Ada
yang tonton ucapan Datuk Najib pasal Bajet 2016 kat tv semalam? Aku, sempat la
dengar sekejap. Tu pun kat bahagian hujung. Sempat dengar pasal kenaikan BR1M 2016,
kenaikan gaji. Berikut ialah intipati Bajet 2016 yang
dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bertarikh 24
Oktober 2015.
Intipati Belanjawan Bajet 2016 Malaysia
- Bajet 2016
memperuntukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan
“Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.
- Pengguna
pra-bayar telco warga Malaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan
amaun GST yang dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari 2016 hingga 31
Disember 2016.
- Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps
- Projek LRT3
dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos
pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.
- RM 200 juta
menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta
naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara
- Pengecualian
duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk
pembelian rumah
- Projek Bus
Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota
Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.
- Kerajaan
akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan
5 SBP
- Bantuan
Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan
Menengah.
- Bantuan
Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada
isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
- Program
Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan
pada Bajet 2016.
- Bantuan
Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang
diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.
- Lebuhraya
pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas
daripada bayaran tol.
- Program
e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk
meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
- Program
Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam
Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan
Program Perumahan Rakyat.
- Skim
Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah.
Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah
memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.
- Gaji
kakitangan awam naik kepada 1 Gred mulai tahun 2016
- Gaji
permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam dinaikkan kepada RM1200 sebulan
- Kadar pencen
minimum bagi golongan pesara kerajaan dinaikkan kepada RM950 sebulan
- Melantik
tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat
sekurang-kurangnya 15 tahun
- Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan kadar bayaran dinaikkan
- BR1M 2016
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan
daripada RM950 kepada RM1000.
- BR1M 2016 Kategori
baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan
bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
- BR1M Bagi
isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada
RM950 kepada RM1000
- BR1M Bagi
isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M
ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
- BR1M Bagi
individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan,
bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400
- BR1M Bagi
Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
- Had
Pelepasan Cukai: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur bawah 18
tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000.
Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi
pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing2 untuk ibu &
bapa.Dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas
tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan.
- Had
pelepasan cukai Individu: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang
pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3000 kepada
RM4000.
- Had
pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6k kepada RM8k bagi setiap anak 18
tahun ke atas yang sedang lanjutkan pengajian bagi tahun taksiran 2016.
- Had
pelepasan cukai sedia ada ibubapa dengan anak OKU RM6k. Jika anak
lanjutkan pelajaran, jumlah boleh dituntut RM14k. Bagi ibubapa kepada
anak-anak OKU yangg lanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkn
daripada RM6k kepada RM8k mulai tahun taksiran 2016.
- Berkuatkuasa
1 Julai 2016, penyelerasan gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900
kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.
- Gaji minimum
Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi
semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah.
- Majikan yang
gagal mematuhi peraturan gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung
Malaysia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Gaji minimum RM920
(Sabah, Sarawak dan Labuan) manakala RM1,000 sebulan bagi Semenanjung
Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.
- Bayaran khas
bonus RM500 bagi kakitangan atau penjawat awam akan dibayar pada Januari
2016.
- Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.
- Kredit: Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia
So
apa pandangan korang mengenai Bajet 2016 ni?
Senarai
bajet belanjawan Malaysia setiap tahun:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓