Mitos / Kepercayaan
Masyarakat Melayu, Barat & India Tentang Kucing Hitam
Adakah korang pernah dengar pasal kepercayaan orang dulu-dulu tentang kucing berwarna hitam? Terutama ketika ada orang meninggal, kucing hitam tak dibenarkan berada di
dalam rumah. Orang dulu-dulu percaya, jika
kucing hitam ni melompat atau melangkah mayat tersebut, mayat itu akan
bangkit dan bertukar menjadi hantu! Serius, masa aku kecik-kecik dulu aku
percaya benda ni. Pasal orang dulu-dulu banyak kepercayaan karut! Dah besar
begini, baru aku tahu ianya tidak benar!
Kucing hitam yang comel
Kalau nak bicarakan pasal kepercayaan
orang-orang tua, memang ada banyak pantang larang. Tak boleh buat ni, tak boleh
buat tu. Malah ada sesetengahnya mengamalkan kepercayaan tersebut hingga ke
hari ni. Hati-hati…jangan sampai
kepercayaan tersebut jatuh hukum menjadi khurafat! Sebab tu, apa-apa sahaja
amalan kepercayaan orang-orang tua, kita kena kaji dahulu, jangan percaya dan
buat 100%. Sentiasa rujuk hukum agama
agar akidah kita tak terpesong dengan benda khurafat sebegini.
Bahkan bukan kat negara kita sahaja
yang ada kepercayaan karut mengenai kucing hitam. Di negara-negara Barat, kucing hitam seringkali dikaitkan
dengan unsur-unsur sihir atau magik.
Paling kejam di India, kepercayaan
karut mengenai cara mendapatkan jiwa yang tenang dengan membaling kucing hitam ke dalam api. Gila! Betapa kejamnya
kepercayaan tahayul sebegini. Tak dapat aku bayangkan betapa terseksanya kucing
tersebut dilemparkan ke dalam api, melecur,
mati terbakar!
Kucing
hitam, kucing putih, oren, kuning, coklat, kelabu
semuanya sama sahaja. Kucing tetap kucing, makhluk Allah yang berhak hidup di
dunia ni. Tiada satu pun ayat dalam al-Quran yang menyentuh kucing hitam bakal membawa sial atau nasib
malang. Malah, kepercayaan karut mengenai kucing hitam itu akan menempatkan
kita sebaris dengan golongan-golongan yang khurafat. Bukan sahaja berkaitan
kepercayaan kucing hitam, bahkan kepercayaan karut yang lain-lainnya juga.
Moga-moga kita terhindar dari golongan khurafat.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
macam2 kan
memang karut kan..
kamek takut ngan pusak. hihihihi
memang karut sgt kan.
Kite kat rumah ada kucing hitam gak. Mata biru. Comel angat.
Kitorang bagi nama dia bateri sebab kat bateri jenama eveready kan logonya kucing hitam hehehehe. Nama samaran dia, batt, hihi.
oh janganlah begitu...saya ada bulus 3 ekor hitam semuanya, mereka sangat comel untuk dikaitkan dengan perkara2 khurafat ni
Mmg karut & tak patut utk kita turut mempercayainya kan... boleh jadi syirik nanti... nauzubillah.
mungkin sbb warna dia hitam. itu yang misterious sikit
hu2.. teman memang tak suka kucen kaler hitam.. tapi tu lah.. bila dah dukung n main2 dengan depa.. terasa suka plak.. huhuhuhu.. jiwa kucen betuii..
Salam.. Jemput join Giveaway 2 Year Blog Tengkubutang yea.. Hadiah-Hadiah Wang Tunai dan Topup serta Hadiah lain melimpah di ladang gandum.. hehehehehe.. jom join!
http://tengkubutang.blogspot.com/2014/12/giveaway-2-year-blog-tengkubutang.html