TAMAT: 22/08/2014
Gambar
kemeriahan Raya tahun 2014
Sebab saya mahu duit raya daripada sekilass.com
kerana…
1. Agar saya boleh mengakses internet di penghujung bulan Syawal ini, memandangkan
saya sendiri menggunakan broadband Celcom jenis topup. Yang memerlukan kredit
topup setiap bulan. Andai dapat hadiah duit raya daripada sekilass.com,
alangkah seronoknya. Boleh saya topupkan
kredit broadband. Boleh saya kongsikan kisah Raya, saki baki biskut yang
masih tinggal selepas sambutan Raya, omelan mengenai hari kemerdekaan dan hari
Malaysia yang bakal menjelang tak lama lagi…boleh membebel di blog, Facebook,
Twitter dan Instagram.
2. Hadiah duit Raya tu nanti boleh cover
perbelanjaan bagi persiapan membuat kek dan biskut Raya lepas. Memandangkan
banyak perbelanjaan dikeluarkan untuk kos membuat kek/biskut. Adalah 1 bonus
bagi saya jika terpilih mendapat hadiah duit Raya daripada sekilass.com. Syukur
sesangat.
3. Hadiah duit Raya sebagai sebahagian bajet untuk beli minuman drinking water 2 kotak. Sekarang ni kat tempat saya
menghadapi masalah ketiadaan air yang dah berlangsung selama 3 minggu
berturut-turut. Tangki biru simpanan air dah makin cetek. Nak pi jerang air
pun, ada tompok kaler hitam dan coklat. Dah tak sanggup nak minum lagi. So,
andai ditakdirkan rezeki buat saya, semestinya saya akan happy! Dapat la
menambah 2 kotak lagi minuman drinking water. Air bersih untuk diminum.
4. Hadiah duit Raya dapat saya kongsikan bersama kucing-kucing kat
rumah. Plan nak bagi wet food. Ala
yang bungkus kecil tu, 1 bungkus harga RM1.50. Ingat nak rembat 4 bungkus.
Sesekala kucing layan makanan berkhasiat sure diorang suka giler.
5. Nak buat simpanan jugak.
Kot-kot ada rezeki kan..hihi. Selepas ditolak dengan semua di atas, baki
simpanan masuk dalam bank. Moga-moga beranak pinak la duit di dalam. Menabung penting
untuk masa depan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Itulah
perancangannya. Itu pun kalau ada rezeki. Alangkah seronoknya jika terpilih
sebagai pemenang bertuah.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
All the best Yumida..
Gudluck sis!lama Nana xsinggah sini. Selamat hari raya maaf zahir & batin ye sis :)
Nice info
Semoga berjaya dik Yumida.
all the best taauu =D