Jom Shopping Kebaya Nyonya di Izzlegacy Boutique

Alhamdulillah, menerima bungkusan pos laju yang datangnya dari Izzlegacy Boutique. Dek excited, terus ku robek plastiknya. Ku jenguk ke dalam, yey…di dalamnya ada 1 sut baju kebaya nyonya. Nak tengok? Jom terjah!

Jom Shopping Kebaya Nyonya di Izzlegacy Boutique
 Baju kebaya nyonya – kain putih, bersulamkan benang pink + biru. Gabungan warna yang menarik!

Jom Shopping Kebaya Nyonya di Izzlegacy Boutique
Kain kebaya nyonya – kain hitam, berserta corak batik berwarna purple + coklat muda. Santek!

First time tau aku memiliki baju kebaya nyonya. Before ni selalu pakai baju kurung moden je. Terbayang-bayang dah..betapa ayunya aku menggayakan baju kebaya nyonya ni. Boleh pakai masa ke open house nanti, majlis ramah tamah Aidilfitri, pergi kenduri. Terserlah keayuanku. Makasih bebanyak buat Izzlegacy Boutique atas hadiah ni. Moga Izzlegacy Boutique sentiasa dimurahkan rezeki.

Nak tahu di mana terletaknya Izzlegacy Boutique? Nak tahu jugak barangan apa yang dijual di Izzlegacy Boutique? Jom!!!

Butik Izzlegacy terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Izzlegacy Boutique mempunyai lebih kurang 600 design baju kebaya nyonya berjenamakan Izzkebaya. Pergh….memang banyak!

Respon pelanggan Izzlegacy Boutique selepas membuat belian:
Ramai yang telah membeli kebaya nyonya Izzlegacy (Izzkebaya) dan sangat berpuas hati dengan sulaman kebaya yang halus dan jahitan yang kemas.

Jom Shopping Kebaya Nyonya di Izzlegacy Boutique

Rangkaian produk dijual di Izzlegacy Boutique:
Pelbagai jenis kelengkapan kebaya ada dijual di butik Izzlegacy seperti kain pareo, kain batik kembang payung, kain batik selisih, kain songket dan pelbagai jenis kerongsang kebaya. Selain dari baju kebaya nyonya, anda boleh dapatkan pelbagai jenis produk yang lain seperti jubah muslimah, baju kurung moden, baju kurung cotton, candy dress, flat shoe, blouse, tudung bawal, aneka shawls, baju kurung kanak-kanak, dress kanak-kanak, kebaya kanak-kanak, aneka jenis biskut dan banyak lagi produk dibawah satu bumbung. Untuk melihat produk-produk di Izzlegacy Boutique, anda boleh layari laman web rasmi Izzlegacy Boutique dengan klik pada link berikut: http://www.izzlegacy.com

Hebat tak? Banyak pilihan, banyak design, banyak warna…pastinya memenuhi cita rasa kita semua! Boleh order kebaya nyonya mengikut saiz tubuh badan kita. Hingga yang saiz super XXXXL pun ada! Jom bergaya dengan kebaya nyonya di Izzlegacy Boutique!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

12 comments

Cantekkkk ;D

Assalamualaikum yangg, comelnya. sheila tak reti sangat berkebaya ni. pernah ada satu koleksi je warna pink. tu pun dapat free masa jadi dulang girls anak bos nikah tahun yang lepas2. hihiii

Assalamualaikum dan salam singgah dik Yumida...cantiknyer kebaya nyonya tu...

Assalamualaikum dan salam singgah dik Yumida...cantiknyer kebaya nyonya tu...

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Eh eh.. Sama pula kebaya ni dengan header baru blog yumida ya

Adakah ini suratan atau kebetulan

HAri hari tengok header.. Lama lama jadi betul

Oh header ramdhan harii tu yumida.. dah tukar lagi baju baru :) Header naik skuter tu

cantik betul.. sama laa xpernah ada lagi koleksi kebaya nyonya.. tapi sekarang lebih selesa pakai baju kurung dan baju kurung moden.. memang rezeki Yumida.. tahniah Yumida..

Wow .cantiknyerrr ............Mesti cantik bila Yumida yang memakainya ..

cantiknya kebaya..akak suka kebaya macam ni