Sinopsis Wadi Episod Akhir Drama TV3
Wadi (Syafie Naswip) begitu gembira
setelah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan marathon. Hadiah yang
diterimanya iaitu wang tunai berjumlah RM500 digunakan untuk membayar bil
hospital ibu tirinya iaitu Zainah (Amyza Aznan).
Setibanya di hospital, ibu kandung
Wadi, Mahani (Lisdawati) memberitahu bil telah dibayar oleh seseorang. Wadi
begitu terkejut kerana tidak mengetahui siapa yang telah membayar bil tersebut.
Ibunya memberitahu ciri-ciri pemuda yang baik hati itu. Katanya ada parut pada
wajah lelaki tersebut. Sah! Lelaki tersebut adalah Hussein. Pemuda yang telah
membenarkannya menumpang ditempatnya iaitu rumah bawah jambatan.
Wadi segera ke sana. Hanya sepucuk
surat yang ditinggalkan oleh Hussein. Hussein menyatakan dia amat berterima
kasih pada Wadi kerana telah menyedarkan dirinya. Selepas menerima berita
kematian ayahnya, Hussein kembali ke rumah dan mewarisi harta kekayaan
keluarganya. Malah dia turut membantu keluarga Wadi dengan melunaskan bil
hospital ibu tirinya.
Azim (Fimie Don) masih menaruh hati pada Widya
(Ardell Aryana) namun dirinya hanya bertepuk sebelah tangan. Azim kini telah
berubah, dia tidak senakal dahulu dan menjalinkan ikatan persahabatan yang baik
dengan Wadi dan Farid (Naim Daniel).
Cinta antara Cikgu Murni (Faezah Elai)
dan Cikgu Naim (Zamarul Hisham) kembali bersatu. Cikgu Naim telah menghadiahkan
Cigu Murni sebentuk cincin tanda lamaran darinya. Cikgu Murni merasa terharu.
Di rumah, ibu tiri Wadi iaitu Zainah
enggan makan. Walaupun berulang kali diasak oleh anaknya Zana (Khayreena Nur
Kemal). Wadi memujuk Zainah untuk makan sambil mengingatkannya pada arwah
ayahnya. Air mata Zainah perlahan-lahan mengalir. Tersentuh hatinya melihat
anak tirinya itu yang tidak pernah menaruh dendam pada dirinya. Selepas segala
perbuatan jahat diperlakukan oleh dirinya terhadap Wadi.
Wadi membawa ibunya untuk tinggal di
rumah itu. Zainah terkejut melihat kehadiran Mahani. Zainah menghampiri Mahani
lalu dipegangnya tangan Mahani sambil memohon kemaafan. Mahani memberitahu dia
telah lama memaafkan Zainah. Mereka berpelukan. Mulai dari saat itu, mereka
tinggal sebagai satu keluarga. Tamat!
Pelakon
Drama Wadi TV3
Syafie Naswip - Wadi
Ardell Aryana - Widya
Naim Daniel - Farid
Shafieq Shazwan - Epit
Fimie Don - Azim
Ahmad Iswazir Ismail
Lisdawati - Mahani
Faezah Elai - Cikgu Murni
Zamarul Hisham – Cikgu Naim
Amyza Aznan - Zainah
Azhan Rani
Adik Khayreena Nur Kemal - Zana
Adik Khayrisyah Kemal
Gambar Wadi TV3 Episod Akhir
Komen
Ending Drama Wadi TV3
Tamat dah drama Wadi. Komen aku drama
Wadi ni terbaik! Ada banyak pengajaran yang kita boleh jadikan iktibar. Malah
masa menonton drama Wadi ni bahagian episod akhir, mengalir air mata aku.
Serius, sedih! Bestnya kalau ada adik ataupun anak sebaik watak Wadi nih.
Penyabar, penyayang, baik hati.. Drama Wadi ni harap ditayangkan di masa akan
datang. Tak jemu tengok berulang-ulang kali. Korang dah tengok Wadi last
episode? Apa komen korang? Best kan… Sedih.. huhuhu..
Baca:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
1 comments so far
Alhamdulillah PC tengok episod akhir ni..menyentuh hati..harapnya masih ada anak yang bersikap seperti wadi..