Giveaway: Blogger 1 Malaysia

KLIK BANNER UTK JOIN



Saya blogger dari Sarawak.

Sebab menjadi blogger:

1. Menambah rakan maya
Seronoknya dengan berblog saya mempunyai rakan maya dari pelbagai tempat dan negara. Malah siapa sangka, rakan-rakan yang saya kenali ini menjadi pembaca setia di blog saya. Juga saya mempunyai rakan maya di negara jiran antaranya blogger dari Brunei dan blogger dari Indonesia.

2. Suka membuat review produk dan berkongsi testimoni bersama pembaca
Segala jenis produk yang saya beli dan pakai akan saya buat review di dalam blog. Gambar produk, fungsi produk, harga produk, lokasi membeli produk akan dikongsikan sekali. Moga-moga dapatlah menyalurkan informasi pada yang mencari.

3. Suka berkongsi tips travel berdasarkan pengalaman sendiri
Saya juga gemar berkongsi tips travel. Terhasilnya ilham akan tips melancong ke luar negara, persediaan sebelum melancong, promosi tempat menarik untuk dikunjungi, cara membuat tentatif program pelancongan. Moga dengan perkongsian sebegini, dapat membantu mereka yang lain dalam membuat perancangan percutian melancong.

4. Suka berkongsi pandangan umum isu semasa
Saya juga gemar mengupas tajuk yang terpampang di dada akhbar. Mengulas mengenai topik tersebut. Mengaitkan berita dengan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup saya. Antara isu yang pernah saya utarakan: MH370, virus MERS, fenomena el-nino, jerebu, strok haba, musim banjir dan banyak lagi.

5. Suka berkongsi resepi masakan dan resepi kek
Memandangkan saya seorang isteri, saya gemar memasak. Hasil air tangan sendiri, saya upload gambar ke blog dan berkongsi resepi masakan buat pembaca. Malah, saya juga menyediakan resepi memasak paling mudah! Yang kurang arif di dapur, jangan risau. Rahsianya ada dikongsikan dalam artikel blog ni.

6. Suka review program tv/ drama tv mengikut cara tersendiri
Menyiarkan sinopsis drama tv, OST drama tv (lagu tema), penyenaraian barisan pelakon, snap sendiri scene gambar di kaca tv dan membuat ulasan (kritikan membina) bagi sesebuah program realiti tv.  Artikel episod akhir sesebuah drama juga diselitkan. Isi penulisan digarap dengan gaya tersendiri hasil tontonan program tersebut.

7. Ingin menjana pendapatan Nuffnang menerusi berblog
Alang-alang dah ada kemudahan internet, dah memiliki platform blogspot, mengapa tidak digunakan dengan sebaiknya. Melalui berblog ni, saya cuba meraih pendapatan menerusi pengiklanan Nuffnang. Alhamdulillah..usaha saya memberi pulangan bila mana saya berjaya meraih income sebanyak RM1,714.50 earning Nuffnang dalam masa 13 hari sahaja.

8. Menyertai peraduan online sebanyak mungkin!
Saya gemar menyertai peraduan online sama ada dianjurkan blogger atau syarikat besar. Pertandingan dalam bentuk gambar terkreatif, mencipta quote terbaik, pertandingan meneka, pertandingan menghasilkan video dan macam-macam bentuk pertandingan. Saya pernah menang hadiah hamper dari Pixy, Fair & Lovely, Laurier, Spa dan macam-macam lagi. Akan datang, saya bakal menerima ganjaran RM100 atas penyertaan contest video merdeka. Saya seronok menyertai peraduan online, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Itulah antara sebab-sebab saya menjadi blogger. Kalau nak huraikan semua memang banyak. Banyak kelebihan apabila bergelar seorang blogger. Jangan sia-siakan penggunaan internet. Manfaatkan apa yang ada dengan sebaik mungkin.

TAG:

TAMAT: 27/09/2014
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

8 comments