30 Disember 2014,
tarikh aku cashout hasil pendapatan
beriklan bersama Nuffnang. Alhamdulillah, syukur.. Kumpul3x, akhirnya
menjadi bukit. Dengan terujanya, semalam aku cashout earning Nuffnang.
Cashout Nuffnang
bernilai RMxxx.xx
Cashout kali ke-6
Earning Nuffnang selepas cashout tinggal RM0.00
Sebelum-sebelum
ni, aku ada story nak gunakan hasil duit blogging ni untuk beli Sijil
Simpanan Premium (SSP) BSN. Ya, matlamat tu masih aku teruskan untuk hasil
cashout kali ni. Takmo dah nak buang duit beli benda tak berfaedah. Takmo lagi
terkejar-kejar nak beli gajet. Yang akhirnya aku rasakan suatu pembaziran.
Benda dah mencukupi segala, better wang digunakan untuk kegunaan masa depan.
Menabung. Menyimpan. Melabur.
Musibah bencana alam (banjir) buat aku berfikir kepentingan menyimpan
wang
Macam yang kita
tengok di kaca tv, betapa kesiannya pada keluarga yang menghadapi musibah
banjir. Habis segala barangan rumah musnah, barangan elektrik, kereta. Betapa
besarnya kerugian yang ditanggung oleh mereka. Aku membayangkan, betapa
sukarnya mereka mengumpul wang kembali untuk membangunkan rumah, membeli
barangan rumah yang dah musnah akibat banjir. Berat mata memandang, berat lagi
bahu memikulnya. Sama-sama kita amalkan hidup secara bersederhana. Belajar
untuk membuat simpanan wang untuk kegunaan masa hadapan.
Jika ada rezeki
lebihan, hulurkanlah sumbangan bantuan buat masa banjir. Tidak kira sama ada
jumlah yang banyak atau sedikit, hulurkan sumbangan dengan ikhlas. Tanpa perlu
tangan kiri mengetahui apa yang tangan kanan kita lakukan. Moga niat murni kita
diberkati olehNya.
Beriklan bersama Nuffnang adalah paling mudah
Terima kasih pihak
Nuffnang sebab masuk kali ni dah kali ke-6 aku cashout earning Nuffnang. Cara beriklan yang santai. CPUV
banyak membantu aku menjana pulangan lumayan. Walaupun sebelum ni status aku
menjadi non-glitterati gara-gara aku
meletakkan iklan pesaing mereka iaitu Innity.
Earning CPC menjadi rendah dari 25 sen per-klik menjadi 15 sen je. Dalam tempoh
seminggu tu.. aku berstatus non-glitterati. Then bila aku dah remove iklan
Innity, baru status glitterati aku
dikembalikan. Berdesup-desup aliran earning meningkat naik. Alhamdulillah..
Sekarang ni, aku
hanya menggunakan pengiklanan Nuffnang
dan Geniee SSP. Iklan Geniee pun boleh tahan. Alhamdulillah, so far ia tak
jejaskan status glitterati. Korang berminat nak apply iklan Geniee? Boleh baca
kat sini: Cara Daftar
& Sign Up Iklan Geniee SSP
Artikel menarik berkaitan Nuffnang:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
14 comments
tahniah
tahniah banyak rezeki tu syukur alhamdulillah...kak jg sdg tertunggu-tunggu cek nuffnang yg di cashout sebelum raya puasa dulu...
Tahniahhhh.. wahhh murah rezeki :)
wow..3 angka. bestnya, rezeki penutup 2014
tahniah kak, dah kali ke-6 tu casout..
menabung is awesome.. :D
Tahniah ;D
Assalamualaikum yumida. alhamdullilah murah rezeki awak. sheila punya takleh nak cashout la. boleh tak sheila pm nak tanya yumida kat fb?
tahniah Yumida.. semoga makin murah rezeki Yumida.. akak nyer belum lagi cashout.. yelah masih dua angka.. ntah bila nak cecah 3 angka pun tak pasti.. harap boleh menyimpan banyak2 untuk kegunaan di masa hadapan..
amin murah rezeki yumida tahun depan
Assalammualaikum... yumida,
moga rezeki berblog Yumida semakin bertambah.. tahniah untuk Yumida. Thanks atas perkongsian pasal nuffnang kat sini.
mselim3
wah, banyak tu sampai 6 kali.. ^^ Tahniah dan thanks sebab sharing :D
Hai Kak .. Suka baca kisah nuffnang akak nie. Lagi2 yang iklan blogbuster itu hari. Semoga tahun 2015 nanti akan dimurahkan rezeki lagi. inshaallah.. :")
semoga lebih banyak rezeki masuk selepas ini.
aah blh pm. inshaallah mana tahu blh membantu