Teringin
nak makan kentang goreng? Potato wedges yang macam kat KFC tu. Kalau nak jimat
duit dan nak makan potato wedges yang banyak, apa kata kita buat sendiri. Caranya
ada ditunjukkan seperti di bawah. Sumber resepi dirujuk dari sini.
RESEPI POTATO WEDGES (KENTANG GORENG) SEDAP ALA
KFC
Bahan-bahan persediaan potato wedges KFC:
1. Kentang
(jumlah kentang bergantung pada kemahuan yang kita nak)
2. Garam
3. Pati ayam
4. Tepung gandum
5. Serbuk lada hitam
2. Garam
3. Pati ayam
4. Tepung gandum
5. Serbuk lada hitam
Cara membuat kentang goreng ala KFC:
1.
Kentang direndam di dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang seperti
potong epal yang macam kat KFC tu. Kalau tak potong kulit pun boleh jugak.
2.
Rebuskan kentang di dalam air. Rebusan bertujuan untuk melembutkan kentang. Campurkan
garam dan pati ayam secukup rasa.
3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk
memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada
kentang. Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang, maknanya sudah boleh
dikeluarkan. Tapi pastikan jangan lama sangat rebus. Nanti kentang jadi lembik.
4.
Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan
kentang-kentang itu nanti.
5. Kentang-kentang
tadi, balutkan dengan serbuk tepung gandum dan lada hitam. Jangan campurkan
tepung gandum dengan air.
6.
Goreng kentang semuat kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
7. Siap!
Boleh la dihidangkan bersama mayonis, sos, keju atau apa-apa yang kita mahu
sebagai pencicah kentang goreng yang sedap ala KFC tu.
Selamat mencuba kengkawan semua..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
nice share, kak.. boleh try nanti ni..
Lissa suka kentangg. hehe
sedapnya nak cuba la
SENANGNYA..BLH CUBA NIE..:)