Pilih Calon Isteri: Janda Atau Anak Dara?

Soalan: Dr, saya seorang janda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang janda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan janda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan janda seperti saya?

Jawapan: Saudari yang dimuliakan!
1. Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan RasululLah s.a.w isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.

2. Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara. Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan:
عَلَيْكُمْ بِالْأَبْكَارِ، فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا، وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا، وَأَرْضَى بِالْيَسِيرِ
“Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”. (Ibn Majah, dinilai hasan dalam al-Silsilah al-Sahihah)

Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra. Hadis ini mengkhabarkan hakikat yang sebenar.

Yang manakah sesuai untuk dijadikan calon isteri? Janda atau anak dara? Ciri-ciri bakal calon bini, tips pilih calon isteri terbaik

3. Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.

4. Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu.

Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim:
هَلَكَ أَبِي وَتَرَكَ سَبْعَ بَنَاتٍ أَوْ تِسْعَ بَنَاتٍ، فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً ثَيِّبًا، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَزَوَّجْتَ يَا جَابِرُ» فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَقَالَ: «بِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا؟» قُلْتُ: بَلْ ثَيِّبًا، قَالَ: «فَهَلَّا جَارِيَةً تُلاَعِبُهَا وَتُلاَعِبُكَ، وَتُضَاحِكُهَا وَتُضَاحِكُكَ» قَالَ: فَقُلْتُ لَهُ: إِنَّ عَبْدَ اللَّهِ هَلَكَ، وَتَرَكَ بَنَاتٍ، وَإِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَجِيئَهُنَّ بِمِثْلِهِنَّ، فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً تَقُومُ عَلَيْهِنَّ وَتُصْلِحُهُنَّ، فَقَالَ: «بَارَكَ اللَّهُ لَكَ» أَوْ قَالَ: «خَيْرًا»
Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”.

Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik .

Hadis ini dan sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi s.a.w untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan janda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan.

5. Begitu juga seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini ramai janda demi menolong mereka. Sumber

Apa yang penting, kita perlu tahu bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum. Jika janda itu seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara yang ada dalam pilihan seseorang lelaki, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih janda adalah lebih baik.

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

assalamualaikum yumida...perkongsian info yg menarik...:)