KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 20/04/2015
Gambar Lanun
bersama baby barunya yang baru sahaja lahir 5 hari yang lepas
Kucing
saya hebat kerana...walaupun hanya
mempunyai 1 sahaja mata, ia tidak pernah terlepas tangkapannya. Namanya LANUN.
Sempena matanya yang buta sebelah. Malah ketika kecil, badannya kurus
kering menampakkan tulang rangkanya. Serius, kami ingatkan dia bakal
mati. Seperti kucing kami yang tak sihat yang lain. Alhamdulillah, umurnya
masih panjang. Sampai ke hari ni, Lanun si heroin penangkap binatang yang hebat!
Buktinya, ia
pernah menangkap tikus yang besar di dalam rumah ni. Menangkap
burung, tupai, cicak. Menghalau biawak dengan suaranya yang cukup
ganas. Kami pula takut melihatnya, takut ia dicederakan biawak. Sifatnya juga
suka menunjuk-nunjuk, sampai terjerit-jerit kami serumah dibuatnya. Lanun si pemburu
ular daun, hasil tangkapannya di bawa masuk ke dalam rumah. Euw!
Kelibat Lanun
digeruni oleh kucing pendatang. Al maklum la, kami suka letak makanan kucing
kat luar rumah. Mana-mana kucing pendatang yang datang akan makan makanan
tersebut. Namun, kehadiran kucing pendatang dibenci oleh Lanun. Ada sahaja
kucing yang meraung-raung diusiknya. Habis kawasan kuarters kami ni di tawaf
oleh kucing pendatang, gara-gara kena kepung oleh Lanun.
Lanun juga
dikenali sebagai jam loceng haiwan. Seawal 5 pagi ia akan memanggil-manggil di
luar bilik tidur kami untuk bagitau yang dia nak kencing/berak kat luar rumah. Kalau
tak diendahkan, makin nyaring suaranya sambil kukunya mencakar pintu. Sekaligus
memberi kelebihan untuk kami menunaikan solat Subuh. Tak perlu set alarm
handphone.
Part yang membuatkan
kami sedih, bila balik kampung. Daripada 8 ekor kucing yang kami ada, hanya
Lanun seorang yang menunggu di rumah ini sampai la ketibaan kami balik. Setianya
ia menunggu tuannya balik.
Jika kami
bercuti 2 minggu, selama 2 minggu itu ia tak berganjak dari kawasan rumah. Memandangkan
kami tahu Lanun akan setia menunggu di rumah, awal-awal lagi kami pesan pada
seseorang untuk bagi kucing makan whiskas. Yang mana makanan ni kami dah sedia
awal kat tepi rumah. Supaya senang nak bagi kucing makan.
Lanun si
survivor
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
2 comments
salam..
datang dari segmen sama
http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/03/segmen-kucing-saya-hebat.html
good luck
Terima kasih kerana menyertai segmen Ayuni ^_^
Ini link ke entri penyertaan Lanun: http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/04/kucing-hebat-hari-ini-lanun.html
All the best to Lanun! <3