Soalan
Bolehkah Bersukaria Di Hari Raya??
Kita sering dilanda persoalan, adakah dibolehkan kita bersukaria di hari perayaan. Adakah kita ditegah untuk bersukaria di hari raya dan hanya bersedih sahaja?
Kita sering dilanda persoalan, adakah dibolehkan kita bersukaria di hari perayaan. Adakah kita ditegah untuk bersukaria di hari raya dan hanya bersedih sahaja?
Jawapan Bolehkah Bersukaria Di Hari
Raya
Bergembira
di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam
bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan
dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.
Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :
"Biarkan ia (wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.
Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
"Sesiapa yang merasa gembira
apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya,
itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi
: Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).
Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.
Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).
Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.
Sumber: Bersuka ria di Hari Raya
Salam lebaran
buat semua..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
12 comments
orang2 yang terpilih je boleh bersuka ria..janji jangan riak..
great piece of sharing yumida... *_^
bersuka ria meraikan kejayaan kita menahan nafsu serta lapar dan dahaga di bulan Ramadhan.. jangan berlebih2an sehingga melakukan pembaziran dan menimbulkan riak..
selamat hari raya diucapkan ;-) teruskan berkongsi ya dengan pengalaman dan cerita baru..baru dapat info lebih skit kan.. ;-) aikk baru aku perasan katun ataih tu lain skit tidak katun tu pakai baju putih naik moto kan hehehe..comei2..design satu katun untuk aku bleh x Yumida? tema dia ala2 hero LAtin skit
kena berpadaaa-pada.. kan ? hehehe.. Selaamt Hari Raya ! :)
Bergembiralah asal jngn melampaui batas dan berlebih2 kan... thanks sharing Yumida..
hihihi..header ni dibuat awal hari tu
skrg agak busy masih bercuti raya di kpg
Bersukaria jgn melampaui batas.. :)
Nice sharing ;)
Selamat hari raya ;D
Salam Aidilfitri Yumida
Suka suka jugak tapi jangan kita lalai dan leka
Bergembira d hari raya yang penting jangan sampai kita lalai hingga terlupa yang yg penting...berpuasa enam d bulan syawal..