Tuan Anas Mikael Episod Akhir

Sinopsis Tuan Anas Mikael Episod Akhir (Episod ke 16) Drama Astro | Rela dalam terpaksa, Tuan Anas Mikael (Aaron Aziz) terpaksa meneruskan rancangan untuk mengahwini Safra Ariana (Raja Ilya). Safra apa lagi, gembira bukan kepalang! Lelaki yang diidaminya dari dulu bakal menjadi suaminya yang sah tak lama lagi. Meskipun bakal suaminya langsung tidak mencintainya!

Sinopsis Tuan Anas Mikael episod akhir (episod ke 16), Tuan Anas Mikael episod akhir – episod 16, gambar, pelakon, drama Tuan Anas Mikael tamat, last episode, ending Tuan Anas Mikael, episod kemuncak, komen drama Tuan Anas Mikael, biodata pelakon drama Tuan Anas Mikael
Drama Tuan Anas Mikael episod akhir yang ke 16 jom baca!

Bahkan dia juga berjaya mengalahkan pesaingnya iaitu Cik Ayu Maisarah (Zara Zya). Perkhabaran dia bakal berkahwin dengan Tuan Anas Mikael benar-benar membuatkan dia begitu bahagia. Memikirkan cinta Cik Ayu Maisarah yang tak kesampaian. Hatinya puas!

Namun, siapa menduga Cik Ayu Maisarah begitu bijak menyusun strategi. Dia akan menggunakan status dan pangkat barunya iaitu pemilik yayasan dan pewaris harta kekayaan keluarganya untuk merebut kembali Tuan Anas Mikael. Cik Ayu Maisarah memberi pilihan kepada Pak Ngah (Roy Azman). Dia akan menyerahkan yayasan tersebut kepada Pak Ngah sekiranya perkahwinan Tuan Anas Mikael dan Safra dibatalkan.

Safra berang mendengar cadangan Cik Ayu Maisarah. Baginya, dia tetap mahukan Tuan Anas. Ayahnya menyuruh Safra bertenang dan memikirkan cadangan tersebut. Bagi ayahnya, harta dan kekayaanlah yang paling utama.

Mikayla / Kay / Miss K (Wan Sharmila) orang yang paling banyak membantu Cik Ayu Maisarah. Cik Ayu Maisarah memberitahu Miss K agar melaporkan kepada polis jika terdapat tanda-tanda ancaman dari Pak Ngahnya.

Nenek Cik Ayu Maisarah (Normah Damanhuri) begitu gembira apabila mengetahui cucunya masih hidup. Cucu yang dimaksudkan adalah Cik Ayu Maisarah. Kini, segala harta kekayaan dan pemilikan yayasan dipindahkan ke nama Cik Ayu Maisarah. Hal itu menimbulkan marah di hati Pak Ngahnya.

Kalau dahulu dia berjaya menghapuskan abangnya. Kini giliran anak abangnya pula. Segala yang menjadi penghalang untuk dirinya mengecap kemewahan akan menemui ajal. Pak Ngah menyuruh orang-orangnya untuk menculik Cik Ayu Maisarah termasuk ibu dan isteri abangnya.

Pak Ngah membocorkan rahsia bahawa dia yang membunuh abangnya. Kenyataan itu membuatkan ibu Cik Ayu Maisarah (Fazlina Ahmad Daud) terkejut. Tak menyangka adik iparnya itu begitu kejam.

Polis datang tepat pada masanya. Pak Ngah yang tidak mahu melepaskan peluang cuba mengacukan pistol ke arah Cik Ayu Maisarah. Namun, polis lebih mendahuluinya. Pak Ngah dan Safra diberkas pihak polis.

Risau akan keselamatan cucunya, nenek Cik Ayu Maisarah mengupah bodyguard baru untuk menjaga cucunya itu. Ketika menunggu bodyguard baru menjemputnya, datang sebuah kereta mewah. Bodyguard baru yang keluar dari perut kereta seakan dirinya amat-amat mengenali lelaki tersebut. Ya! Tuan Anas lah bodyguard terbaru Cik Ayu Maisarah.

Bermulalah kehidupan baru Tuan Anas dan Cik Ayu Maisarah. Tiada lagi penghalang cinta mereka. Tiada lagi Safra yang begitu tergedik-gedikkan cinta Tuan Anas. Mereka kini menjalani kehidupan dengan bahagia. Tamat.

Gambar Drama Tuan Anas Mikael Episod Akhir 
Sinopsis Tuan Anas Mikael episod akhir (episod ke 16), Tuan Anas Mikael episod akhir – episod 16, gambar, pelakon, drama Tuan Anas Mikael tamat, last episode, ending Tuan Anas Mikael, episod kemuncak, komen drama Tuan Anas Mikael, biodata pelakon drama Tuan Anas Mikael

Komen Selepas Menonton Drama Tuan Anas Mikael
Tamat dah drama Tuan Anas Mikael lakonan si cantik Zara Zya, si hensem Aaron Aziz dan si jelitawan Raja Ilya. Happy ending! Padam muka Safra kena penjara dengan bapaknya sekali. Perbuatan jahat pasti akan menerima balasan hukuman.

Secara overall, drama Tuan Anas Mikael ni biasa-biasa je jalan ceritanya. Tak ada apa yang menarik sangat. Biasa kalau drama adaptasi dari novel cenggitu la jalan ceritanya. Mudah diagak. Tiada yang bikin ‘wow’ meninggalkan kesan mendalam di hati penonton. Cuma pemilihan pelakon tu memang cemerlang! Semuanya hebat berlakon.

Memandangkan drama Tuan Anas Mikael so so je, so aku bagi 3/5 bintang. Selepas ni drama terbaru bakal menyusul berjudul Tersuka Tanpa Sengaja. Nanti kita tengok kat tv k.

Pelakon yang menjayakan drama Tuan Anas Mikael hingga episod akhir
Aaron Aziz - Tuan Anas Mikael
Zara Zya - Cik Ayu Maisarah
Wan Sharmila - Mikayla / Kay / Miss K
Raja Ilya – Safra Ariana
Roy Azman – Pak Ngah
 Normah Damanhuri – Nenek Cik Ayu Maisarah
 Fazlina Ahmad Daud – Ibu Cik Ayu Maisarah

Tonton drama Tuan Anas Mikael last episode
Tarikh episod akhir Tuan Anas Mikael disiarkan: 3 Disember 2015
Tuan Anas Mikael episod akhir – episod 16
Hari: Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

4 comments

lepas ni dah tak de cerita best macam TAM...best sgt

dah boleh agak ending camne kan. entah2 ada TAM 2 pulak nanti sambung dorg nikah pulak. hihihhi

Hihi...penamat simple jekan...


EmoticonEmoticon