PEZZO Pizza yang baru sahaja di buka di Medan Mall Mukah
Sarawak menjadi tumpuan orang ramai. Termasuklah aku dan hb sekali. Baca komen
kat Facebook, ramai yang katanya PEZZO
Pizza ni sedap! Bukan sedap biasa-biasa je, tapi sedap tahap gaban! Menambah
kejelesan kami nak cuba PEZZO Pizza.
25
September 2015 lepas shopping barang dapur, kami pun menuju ke Medan Mall. Rupanya
ada cawangan SugarBun baru kat situ. Lokasi SugarBun lama adalah bersebelahan supermarket Ngiu Kee. Means kat Mukah
ada 2 cawangan SugarBun. Yes! Aku pun antara salah seorang peminat SugarBun nih. Bagus la bukak 2
cawangan.
Masuk
je dalam PEZZO Pizza, wooo ternganga
aku tengok ramai giler berbaris! Demi nak merasa betapa nyamannya PEZZO Pizza nih, sanggup hb aku berbaris
panjang-panjang kat situ. Kami beli 3 keping pezzo pada harga promosi RM20. Ada
banyak perisa pizza. Semuanya nampak menyelerakan! Tapi kami pilih perisa
cheesy cheese dan big daddy.
Senarai 12 Jenis pizza di Pezzo Pizza
SugarBun Mukah:
‘Pepperoni Party’, ‘Cheesy Cheese’, ‘Hola
Hawaiian’, ‘BBQ Bonanza’, ‘Sambal Ikan BIlis’, ‘Big Daddy’ dan ‘Very Veggie’ dijual
pada harga RM6.90 sepotong. Manakala
“Perisa Hot Chick’, ‘Meat Muchers’, ‘Supremo’, ‘Mexican Mania’ dan ‘Fisherman’s
Favourite’ dijual RM7.95 sepotong,”.
Kami dah
makan pizza cheesy cheese tu, terbukti ia sangat-sangat sedap! Especially bila
di makan time panas-panas! Rasa nak lagi..nak lagi! Cuma part aku kurang suka,
terpaksa menunggu lama order pizza siap. Lama bebenor. Bayangkan lepas berbaris
panjang tu, kami kena tunggu selama sejam lebih baru piza tu siap. Next time,
kalau nak makan pezzo pizza ni, order dulu piza baru shopping barang lain. Strategi
baru..hihihi..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
nampak sedap
Selangor agak-agak ada tak..hehe
nampak sedap! saya ni dahla penggemar pizza
Sik minat gilak ngan Sugarbun sebab kamek peminat fanatik KFC. Tapi pizza ya macam nyaman jak. Macam nak try sekali duak. Heheh.
http://angellovesoldier.blogspot.my/