Sinopsis Episod
Akhir Drama Suamiku Encik Sotong
Erica (Amyra Rosli) telahpun selamat
melahirkan bayi lelaki. Dek status anaknya sebagai luar nikah, Erica
menyembunyikan diri di tempat terpencil. Semua ini tidak akan terjadi dengan adanya suami sebagai pelindung dan penunai tanggungjawab kepada isteri dan anaknya. Boleh baca 13 Amalan suami semasa isteri hamil. Farish (Sharnaaz Ahmad) yang dikenali
sebagai lelaki sotong ataupun Encik Sotong, suami kepada Erica menemani bapa
mertuanya, Zahid (Roy Azman) menemui Erica.
Pertemuan Erica dan ayahnya dihujani
air mata. Erica meminta maaf kepada ayahnya dan suaminya atas apa yang berlaku.
Ayah Erica gembira melihat cucunya. Emak Izhan (Amar Baharin) iaitu Mak Ngah
Erica menerangkan keadaan sebenar. Bahawa dirinya yang menjadi penghalang
antara hubungan Erica dan Izhan. Izhan merupakan ayah kepada bayi yang
dikandung oleh Erica. Pernikahan yang halal dan hubungan antara lelaki dan wanita luar kawalan menyebabkan perkara ini berlaku. Seharusnya hubungan intim suami isteri yang sah dinikmati lelaki dan wanita di malam pertama perkahwinan sahaja. Hubungan Erica dan Izhan kembali pulih.
Farish lega melihat hubungan Erica dan
Izhan kembali erat. Di sebalik kegembiraan wajah Farish, ada sedikit gusar di
riak wajahnya. Dia masih memikirkan Dhia (Hanis Zalikha) gadis tomboy yang
pernah dia cintai. Dhia pergi membawa diri selepas mengetahui status Farish
suami kepada isteri orang lain.
Erica dan Farish memutuskan untuk
bercerai atas kerelaan masing-masing. Perkahwinan yang didasari atas nama
wasiat tidak berjaya mencetuskan perkahwinan kekal antara mereka. Cinta yang hanya berlandaskan nafsu dan logik akal sahaja tidak akan kekal. Tanpa ilmu dan islam sebagai asas. Kasihan nasib anak anak yang lahir dalam perkahwinan sedemikian. Namun, ada
hikmah di sebalik wasiat nenendanya, hubungan kekeluargaan dan sanak saudara
dalam keluarga kembali bersatu!
Malah, Izhan juga tidak menemui rasa
bahagia dalam perkahwinannya bersama Qarina (Tunku Hanis). Izhan nekad
menceraikan Qarina. Walaupun pahit, walaupun sedih..Qarina redha atas
suratanNya.
Demi menjernihkan keadaan, Erica dan
Izhan tekad pergi berjumpa Dhia. Erica menjelaskan kisah sebenar apa yang
terjadi antara dirinya dan juga Farish. Pada awalnya, Dhia tampak begitu
kecewa. Siapa sangka, usaha Erica membuahkan hasil apabila berjaya memujuk hati
Dhia.
Secara senyap-senyap, Dhia menuju ke arah
Farish. Farish kelu melihat kehadiran Dhia di depan matanya. Resah,
gelisah..itulah gambaran yang dapat digambarkan oleh Dhia. Dirinya juga terpana
melihat Farish bertentang mata dengannnya.
Majlis akad nikah berjalan dengan
sempurna. Kini, Erica sah menjadi isteri kepada Izhan. Suami isteri yang ingin cepat menimang cahaya mata tidak elok makanan makanan ini. Farish yang berbaju sedondon
dengan Dhia turut hadir dalam majlis tersebut. Farish turut merencana bakal
menamatkan status dudanya bersama insan istimewa di hatinya, Dhia. TAMAT!
Drama Suamiku
Encik Sotong telahpun tamat. Horrey! Dah tahu apa penghujung drama ni. Ending
bahagia! Suamiku
Encik Sotong a.k.a Farish telah menemui cinta sejatinya, malah nak
menjadikan si tomboy iaitu si Dhia jadi permaisuri hatinya. Dulu tomboy,
penghujung drama ni jadi wanita ayu. Santek sangat! Drama Suamiku Encik Sotong episod akhir bakal digantikan dengan drama
terbaru iaitu Isteri Separuh Masa, drama
adaptasi daripada novel karya Suri Lyana, lakonan mantap Emma Maembong dan juga
Aiman Hakim Ridza. Sama-sama kita tengok minggu depan.
Pelakon
Utama Drama Suamiku Encik Sotong
Farish – Sharnaaz Ahmad
Erica – Amyra Rosli
Izhan – Amar Baharin
Dhia – Hanis Zalikha
Qarina – Tunku Hanis
Zahid – Roy Azman
Idrus – Zulkifli Ismail
Khaleeda – Salimah Mahmood
Pengajaran
Drama Suamiku Encik Sotong
1. Jalankan tanggungjawab sebagai suami
mahupun isteri dengan sempurna. Kerana kedua-duanya adalah tugasan yang
diamanahkan oleh Allah.
2. Jauhi zina.
3. Jangan menabur fitnah.
4. Terima seadanya sifat kekurangan pasangan
kita.
5. Jaga batas hubungan.
6. Akui kesalahan diri dan minta maaf
pada insan yang telah kita sakiti.
Gambar
Drama Suamiku Encik Sotong
Drama
Suamiku Encik Sotong telahpun disiarkan pada 9 Mac 2015
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro
Maya HD 135
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
Hihi suka tonton drama ni...lucuuuu je sentiasa hehehhe
Salam singgah sini dik yumida...akhirnya semua berakhir dengan bahagia...
Suka jugak tgk citer ni. Nasib smlm sempat tgk yg akhir. Pandai sharnaz mainkan watak sotong
Dah habis tgk dah. Hehehehe.
ZH Blogger
Maaf, tapi macam ada pembetulan dalam statement akak.. Izhan tak berkahwin dengan Qarina.. Mereka hanya baru bertunang.. Majlis bertunang... Dan Pertunangan mereka putus akhirnya-- makngah yg putuskan kerana serba salah terhadap Erica..
Maaf, tapi macam ada pembetulan dalam statement akak.. Izhan tak berkahwin dengan Qarina.. Mereka hanya baru bertunang.. Majlis bertunang... Dan Pertunangan mereka putus akhirnya-- makngah yg putuskan kerana serba salah terhadap Erica..