Kesan Pemanasan Global Sebab Punca Bencana Alam

Di Kedah, dilanda puting beliung, di Kajang pula dilanda banjir kilat. Nun jauh di Cameron Highlands dilanda banjir lumpur dan tanah runtuh. Macam-macam bencana alam yang terjadi. Adakah ini dikaitkan dengan kesan pemanasan global? Macam yang kita sedari suhu bumi kian meningkat akibat aktiviti manusia yang tak terkawal. Ditambah lagi dengan kes pembalakan haram, penggondolan hutan yang menyebabkan sumber oksigen dan peresapan bahang matahari kian berkurangan.

Manusia berlumba-lumba mengejar keuntungan hingga melakukan kerosakan di bumi. Sikap manusia yang rakus akhirnya memberi kesan kepada orang lain dalam kejadian yang mengundang bencana alam. Lihat sahaja aktiviti penerokaan tanah haram dan pembalakan haram di Cameron Highlands, yang menyebabkan berlakunya banjir lumpur dan tanah runtuh.

Kejadian bencana alam berlaku di Malaysia:

Penebangan hutan tanpa kawalan juga mengakibatkan penggondolan hutan. Banyak hutan musnah akibat sikap manusia yang mementingkan diri. Itu belum lagi kes pencemaran alam. Pencemaran sungai akibat pembalakan haram, pencemaran udara akibat asap kilang, asap kenderaan, kebakaran hutan dan banyak lagi. Ditambah lagi dengan penggunaan CFC dan alat-alat kegunaan isi rumah yang memberi kesan negatif penipisan lapisan ozon.

Haba panas tidak dapat dibebaskan sebab atmosfera kita tak berfungsi dengan baik, jadi terperangkaplah haba di bumi, dalam tempoh yang lama ia menyebabkan suhu bumi menjadi semakin panas. Inilah dikenali pemanasan global.

kesan pemanasan global, sebab dan punca bencana alam berlaku, banjir, tanah runtuh, putting beliung, banjir kilat, kemarau, jerebu, strok haba, punca pemanasan global, pembalakan haram, penebangan hutan, penggondolan hutan
Informasi pemanasan global:

Kesan pemanasan global telah menyebabkan berlakunya banyak bencana alam seperti yang kita boleh tengok pada hari ni. Ambil contoh di negara kita, Malaysia. Bulan Jun 2014 bermulanya cuaca panas yang melampau hingga terasa begitu panasnya bahang matahari. Hingga kita didedahkan dengan istilah Strok Haba. Ianya berleretan hingga ke bulan September 2014. Ketika itu juga, berlakunya musim kemarau, kebakaran hutan, jerebu yang menambah kepada aktiviti pemanasan global. Bulan Oktober pula, berita mengenai banjir melanda di Kedah dan Sabah. Macam-macam masalah timbul kesan pemanasan global.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

habis hutan digondol, habis gunung ditarah.. maka tanggunglah akibatnya..
Mama Niza

Fenomena alam akhir zaman ni yumida...

Awal tahun hari tuh panas melampaum sampai selangor buat catuan air.. tahun nih semusim jer orang tanam padi.. selalu 2 kali.. apapun nih antara tanda2 akhir zaman semakin dekat.. memang menakutkan..