Pesawat Airasia Dari Surabaya
Ke Singapura Hilang – Terputus Hubungan
Terkejut bila menonton Melodi
sebentar tadi. Berita terkini TV3 menyiarkan pesawat AirAsia yang berlepas dari
Surabaya ke Singapura dilaporkan terputus hubungan. Dalam erti kata yang lain,
pesawat AirAsia QZ 8501 menuju ke
Singapura telah hilang!
Pesawat AirAsia QZ 8501 berlepas pada jam 6.20 pagi tadi. Sepatutnya
pesawat AirAsia itu tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi. Namun, pada jam 7.17 pagi
ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah pesawat tersebut
terputus hubungan. Faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal
kehilangan pesawat AirAsia itu.
Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 membawa seramai 155 penumpang.
Pastinya keluarga penumpang AirAsia ketika ini dalam keadaan resah. Proses pencarian
dan menjejaki pesawat AirAsia QZ 8501 sedang giat dilakukan. Kita doakan moga
perkara yang baik-baik sahaja berlaku.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
7 comments
Terkejut eh.
Allahhhhh
terus berdoa....
:( sedih sangat baca news ni
Assalammualaikum... yumida,
semoga pesawat ini dijumpai dalam keadaan selamat.. Amin.
mselim3
pls: teruskan berdoa..
byk insiden melibatkan pesawat tahun ini....moga ahli keluarga dorg tabah...
Berita yg menggemparkan kita semua... walaupun kali ini ia pesawat milik indonesia tetapi isu pesawat hilang ni amat meninggalkan kesan kpd kita semua di malaysia... semoga ia dpt segera ditemukan... aamiin..