Alhamdulillah,
terima berita menggembirakan menerusi Whatsapp. Adik ipar selamat melahirkan
puteri sulungnya semalam. Yey! Bertambah-tambah generasi anak buah. Anak buah
sebelah hb ramai. Anak buah sebelah family Yumida sendiri masih kurang. Ni kalau
time Raya, kena buat pengiraan untuk duit angpau Raya. Ramai weh.. Jumlah mesti
sama, kang ada yang merajuk pulak.
Berat
baby girl dilahirkan semalam 2.27kg. Alhamdulillah, si ibu dan babynya dalam
keadaan sihat walafiat. Teringat time aku beranakkan si Amirah Alya, berat
3.6kg. Errr besar. Ambik masa nak tunggu bukaan rahim tu terbuka dengan
luasnya. Lepas 6 jam kena induce, bukaan hanya 5cm je. Sakitnya tak terkata. Doktor
kata fetal distress, terus dihantar ke dewan bedah. Buat cesarean.
Now
baby dah nak menjangkau 3 bulan. Tercuit hati bila tengok dia dah pandai senyum
bila kita usik dia. Seronoknya jadi mak pada baby masih kecik ni. Kita membebel
dia pun membebel sekali. Sepatah perkataan pun kita tak faham diungkapkan
olehnya. Gigi rongak! Kiut!!!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
bestlah anak buah ramai :)
alhamdulillah tahniah... sy pnya anak buah da cecah 20 org... hehehe jenuh nak melayan...
waa... tahniah..
Tahniah sis. Dapat anak buah baru. Makin bertambah ahli keluarga
http://angellovesoldier.blogspot.my/
Tahniah yumida, double tahniah sebab menang Mini GA Contest ni juga:
http://throughmyglasseskacamata.blogspot.my/2015/10/mini-ga-contest-cari-perbezaan-dalam.html
:D