Rasanya semua orang tahu macam mana
bentuk arang ni. Arang terhasil selepas proses pembakaran kayu. Untuk yang
gemar ber-BBQ arang sangat diperlukan untuk memanggang. Arang boleh dibeli
secara mudah di kedai. Tapi tahukah anda, di sebalik warnanya yang gelap gelita
arang banyak manfaat dalam bidang kecantikan dan kesihatan.
kredit foto arang
MANFAAT
ARANG DALAM KECANTIKAN DAN KESIHATAN
1. Kelebihan arang boleh memutihkan gigi
Arang
boleh menarik kekotoran yang terlekat pada enamel gigi sekian lama, sekali gus membersih,
mengilat dan memutihkan gigi serta-merta. Serbuk arang aktif boleh dibeli
di kedai ubat atau farmasi sebelum diletakkan sedikit pada berus gigi yang
sudah dibasahkan. Ia perlu digosok pada gigi sama seperti penggunaan ubat gigi,
biarkan seketika sebelum digosok sekali lagi sebelum berkumur. Ia tidak mempunyai
rasa dan mampu menghilangkan bau mulut, selain membuatkan gigi kelihatan putih,
bersih dan berkilauan. So, kalau anda dalam misi memutihkan gigi, apa kata cuba
arang pula untuk putihkannya.
2.
Arang bermanfaat hasilkan pupur untuk membuang kekotoran pada kulit
Arang
boleh membuatkan kulit muka berseri. Caranya hanya perlu campurkan arang
ke dalam sedikit air, yang sedia ada bancuhan pupur di dalamnya. Sapu ke muka,
kemudian bilas. Arang membantu mengeluarkan kotoran pada kulit wajah dan
membersihkan kulit wajah dengan sempurna. So, dapat la anda memiliki kulit yang
cantik berseri-seri dengan pupur bancuhan arang ni.
3.
Arang membantu mengatasi masalah kembung dan senak perut
Setiap kali didatangi haid, wanita
sering rasa tidak selesa, malah berasa sedikit ‘gemuk’ di bahagian perut. Arang menyerap gas dan toksin daripada
sistem pencernaan dan menyingkirkannya, lalu membuatkan badan terasa lebih
ringan. Ambil arang dalam bentuk tablet dua jam sebelum dan selepas makan untuk
mendapat kesan terbaik.
4.
Arang membersihkan kulit kepala
Arang
boleh membersihkan kulit kepala dengan sempurna dan menggalakkan
pertumbuhan rambut sihat. Caranya hanya campurkan sedikit arang ke dalam
syampu yang anda selalu guna kat rumah. Dengan mudah anda memiliki rambut yang
sihat dan cantik.
5.
Lembutkan kulit dengan campuran arang
Dapatkan kulit yang bersih dan
lembut dengan mencampurkan arang
dengan syampu mandian. Hasilnya anda akan memiliki kulit badan yang cantik
dan lembut.
6.
Arang sebagai maskara dan penggaris mata buatan sendiri
Wah hebat you! Boleh hasilkan barangan
make up sendiri. Caranya campurkan sedikit air dan arang aktif untuk membentuk cecair likat. Sapu pada bahagian mata
menggunakan berus penggaris mata dan berus maskara untuk mendapat kesan sama
seperti alat mekap yang dijual di pasaran. Mesti akan jadi cantik jelita.
7.
Arang boleh merawat jerawat dan menyihatkan kulit
Disebabkan arang bersifat membuang
toksin, ia juga boleh menjadikan kulit bebas daripada masalah seperti
jerawat atau kulit berminyak. Hanya sapukan sedikit arang aktif bercampur sedikit air pada muka. Biarkan seketika
sehingga kering supaya ia dapat menyerap segala kekotoran sebelum dicuci
bersih. Wah sangat simple dan mudah. Boleh cuba bagi yang ada masalah jerawat
dan nak dapatkan kulit cantik sihat.
Itulah 7 manfaat arang dalam bidang kecantikan dan kesihatan
manusia. Banyak fungsi dan kegunaan arang ni. Kelebihan arang
bukan sahaja sebagai bahan bakar. Pada yang ingin memiliki kulit yang cantik,
boleh cuba tips kecantikan dari arang di atas.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
petua orang lama untuk putihkan gigi. :) licha klik inti this morning
yang tau untuk gigi jer.. banyak lagi manfatnya.. apapun thanks Yumida.. nice sharing..
walaupun hitam pekat tapi byk juga manfaat dia :)
nice sharing..
macam pelik kan, pakai arang untuk jadi putih. ironinya.
@Diana Rashid rasanya kayu arang x sama dgn batu arang. sbb aritu pergi kat kedai, beli arang batu.