagi gangguan yang muncul
dari mereka. Sebagai balasan, Aus mahu Iman menjadi isterinya. Permintaan Aus
yang secara tiba-tiba itu membuatkan Iman terkejut! Namun, dia bersetuju pada
akhirnya.
Aus
memperkenalkan orang tuanya dengan Iman. Pelbagai insiden kelakar bila mana ibu
bapa mengenali keluarganya, terutama adik-adiknya yang begitu teruja bila mana
Datuk Ashari Irfan membelikan mereka makanan. Iman tersipu-sipu malu.
Melihat
peribadi Iman yang bersahaja, jujur, bertanggungjawab dalam menjaga
adik-beradiknya membuatkan ibu dan ayah Aus bersyukur bahawa anaknya memilih
calon isteri yang tepat.
Adakah
perkahwinan Aus dan Iman akan memberi kebahagiaan pada kedua-duanya? Bagaimana
dengan isi hati Ku Wafa terhadap Aus, frust menonggengkah dia kelak. Apakah rahsia
besar antara Aus dan Iman hingga dia berjaya membuatkan Iman bersetuju
berkahwin dengannya? Saksikan segalanya dalam drama Kau, Aku,
Kita di kaca tv anda.
Pelakon Drama Kau, Aku, Kita TV3
Syarul
Ridzwan sebagai Iman Firdaus / Aus
Janna Nick sebagai Iman Firdaus / Iman
Isey Titan sebagai Mus
Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie
Tunku Hanis sebagai Ku Wafa
Janna Nick sebagai Iman Firdaus / Iman
Isey Titan sebagai Mus
Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie
Tunku Hanis sebagai Ku Wafa
Hafidz
Roshdi
Shamsul
Ghau Ghau – Datuk Ashari Irfan
Kuza
Kay Maria
Gambar Drama Kau, Aku, Kita TV3
Gambar Novel Kau, Aku, Kita
'Kau,
Aku, Kita’ merupakan drama adaptasi novel karya Orkid Edyliyne
Original
Sound Track OST Kau, Aku, Kita
Lagu: Kau Bagai Udara
Penyanyi:
Bahrain
Tonton
Kau, Aku, Kita Slot Lestary
Tarikh
drama Kau, Aku, Kita mula disiarkan: 28 Oktober 2015
Jumlah
episod Kau, Aku, Kita: 13 (episod akhir)
Hari:
Rabu – Khamis
Jam:
9.00 malam
Saluran:
TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
cerita dia best kak.. best gila.. saya tengok, tersengih2 sorang2.. best!!
Tertengok semalam secara tak sengaja. Memang best rupanya! Tak sabar nak tengok minggu depan. Antara pelakon-pelakon yang tak kaku. Suka sangat dua orang nih. Hihii..
Salam perkenalan!
http://anakcikgunawi.blogspot.my
(^_^) Harap sudi follow saya.
baru je layan Dhia Sofea hopefully cerita ni best dan x cliche mcm kebanyakan drama Melayu huhu
Jom Terjah : Trend Popular Berfesyen Dan Bergaya Jejaka Masa Kini! :)
tgk dari jalan crite best drama nih....