KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 16/09/2014
Salam kemerdekaan ke-57 buat semua
Malaysia telah mengecapi kemerdekaan selama 57 tahun. Alangkah
bertuahnya aku dapat menikmati kehidupan berharga di bumi merdeka ini. Aku
bersyukur dapat merasai hasil pembangunan dan kejayaan yang telah dicapai oleh
Malaysia. Pastinya keamanan dan kemakmuran negara akanku pertahankan sampai
bila-bila.
Berbicara mengenai kisah merdeka, ada 1 kenangan yang mencuit hatiku.
Setiap kali teringat balik, pasti membuatkan aku tersenyum seorang diri.
3 buah kelas tingkatan 4 telah dipilih untuk membantu guru-guru
dan staf sekolah memasang bendera sempena menjelangnya hari kemerdekaan 3
minggu lagi. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Selepas menerima
arahan, aku dan rakan-rakan yang lain dalam group yang sama bergerak ke arah
lokasi memasang bendera.
Memandangkan kami dari kelas yang berbeza, agak kekok untuk kami
berbual mesra. Sunyi sepi..’krikkrikkrik’. Hanya tangan yang beraksi tangkas
membuat kerja.
Zulkifli, orangnya tinggi lampai, kurus, berkulit cerah menjadi
orang penting dalam group kami. Tugasnya memasang bendera di kawasan tinggi,
pada pagar sekeliling sekolah. Tugas kami pulak mengikat tali bendera pada
batang dan menghulurkan bendera yang telah siap diikat pada Zul.
Pada awalnya, segala perancangan kami berjalan lancar. Tetapi pada
petangnya turunnya hujan gerimis. Memandangkan hujan tidak begitu lebat, kami
meneruskan kerja memasang bendera. Al maklum la semangat nak sambut hari
merdeka. Lagi pun ianya nampak cantik bila melihat bendera berkibar-kibar dari
jauh sepanjang perjalanan menuju ke sekolah.
Memasang bendera pada bahagian bukit agak begitu mencabar bagi
kami. Ditambah lagi dengan ketinggian pagar yang perlu digapai. Kami mengambil
kerusi untuk memudahkan Zul memasang bendera. Entah macam mana, tiba-tiba kami
semua jatuh tergelincir. Segalanya berlaku sepantas kilat! Dup!! Bunyi yang
agak kuat diikuti bunyi mengerang kesakitan.
Bila aku menoleh ke tepi, sah semua orang jatuh bergolek! Zul
jatuh agak jauh dari kami memandangkan dia yang berada di atas kerusi. Aku dan
kengkawan lain segera mendapatkan Zul. Kot-kot dia cedera, dah la tergelincir
di kawasan tinggi.
Tetapi bukan bantuan yang kami hulurkan, hanya gelak ketawa yang
tak berkesudahan. Sampai sakit perut kami gelak. Zul jatuh tergelincir hingga
terkoyak seluarnya. Menampakkan spendernya yang berwarna merah terang! Walaupun
dirinya cuba untuk cover bahagian yang terkoyak tu, namun masih jelas, warna
merah terserlah keluar. Bukan kecik bahagian koyak tu. Besar! Hadoi…memang
kelakar. Zul bertambah panik bila makin ramai rakan yang lain datang
menghampiri. Zul mengambil kerusi untuk menghalang pandangan rakan lain menatap
seluarnya yang terkoyak. Yang lainnya masih tergelak geli hati. Nasib baik ada
yang hulurkan baju singlet.
Kerja memasang bendera ditangguhkan. Sejak kejadian tu, hubungan
aku dengan rakan dari kelas berlainan bertambah rapat. Kami dah tak kekok untuk
berbual. Zul pulak..haha..tersipu-sipu malu setiap kali melintas di hadapan
kami. Kami pulak yang jadi pelajar nakal mengusik dia. Kenangan lama mengusik
jiwa :)
Salam kemerdekaan ke-57 buat semua
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
14 comments
Selamat bersegmen dear :)
Semoga berjaya
Moga murah rezeki
Selamat bersegmen
Assalamualaikum dan selamat pgi dik Yumida..selamat bersegmen dan semoga berjaya dik..
selamat bersegmen & good luck...^_^
All the best Yumida..nak join juga laa..
all the best dear =D
Selamat Bersegmen Yumida
Good Luck & All the Best Yumida
Terima kasih Yumida tolong promote ^_^
Pengalaman lalu kita kekadang buat kita tersenyum. Apa pun semoga berjaya dan salam merdeka dari zumal ^_^
Salam Yumida, zumal akan umumkan pemenang pada 20 September 2014 ini, nantikan yer. Sekarang boleh semak link dan berblogwalking sesama peserta di sini http://azmworld.blogspot.com/2014/09/senarai-peserta-segmen-ceritera.html
singgah sini dari segmen yang sama :)
http://www.feetrimahadzir.com/2014/08/segmen-ceritera-merdekaku-by-dunia-zumal.html