Entry
Denaihati Jadi Rujukan Finalis Program TV: Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2014
Blogger Denaihati
, blogger berpengaruh di Malaysia. Malah seringkali ditemuramah di kaca tv.
Namun siapa sangka di pentas final Mimbar Akhir Pencetus Ummah S2, mata
ini menatap nama penulis artikel entry yang cukup aku kenali! 28.7%
Sahaja Remaja Islam Malaysia Solat 5 Waktu Penuh – Denaihati.
Aaa aa la memang Denaihati! Wah, awesome! Content entry berkualiti di blog
Denaihati menjadi rujukan PU Azman.
Kajian remaja menunaikan solat 5
waktu penuh sehari semalam – 28.7%
Hasil
kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dikalangan remaja Islam Malaysia. Penyelidikan
ini diketuai oleh Prof. Datuk
Shamsul Amri Baharuddin antara Professor, UKM yang
sangat terkenal di Malaysia.
Menerusi dakwah Mimbar Akhir Pencetus Ummah pusingan ke-2, PU Azman telah membawa
tazkirah bertajuk Tak Ada Alasan Tinggal
Solat. Menerusi perkongsian entry Denaihati seperti di atas, ada dinyatakan
kajian mengenai peratusan remaja Malaysia yang solat cukup 5 waktu. Peratusan yang
begitu sedikit. Begitu mencabarnya tugas menjadi ibu bapa dalam mendidik
anak-anak mendirikan solat.
Malah ada juga kes, ketika di alam kanak-kanak
mereka begitu patuh mengerjakan solat, namun bila usia mereka menginjak ke alam
remaja dan dewasa, kewajipan solat dilupakan. Dek godaan zaman serba canggih.
Bagus tazkirah PU Azman ni. Mengingatkan kita sebagai umat Islam yang kadang
kala sering kelalaian. Sumber rujukan yang begitu bernas mengukuhkan dakwahnya.
Cara dakwah yang santai, bersahaja, ada intonasi, mesej meresap masuk ke minda
penonton.
Alhamdulillah, PU Azman telah dinobatkan sebagai juara Pencetus Ummah S2. Tahniah diucapkan! Juga kepada blogger Denaihati, tahniah kerana entry
anda telah menjadi sumber rujukan ramai pembaca. Kejayaan anda dalam
berblogging juga dijadikan inspirasi
oleh ramai blogger di luar sana termasuk diri ini. Moga sukses selalu. Happy berblogging
:)
Info terkini Pencetus Ummah S2:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
2 comments
Sik perasan malam tadik. Kmk hanya dengar jak PU tok sambil online ;D hee
Tu dia.... blogger skrg terutama entri Densihati jadi rujukan.... tahniah DH dan mana2 blogger yg berkongsi info berkaitan keagamaan.