Hadoi!
Macam-macam.. Terkejut baca paper arini dengan tajuk besar ‘JANGAN RAKAM GAMBAR PANGKAL PAYUDARA’. Gatal je tangan ni nak klik
berita pasal apa. Rupanya pasal selfie.
Selfie lah dengan penuh berhemah
Selfie dengan penuh kreatif
Kerajaan
Thai memberi amaran rakyatnya untuk tidak
memuat naik gambar selfie bawah payudara mereka.
Syukur,
nasib bukan kat Malaysia. Suspens gak mula-mula tadi, adakah rakyat Malaysia gemar berselfie ambil gambar pangkal payudara
mereka? Itulah persoalan yang berlegar kat minda aku bila terbaca tajuk tu.
Nasib baik bukan. Melampau la bila seseorang berselfie menayangkan aset
peribadi miliknya.
Khabarnya, berselfie menayangkan pangkal payudara merupakan trend terbaru di media
sosial yang kini menjadi semakin viral.
Pihak kerajaan Thailand dah pun sahkan, perbuatan itu menyalahi undang-undang
jenayah komputer.
Hukuman dan Akta Jenayah Lucah
Akta
Jenayah Komputer 2007 Thailand melarang sebarang bentuk bahan yang boleh
‘menjejaskan keselamatan negara atau menyebabkan panik dalam kalangan penduduk’
atau ‘sebarang data komputer lucah
yang boleh diakses orang ramai.’ Pesalah bakal berdepan dengan hukuman penjara
lima tahun.
Bukan sahaja wanita, malah lelaki pun gemar berselfie
Baguslah
ada sekatan penyebaran bahan lucah sebegitu. Lebih-lebih lagi bila ianya
menjadi viral di laman sosial. Aktiviti tak bermoral mesti dibendung! Kalau tak,
jadi parah. Especially di kalangan remaja yang mudah terjebak dengan benda
sebegini.
Malah
yang dewasa pun sama, jangan share
gambar lucah, gambar tak senonoh, gambar seksi, gambar bogel or whatever
yang segalanya berkaitan pasal lucah-lucah ni. Terapkan rasa malu dan kesedaran
sivik dalam diri, jagalah akhlak kita.
*Pelik
tetapi benar: Ada segelintir blogger yang tak segan silu menyiarkan artikel
lucah @ gambar seksi semata-mata nak kaut keuntungan lumayan. Sambil tayang
earning berlipat ganda di Facebook hasil jana pendapatan di blog mereka. Moga
diberi kesedaran dan hidayah buat mereka ini.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
18 comments
bagusnya thailand buat akta camni. malaysia ?
bagus kerajaan thai buat undang2 begitu
bagus kerajaan depa
hehehe.. undang2 yang bagus.. mun nak selfie pun pakaian biarlah sopan..
tu la kan...
tapi zaman skrg nie kebanyakkan manusia nie..
tak heran dah ngan undang² nie kan...
ikut suka ati je nak post gambar lucah² nie..
Singgah pagi..
wah....
patutnya malaysia pun buat cmni...
baik juga kalau kerajaan haramkan kita berselfi
pasal akta sekatan penyebaran info lucah di internet, malaysia pun ada
aah betul tu ainim. stuju
yup..betul tu anum. sekat aktiviti penyebaran gambar lucah di internet
aok. selfie tanpa ngegeh tanpa mintak perhatian org. kikiki. ada juak eh org selfie pasya tayang gambar kat fb mintak org pujinya. haha
yup..betul tu nieyl. post gambar seksi sendiri, post gambar seksi orang lain. bawak2 la bermuhasabah diri
retis malaysiaaaa semestinya ada..lurah dendam..haha. moga dibukakan hati mereka untuk insaf, berubah n perbaiki diri ke arah kebaikan
blogger tu..hmmm...blogger melayu jugak. dulu dia aktif ping artikel cerita lucah/gambar seksi kat fb, sekarang makin senyap. mungkin ada yg tegur dia kot. moga timbul kesedaran dlm dirinya.
erkkk kang banyak yg bangkang. especially yg kaki selfie tu. hihi. berselfie dengan hemah & sopan...
kat malaysia kalau x silap memang ada sekat penyebaran bahan lucah kat internet
pengomen dilarang / ditegah 100% mempromosi blog atau link artikel berunsur lucah, porn, menyiarkan link berunsur gambar seksi, bogel, telanjang, artikel seks dan sebagainya di ruangan komen ini, mahupun di mana2 kotak komen blog ini
komen anda akan di delete serta merta!
harap maklum..