Sinopsis Sinetron Aisyah

Sinopsis Drama Sinetron Indonesia Aisyah Di TV3
Sinetron Aisyah mengisahkan perjuangan seorang anak dalam menyara adik-beradiknya selepas ditimpa musibah. Pelbagai usaha, cabaran dan rintangan terpaksa diharungi dalam mencari wang untuk menyara keluarganya. Siapa sangka kehidupan mereka yang serba kaya, tiba-tiba jatuh miskin!

Sinopsis Sinetron Aisyah, sinopsis drama Sinetron Indonesia Aisyah di TV3, gambar Sinetron Aisyah, pelakon Sinetron Aisyah, review drama Indonesia TV3 Aisyah, Alyssa Soebandono

Irvan merupakan ayah kepada 4 orang anaknya. Beliau mempunyai sebuah syarikat besar. Kehidupan keluarga Irvan amat mewah. Irvan menguruskan anaknya selepas kematian isterinya.

Tania merupakan anak sulung Irvan yang berusia 20 tahun. Tania mempunyai sikap yang angkuh, sombong, dan hobinya suka berfoya-foya.  Aisyah pula anak kedua Irvan, berusia 17 tahun.  Berlainan dengan sikap Aisyah, dia seorang yang sederhana dalam segala hal, gadis menutup aurat, gemar memberi tunjuk ajar persekolahan kepada budak-budak miskin.

Bima anak Irvan yang ketiga, seorang yang sangat nakal dan berumur 15 tahun. Manakala puteri sulung Irvan iaitu Mutia berusia 8 tahun merupakan seorang anak yang menghidap penyakit. Mutia memerlukan ubat-ubatan untuk meneruskan hidup.

Pembantu Irvan iaitu Mardi merupakan pekerja yang sangat dipercayai Irvan. Keluarga Mardi tinggal di rumah Irvan dan bekerja sebagai orang gaji. Isteri Mardi iaitu Hesti, pembantu rumah yang sering menguruskan segala perihal anak-anak Irvan. Hesti benci apabila Tania sering mengarahkannya melakukan kerja. Rini, anak Mardi, merupakan rakan sekelas Aisyah. Rini sering berasa iri hati melihat kehidupan Tania dan Aisyah yang dilayan seperti puteri. Manakala dirinya hanya anak orang gaji!

Suatu hari, seluruh keluarga Irvan gempar apabila Irvan dikhabarkan terlibat dalam kemalangan di laut. Ramai beranggapan Irvan telah mati. Namun, Aisyah tidak percaya selagi belum menemui jasad ayahnya. Walaupun sedih kehilangan ayahnya, Aisyah dan adik-beradiknya berusaha tabah menerima kenyataan pahit tersebut.

Berita kematian Irvan yang sangat mengejut itu telah mengubah kehidupan 4 beradik itu. Mereka yang hidup serba mewah, serba kaya sebelum ini terpaksa berdepan dengan hutang yang ditanggung oleh ayahnya.

Sebelum meninggal, Irvan telah menukar nama rumahnya kepada pembantunya iaitu Mardi. Ini bermakna, Mardi tuan baru kepada rumah mewah itu. Tujuan Irvan melakukan penukaran nama itu agar pihak pemiutang tidak merampas rumah tersebut. Dengan itu, dapatlah anak-anaknya berlindung di rumah itu selepas hartanya dirampas kelak.

Mengetahui sahaja nama rumah itu menjadi milik suaminya, Hesti gembira bukan kepalang! Dialah yang bakal menjadi raja di dalam rumah itu! Bukan sebagai orang gaji! Hesti mengambil kesempatan atas peluang tersebut. Bencinya pada Tania meluap-luap! Hesti mengusir kesemua anak Irvan dari rumah itu.

Di saat mereka kesempitan hidup, tiada tempat tinggal, tiada wang untuk membeli makanan, tiada wang membeli ubat-ubatan Mutia, perangai Tania tidak berubah. Dirinya masih dengan sikapnya yang suka berfoya-foya. Aisyah berusaha untuk menyedarkan Tania. Namun tidak diendahnya.

Aisyah membuat keputusan untuk mengambil alih tugas menyara adik-beradiknya. Aisyah bekerja siang dan malam untuk mencari wang. Malah dia juga tidak dapat meneruskan persekolahannya kerana tiada masa. Dia harus berkorban! Malah kesihatan Mutia paling diutamakannya.

Di saat genting itu, Nabil menjadi orang terpenting dalam memberi semangat buat Aisyah. Walaupun sebelum ini hubungan percintaan mereka dihalang oleh Irvan, kini mereka hanya berstatus kawan biasa. Namun, perasaan Nabil pada Aisyah tidak berubah. Aisyah lega kerana mempunyai sahabat seperti Nabil.

Rini anak kepada Hesti sentiasa mendambakan Nabil. Namun, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Nabil menganggapnya hanya teman biasa. Tidak lebih dari itu. Rini cemburu melihat Nabil sering memberi perhatian kepada Aisyah.  

Dalam kepayahan menyara adik-beradiknya, Aisyah tetap menyimpan hasrat ingin menemui ayahnya. Walaupun telah dikhabarkan meninggal dunia, hati Aisyah tetap mengatakan ayahnya masih hidup. Dia berharapan ketika Hari Raya nanti, ayahnya akan kembali semula ke pangkuan mereka dan bersama-sama meraikan hari lebaran. Saksikan kisah pengorbanan Aisyah, perjuangan murni dalam membesarkan adik-beradiknya. Tonton sinetron Aisyah di kaca tv anda di TV3.

Sinopsis Sinetron Aisyah, sinopsis drama Sinetron Indonesia Aisyah di TV3, gambar Sinetron Aisyah, pelakon Sinetron Aisyah, review drama Indonesia TV3 Aisyah, Alyssa Soebandono

Pelakon Sinetron Aisyah TV3
Alyssa Soebandono, Dude Harlino, Raya Kohandi, Asmirandah, Rio Reifan, Tiara Renata, Nani Wijaya, Drg, Fadly, Anwar Fuadi, Devi Permatasari, Dwi Yan, Intan RJ, dan Ivanka Suwandis.

Gambar Sinetron Aisyah TV3
Sinopsis Sinetron Aisyah, sinopsis drama Sinetron Indonesia Aisyah di TV3, gambar Sinetron Aisyah, pelakon Sinetron Aisyah, review drama Indonesia TV3 Aisyah, Alyssa Soebandono

Saksikan Sinetron Aisyah TV3
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 2.00 petang – 3.00 petang
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

sinetron aisyah tengah main kat tv3. usaha seorang remaja menyelamatkan nasib adik beradiknya