Sinopsis
Episod Akhir Drama TV3 Asam Pedas Untuk Dia
Ainin Sofea (Dayana Rosa) dimasukkan
ke hospital. Mengetahui isterinya sedang hamil, Ahmad Ziyat (Shukri Yahaya) berasa
berang. Perkahwinan yang dibina selama 8 bulan itu, kucar-kacir dengan
kehadiran bayi mereka. Dia tidak mahu rahsia perkahwinan mereka diketahui orang
lain. Biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan Ainin.
Namun, kewujudan bayi dalam kandungan
Ainin bakal membongkar rahsia yang dipendamnya selama ini. Ziyat memarahi Ainin
kerana tidak menjaga diri sepanjang mereka bergelar suami isteri. Ainin begitu
kecewa apabila Ziyat berterusan menyalahkannya.
Lagi mengguriskan hati Ainin, Ziyat
membuat sambil lewa pembayaran bil hospital. Ainin terkandas di hospital kerana
dirinya juga tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar bil tersebut. Mujur,
Haji Marzuki (Manan Haji Sulaiman) melawatnya ketika itu. Maka terlangsailah
bil hospital.
Majikannya itu mula menaruh syak
wasangka apabila Ziyat bercakap di dalam telefon. Bunyinya seolah-olah bercakap
dengan orang gaji mereka, Ainin. Selepas di soal selidik, barulah Haji Marzuki
mengetahui bahawa Ainin dan anaknya, Ziyat telah berkahwin. Kini, menantunya
sedang menghamilkan cucunya.
Ziyat runsing memikirkan perkahwinannya
dengan rakan sekerjanya. Dia tertekan. Dalam hatinya, cintanya hanya untuk Ainin.
Namun, rahsia tetap rahsia, dia tidak mahu orang lain mengetahuinya. Di rumah,
Haji Marzuki telah menegur anaknya. Dia ingin Ziyat bertanggungjawab dan
melaksanakan tugasan sebagai seorang suami yang sempurna. Dia tidak mahu
menantunya Ainin, berterusan menjadi mangsa fitnah.
Kini, barulah Ziyat sedar betapa teruk
layanan yang diberikannya terhadap Ainin. Dia segera ke rumah Ainin, namun
hampa, Ainin tiada di rumah. Ziyat tidak patah semangat, dia berusaha mencari
di mana lokasi Ainin. Dia ingin segera meminta maaf kepada Ainin dan ingin Ainin
kembali ke pangkuannya sebagai isterinya yang sah, yang diketahui umum.
Ziyat dan Ainin dipertemukan di sebuah
majlis perkahwinan. Ziyat meminta peluang dari Ainin agar memaafkannya. Masih tersisa
luka di hati Ainin setelah apa yang Ziyat perlakukan pada dirinya. Ainin
meminta agar Ziyat melepaskannya.
Ziyat bertambah sedih. Dia tidak mahu
berpisah dengan isterinya, apatah lagi untuk menceraikannya. Ziyat bersungguh-sungguh
meminta maaf. Hati Ainin yang sangat lembut, akhirnya menerima kembali suami di
sisinya.
Ainin diperkenalkan kepada ibunya, Hajah
Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) sebagai isteri yang telah dia nikahi 8 bulan yang
lalu. Walaupun perkhabaran itu mengejutkan ibunya, ibunya gembira kerana Ziyat
memilih Ainin, gadis berhati baik dan berperibadi mulia. Ziyat dan Ainin hidup
bahagia. Tamat!
Pelakon
yang menjayakan drama Asam Pedas Untuk Dia episod akhir
Ainin Sofea – Dayana Rosa
Ahmad Ziyat – Shukri Yahaya
Hajah Fauziah - Fazlina Ahmad Daud
Haji Marzuki – Manan Haji Sulaiman
Gambar
Drama Asam Pedas Untuk Dia
Pengajaran
drama episod akhir Asam Pedas Untuk Dia
1. Ikatan sah berdasarkan perkahwinan
harus diwar-warkan agar tak timbul salah faham dari orang lain.
2. Jalankan tugas seorang suami dengan
sempurna.
3. Peranan seorang ayah amat penting
dalam membimbing dan membuat teguran jika si anak melakukan kesalahan.
Tamat dah drama Asam Pedas Untuk Dia. Happy ending! Untuk episod akhir ni, sakit
hati la jugak tengok si Ziyat tu. Ada erk suami macam tu. Macam nak ketuk je
kepala. Kahwin atas dasar kesian, lepas tu takmo mengaku dah kahwin, suruh wife
jangan hebohkan pasal perkahwinan, nasib baik ada si ayah yang bagi teguran.
Suruh anaknya bertanggungjawab sebagai seorang suami. Akhirnya, diorang
disatukan kembali. Inilah penamatnya..
Tak sangka pulak aku, kerana masakan
boleh membuatkan seseorang jatuh cinta. Dalam drama ni, si Ziyat jatuh cinta
kat Ainin pasal kehebatan Ainin dalam memasak asam pedas. Terliur pulak aku
bila teringatkan masakan asam pedas. Memang sedap! Mabeles! Pada sang isteri di
rumah, jom memasak asam pedas, kasi suami kita 100 kali jatuh cinta kembali kat
kita. Hihihi…
Drama Asam Pedas Untuk Dia
Tarikh episod akhir Asam Pedas
Untuk Dia disiarkan: 29 Mac 2015
Hari: Ahad
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV3
Tips
memasak kat rumah:
Korang rasa memasak tu susah? Eh! Senang
aje la! Nah try yang macam aku guna ni. menjadi!! Macam-macam masakan pun boleh
buat punye la.
Tengok sini→ Perencah
Masakan Segera
Tips memasak resepi asam pedas yang
super duper hebat bak Ainin Sofea, nah try la guna perencah ni. Sekelip mata
je, masakan asam pedas akan siap!
Entry → Perencah
Asam Pedas Adabi
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
12 comments
happy ending..memang drama2 siri ni akan berakhir dengan happy ending kan, asam pedas tu memang faveret kak ana Yumida hehe :)
kebanyakan drama tv mesti berakhir dengan happy ending. macam drama asam pedas untuk dia pun sama gak. biasanya kisah novel memang macam tu. penghujung novel mesti nak pembaca happy n puas hati.
sama la kak, yumida pun suka gak masakan asam pedas. memandangkan tak reti sgt memasak. guna perencah asam pedas pun jadi la. merasa gak keenakan kuah asam pedas.
jom masak asam pedas utk dia..hehehe
assalamualaikum
singgah pagi
x sempat nak tgk
memang best ending dia..asam pedas memang pebret akak..
ending terbaik.... mmg btl2 asam dan pedas, heheheee....
lepas tengok crita ni mesti terasa nak makan asam pedas..hehe
asam pedas untuk suami tercinta. resepi memikat suami :)
boleh tengok ulangan drama asam pedas untuk dia episod akhir kat tonton.my
mula2 tengok drama asam pedas untuk dia yang episod akhir ni geram gak. ending dia bahagia..
ending bahagia. nasib baik sempat tengok yang last episode drama asam pedas untuk dia ni semalam
tetibe rasa nak makan masakan asam pedas
aah betul. tamat je drama asam pedas untuk dia episod akhir semalam tetibe mengidam nk makan asam pedas..terbayang2 dah