Kucing
hitam sering dikaitkan dengan benda negatif. Umpamanya
sihir, simbol kejahatan, pembawa malang dan sebagainya. Mitos itu berterusan
sehingga kini dan beberapa negara serta bangsa menganggap kucing hitam
sebagai petanda buruk. Berikut merupakan mitos dan masyarakat dunia mengenai
kucing hitam.
Gambar kucing hitam yang comel! Walaupun comel kehadirannya mengundang kontroversi! Begitu banyak mitos dan kepercayaan karut dikaitkan.
Mitos
& Kepercayaan Karut Masyarakat Dunia Tentang Kucing Hitam
1 Jerman: Dipercayai apabila ada
seekor kucing hitam yang melompat ke tempat tidur orang sakit, kematian akan
menghampiri pesakit.
2 Normandy, Perancis: Ketika dalam
perjalanan, jika terlihat seekor kucing hitam yang sedang menyeberang di tengah
bulan purnama, mereka percaya bahawa mereka akan diserang oleh sesuatu yang
mengerikan.
3 Finland: Masyarakat di sana percaya
bahawa kucing hitam membawa jiwa manusia ke alam ghaib. Juga dikenali sebagai
The Transporter.
4 China: Kehadiran seekor kucing hitam
merupakan petanda bahawa mereka akan terkena penyakit atau jatuh miskin.
5 India: Jiwa yang bergelora dapat
dibebaskan dengan membaling kucing hitam ke dalam api.
6 Benggali, India: Bahawa ada seorang
wanita yang dapat mengubah jiwa manusia menjadi seekor kucing hitam dan setiap
kucing hitam yang disakiti akan menyakiti wanita itu juga.
7 Celts, Ireland: Percaya bahawa
kucing hitam dapat meramalkan masa depan.
8 Druids, Ireland: Pada masa itu,
orang-rang Inggeris kuno percaya bahawa kucing merupakan jelmaan seseorang yang
berbuat jahat di masa lalunya sebelum disumpah menjadi seekor kucing hitam.
9 Melayu: Sekiranya jenazah seseorang
tiba-tiba dilangkah seekor kucing hitam, jasad tersebut akan bangkit dan
menjadi hantu.
Itulah antara amalan kepercayaan masyarakat dunia tentang kucing hitam. Kesian kucing yang
dilahirkan hitam, tak pasal-pasal terpalit mitos karut sebegini. Lahir-lahir je
terus kena benci orang. Malah ada yang begitu percaya bulat-bulat dan sanggup
membuang kucing hitam mereka dari rumah. Sebagai orang Islam, kita
ditegah mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan hukum agama. Kepercayaan
karut sebegini boleh meletakkan kita tergolong dalam khurafat. Berhati-hatilah..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
huhuhu kesiankan kucing hitam menjadi mangsa keadaan.. pernah juga berhadapan dengan kucing hitam mengganggu umah sewa masa study, bila tengok, ia hilang begitu saja..seram juga time tuh..
sy syka kucing hitam sebab kucing hitam nih nampak smart.. hehehe dan mitos paling kejam dimenangi oleh india.. snggup lak dicampak kucing comel xtahu pape nih dlm api... huhuhu
oh noooes... poor kuro neko chan...
kita ada kucing sekor.. warna hitm.. nama dia toru..lalalala..
buat peneman..^^
Sis,
tumpang tanya..
iklan innity effect status special nuffnang tu tak untuk terbaru ni...
sebab ada baca post sis, x effect..
try google ada plk yg cakap effect..
bru lulus iklan innity ni.. tp risau nak ltak kat blog.. hilang status geli2 tu naya.. kempem blog buster dah nak start ni...huhu :)
khurafat je.. hehe
http://pemudattbc.blogspot.com/2014/12/syria-ribat-mujahideen-jabhat-nusra.html
Teringat cerita Sabrina the teenage witch.. kucing hitam dia comeyy.. :)
@nick terkini...innity pesaing nuffnang. klo letak innity kat blog blh jejaskan glitterati