Berita
penangkapan Amir Ukays amat mengejutkan. Puncanya sebab beliau memiliki sepucuk
pistol berwarna hitam. Tersebar di laman sosial gambar pistol berserta IC beliau.
Sah memang gambar Amir Ukays. Baca lagi berita hari ni, Amir Ukays dahpun
dibebaskan.
Rupanya
pistol tersebut bukan pistol sebenar, ia hanya pistol mainan untuk menembak
cicak di rumah. Eh aku pun baru tahu rupanya ada alat seperti pistol sebegitu
untuk membunuh cicak. Tertarik..sebab cicak kat rumah aku ni banyak! Kuarters lama
memang penghuninya cicak yang bermacam jenis ada. Ada cicak biasa, cicak hitam,
cicak geko. Anak cicak pun berani main kat siling dengan tahi mininya yang
menempek di atas lantai.
Kenyataan
Amir Ukays:
"Saya
bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah.
Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi
(semalam)," - Mohd Azmir Muhammad Yusof, 46.
Sumber:
Amir Ukays Dibebaskan
Ketika
pemeriksaan dilakukan, polis menemui sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera
tulisan Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520. Amir Ukays berkata, pistol
berkenaan adalah pemberian seorang peminat padanya kira-kira lapan bulan lalu.
Dengan
ini, dapat la kita saksikan Amir Ukays beraksi di kaca tv. Menerusi penyertaannya
dalam Gegar Vaganza2. Vokal Amir Ukays pun masih power macam dulu jugak. Eh korang
layan jugak ker Gegar Vaganza nih. Suka pulak aku tengok otai-otai ni menyanyi.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
Kikkikiki..
Nak cari juga la satu...
laa.. pistol mainan eh? haha
musykil jugak kalau polis x tau yg pistol tu pistol mainan..x kan main tangkap je tanpa cek dulu..huhu