Sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar

Sinopsis Drama TV3 Slot Zehra Puteri Bukan Nama Sebenar
Puteri Bukan Nama Sebenar mengisahkan seorang gadis naif bernama Laila (Cristina Suzanne StockStill) membesarkan anaknya Adam seorang diri. Laila anak yatim terkontang-kanting menyara kehidupannya tanpa bantuan suami. Akibat tidak dapat membayar sewa rumah, Laila membuat keputusan untuk keluar dari rumah itu.

Sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar, review drama TV3 Puteri Bukan Nama Sebenar, gambar dan pelakon Puteri Bukan Nama Sebenar, lagu tema OST Puteri Bukan Nama Sebenar, Cristina Suzanne Stockstill - Puteri / Laila, Syarul Ridzwan – Mirza

Sikapnya yang lurus bendul menyebabkan dirinya mudah ditipu oleh orang lain. Laila pernah ditipu oleh penjual tikel (ulat tiket). Dek kerana itu, Laila hampir-hampir tidak dapat menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur. Mujur ada seorang wanita hamil memberikannya tiket bas lebihan.

Laila berkenalan dengan Puteri (Effi Abdul Rahim) insan yang baik hati memberikannya tiket. Ketika itu, Puteri dalam keadaan sarat mengandung ingin menuju ke destinasi rumah mertuanya. Puteri baru sahaja kematian suami. Amanat terakhir suaminya menyuruh Puteri untuk datang berjumpa dengan ibunya. Dek kerana itu, Puteri bersusah payah menunaikan amanat suaminya, Mikail (Hafeez Mikail).   

Siapa sangka di dalam bas itu merupakan pertemuan terakhir mereka. Bas yang mereka naiki hampir terbabas. Puteri mengalami hentakan lalu segera dikejarkan ke hospital. Doktor mengesahkan Puteri dan bayinya meninggal dunia. Segala barang Puteri diserahkan kepada Laila.

Laila termanggu seketika. Segera dicapainya dompet arwah Puteri dan melihat alamat tertera di situ. Laila membuat keputusan untuk menyerahkan barangan tersebut ke rumah ibu mertua Puteri.

Setibanya Laila dan anaknya di rumah besar tersergam indah itu, Laila terpegun melihat kemewahan rumah itu. Datin Zarina (Aida Khalida) dengan wajah serius menyapa Laila. Laila gugup seketika. Alisha (Faralyna Idris) tersenyum sinis melihat gaya Laila yang ala kekampungan. Ditambah lagi dengan kehadiran seorang jejaka bermulut celupar Mirza (Syarul Ridzwan). Sakit hati Laila dibuatnya!  


Makluman: Sila berikan backlink ke entry ini jika anda menyalin sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar ini ke blog anda. Info: Blogger copy paste tanpa bagi link kredit (sumber asal). Harap maklum. 

Siapa sangka di rumah agam itu, status Laila bakal berubah! Dirinya bukan lagi bernama Laila tetapi Puteri!! Puteri a.k.a Laila bakal mencipta sejarah di rumah itu. Pertembungannya dengan Mirza seperti anjing dengan kucing. Asyik bercakaran! Saksikan segalanya menerusi drama TV3 Puteri Bukan Nama Sebenar di kaca tv anda.


Tonton Puteri Bukan Nama Sebenar di kaca tv:


Gambar Puteri Bukan Nama Sebenar 
Sinopsis Puteri Bukan Nama Sebenar, review drama TV3 Puteri Bukan Nama Sebenar, gambar dan pelakon Puteri Bukan Nama Sebenar, lagu tema OST Puteri Bukan Nama Sebenar, Cristina Suzanne Stockstill - Puteri / Laila, Syarul Ridzwan – Mirza

Saksikan Puteri Bukan Nama Sebenar
Drama slot Zehra
Jumlah episod Puteri Bukan Nama Sebenar: 13
Tarikh drama Puteri Bukan Nama Sebenar mula disiarkan: 27 Mac 2015
Hari: Jumaat
Jam: 9.00 malam – 10.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

saya suka salah satu dialog dalam drama ini yang agak lawak,dialognya"entah-entah awak ni menyamar tak?"eh tak saya orang malaysia,bukan orang myanmar"lawak tak? :-)

haha! aah ingat dialog tu. masa tu laila baru sampai kat rumah mak mikail. lepas tu orang gaji tu keluar. lalu timbul la dialog atas tu. kelakar.. ayat pun kedengaran hampir sama

lawak sangat2! :-D