Teman Lelaki Upahan Episod Akhir

Sinopsis Episod Akhir Drama TV3 Teman Lelaki Upahan Slot Akasia
EL (Ungku Ismail Aziz) begitu membenci Kyra Lydia (Siti Elizad Sharifuddin). Segala rasa ketidakpuasan hatinya, rasa amarahnya dihambur keluar. Dia sudah tidak peduli lagi apa yang Kyra Lydia rasa. Malah, dirinya juga tidak memberi peluang Kyra Lydia untuk bercakap. Baginya, Kyra Lydia layak diperlakukan sebegitu!

Teman Lelaki Upahan episod akhir, sinopsis episod terakhir Teman Lelaki Upahan, gambar, pelakon, pengajaran drama Teman Lelaki Upahan episod akhir, last episode, ending Teman Lelaki Upahan, episod kemuncak, komen penonton Teman Lelaki Upahan episod akhir, drama Teman Lelaki Upahan tamat digantikan dengan drama terbaru Hati Perempuan

Bagi EL, Kyra Lydia hanyalah wanita yang tamak! Mementingkan sendiri! Api kemarahan EL pada Kyra Lydia meluap-luap. Kyra Lydia hanya membatu diri, hanya air mata yang deras mengalir. EL menyalahkan Kyra Lydia kerana merosakkan hubungannya dengan ibunya (Dian P.Ramlee).

Malah kematian abangnya juga, Yazeed (Wan Raja) berpunca dari Kyra Lydia. Hingga menyebabkan wanita yang pernah dicintainya, merangkap kakak iparnya, Zara (Izara Aishah) menjadi balu.

Di rumah, Kyra Lydia menangis sepuasnya. Dia akui, dirinya banyak membuat kesalahan, malah lagi teruk, orang yang dia cintai, kini amat membencinya. Kyra Lydia menghubungi ibu kandungnya, Azlina (Fazlina Ahmad Daud). Kyra Lydia meluahkan segala yang terbuku dihatinya sambil menangis tersedu-sedan. Ibunya memberi nasihat dan sokongan buat Kyra Lydia.

Pagi keesokannya, Kyra Lydia menyediakan sarapan seawal pagi. Kyra Lydia memohon maaf kepada ibu EL dan menjelaskan kesemua kisah bagaimana EL menjadi kekasihnya. Juga bagaimana banglo mewah itu menjadi milik EL. Sebelum berangkat pergi, Kyra Lydia menyerahkan sepucuk surat kepada Sofia (Sharifah Aleysha) untuk diberikan kepada EL.

Ibu EL datang bersemuka dengan EL, bertanyakan perihal antara dia dan Kyra Lydia. EL tunduk sedih. Ibunya memberikan dia kata-kata semangat, betapa bahagianya dia mempunyai anak yang telah berjaya merapatkan hubungan Kyra Lydia dengan ayahnya. Ibunya memberi restu hubungan dia dan Kyra Lydia.

EL segera bergegas keluar dan mencari Kyra Lydia namun kelibatnya tiada. Sofia menyapa EL dan memberikan sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Kyra Lydia. Kini, barulah EL sedar, Kyra Lydia sudah memutuskan hubungan mereka.

EL berusaha menemui Kyra Lydia. Dia ingin memohon maaf atas apa yang berlaku. Mengenangkan betapa sukarnya dia melupakan lelaki yang dicintainya itu, Kyra Lydia nekad tidak mahu hubungan itu diteruskan. EL merayu berulang kali untuk diberikan peluang kedua. Kyra Lydia hanya mampu menitiskan air mata.

Siapa sangka, lelaki yang pernah diupah menjadi kekasih itu benar-benar menjadi suaminya. Kyra Lydia memberikan peluang kedua kepada EL. Malah dirinya juga berusaha memperbaiki sikap dan dirinya ke arah lebih baik. EL dan Kyra Lydia disatukan dalam majlis yang meriah. Tamat!

Pelakon yang menjayakan drama Teman Lelaki Upahan episod akhir
Ungku Ismail Aziz – EL
Siti Elizad Sharifuddin – Kyra Lydia
Wan Raja – Yazeed
Izara Aishah – Zara
Sharifah Aleysha – Sofia
Dian P.Ramlee – Puan Sri Sanisah
Rahhim Omar – Datuk Azham
Zarynn Min – Datin Izzaty
Fazlina Ahmad Daud – Azlina

Gambar Drama Teman Lelaki Upahan
 Teman Lelaki Upahan episod akhir, sinopsis episod terakhir Teman Lelaki Upahan, gambar, pelakon, pengajaran drama Teman Lelaki Upahan episod akhir, last episode, ending Teman Lelaki Upahan, episod kemuncak, komen penonton Teman Lelaki Upahan episod akhir, drama Teman Lelaki Upahan tamat digantikan dengan drama terbaru Hati Perempuan

Pengajaran drama episod akhir Teman Lelaki Upahan
1. Jangan angkuh pada kekayaan yang kita miliki
2. Utamakan hubungan kekeluargaan
3. Hormati kedua orang tua kita
4. Sentiasa memberi kemaafan buat orang lain
5. Berusaha memperbetulkan keadaan. Terangkan sejelasnya tentang apa yang berlaku, supaya perselisihan faham dapat dielakkan.

Tamat dah drama Teman Lelaki Upahan, minggu depan kita bakal saksikan drama terbaru di Slot Akasia bertajuk Hati Perempuan. Baca respon penonton drama Teman Lelaki Upahan, ramai yang puas hati dengan kualiti drama ni. Lakonan yang sangat menyakinkan! Jalan ceritanya juga bagus. Tak merepek. Hmmm…aku pun suka! Sangat-sangat berbaloi meluangkan masa menonton drama bersiri Teman Lelaki Upahan ni hingga ke episod akhir. Aku bagi 4.9/5 bintang!!!
  
Drama Teman Lelaki Upahan telahpun tamat
Tarikh episod akhir Teman Lelaki Upahan disiarkan: 26 Mac 2015
Hari: Khamis
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓