Sinopsis
Drama TV3 Samarinda Bencinta
Bencinta mengisahkan Nabil (Fattah
Amin) menjadi anak yatim piatu selepas ibunya
meninggal dunia ketika beliau berusia 10 tahun. Mak saudaranya, Asmah
(Sabrina Ali) menghantar Nabil ke rumah anak yatim kerana menganggapnya sebagai
seorang yang sial. Di sana, Nabil berkawan rapat dengan Aishah (Bella Dally)
dan Ikmal (Azri). Sifat kepimpinan Nabil terserlah sejak kecil.
Selepas setahun, Nabil menjadi anak
angkat kepada Majid (Datuk Eizlan Yusof) dan Maria (Amy Mastura) yang tidak
dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama berkahwin. Walaupun hanya anak
angkat, Nabil ditatang seperti minyak yang penuh oleh Maria.
Majid pula sering membawa Nabil ke
pejabatnya kerana mahu mendidiknya sebagai waris syarikatnya sejak usia muda
lagi. Tidak lama kemudian, Maria mengandung. Malangnya, Maria meninggal dunia
selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila (Fathia Latiff).
Maria meninggalkan amanat kepada Nabil
supaya menjaga Nabila dan mengahwini Nabila apabila mereka berdua dewasa nanti.
Nabil menjaga Nabila dengan penuh kasih sayang. Namun, sikap Nabil yang terlalu
mengongkong telah menyebabkan Nabila mula memberontak dan bencikan Nabil.
Lalu, Nabila yang dahagakan kebebasan
telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Nabil tidak
bersetuju tapi dia terpaksa akur kerana Majid telah memberikan kelepasan kepada
Nabila.
Nabila mengambil jurusan perniagaan
kerana dia mahu mengambil alih perniagaan ayahnya daripada jatuh ke tangan
Nabil. Nabila telah bercinta dengan Adam (Erwin Dawson) namun mereka terpaksa
berpisah apabila Adam dipanggil pulang oleh keluarganya selepas tamat
pengajian. Nabila dan Adam berjanji akan jumpa di Malaysia dan tidak akan
memutuskan hubungan.
Nabil pula berjumpa semula dengan
Aishah dan Ikmal. Aishah masih memendam perasaan terhadap Nabil. Aishah
mengambil peluang memenangi hati Nabil selepas berjaya mendapat jawatan sebagai
pembantu peribadi kepada Nabil.
Kemunculan Natasya / Fiqa (Nazeera Sardi)
sebagai klien Nabil telah menggugat perasaan Aishah. Natasya seorang wanita
korporat yang lincah, tidak segan silu menggoda Nabil walaupun dalam urusan
rasmi.
Selepas tamat pengajian, Nabila pulang
dengan tekad dan azam baharu. Suasana di rumah sudah berbeza kerana Nabil yang
lebih berkuasa. Nabil yang mengatur semua urusan memandangkan Majid sudah uzur.
Nabila hanya bersabar dengan Nabil
demi menjaga hati ayahnya. Kebencian Nabila terhadap Nabil bertambah apabila
hanya diberikan jawatan biasa dalam syarikat ayahnya. Pertemuan semula Adam dan
Nabila membibit semula cinta mereka.
Nabila sering pulang lewat. Majid mula
risau dan mahu Nabil mengawal cara hidup Nabila. Majid ingin menyatukan Nabil
dan Nabila. Nabila terima Nabil dengan berat hati kerana tidak ingin syarikat
keluarganya menjadi milik mutlak Nabil sekiranya dia tidak berkahwin dengan
Nabil.
Selepas berkahwin, Nabila masih
berjumpa dengan Adam tanpa menghiraukan perasaan suaminya. Nabil telah
menyiasat mengenai Adam. Akhirnya, Nabil menunjukkan bukti bahawa Adam telah
berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
Walaupun begitu, Nabila tetap bersikap
dingin terhadap Nabil malah dia berpihak kepada Adam yang terpaksa berkahwin
demi menyelamatkan syarikat ayahnya. Nabil dan Nabila sering bertengkar pasal
Adam.
Nabila pula menyerang Nabil kerana
Natasya sering mendampingi Nabil. Suatu hari, Nabila yang tidak dapat mengawal
kemarahannya telah mengatakan syarikat tidak memerlukan Nabil kerana dia boleh
uruskan sendiri. Oleh kerana tercabar dengan kenyataan Nabila, Nabil telah
meletak jawatan dan menghilangkan diri. Apakah Nabila akan bahagia selepas
Nabil mengundurkan diri? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan
segalanya dalam drama Samarinda Bencinta
di TV3. Ending drama ni boleh baca kat sini: BENCINTA EPISOD AKHIR
Gambar
Drama Samarinda Bencinta
Saksikan drama Samarinda Bencinta
Jumlah episod drama Samarinda
Bencinta: 15
Tarikh Bencinta mula disiarkan: 31
Mac 2015
Hari: Selasa – Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
1 comments so far
wah....