Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta merupakan tema merdeka tahun 2014. Tema ini diambil
dalam rangkap pertama lagu Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Mendengar sahaja dendangan lagu patriotik ni, sudah cukup membuatkan semangatku
berkobar-kobar menjunjung nama Malaysia.
Perasaanku menjelangnya Kemerdekaan ke-57 Malaysia
Alhamdulillah, syukur kupanjatkan pada
Yang Maha Esa. Kerana memberi peluang buat diriku yang bergelar rakyat Malaysia
mengecap nikmatnya keamanan bumi Malaysia. Walaupun tahun 2014 ini dipenuhi
dengan dugaan yang begitu berat, menyedihkan..musibah inilah yang telah
menyatukan hati semua rakyat Malaysia. Bersama-sama berdepan mengharungi
musibah dan dugaan dalam menerajui Malaysia.
Rasa gembira dan teruja menanti hari
bersejarah buat Malaysia, iaitu Hari Kemerdekaan ke-57 tahun 2014 ini. Malah aku
turut membantu suami melekatkan bendera pada kereta tanda sokongan penuh diriku
untuk sambutan merdeka. Setiap kali kereta bergerak, setiap kali itu juga bendera
berkibar dengan rancaknya. Merasa senang, tenang, ceria..melihat kibaran
bendera Malaysia. Alangkah bertuahnya aku hidup di bumi yang telah merdeka ini.
Alhamdulillah..
Malah, dengan usahaku telah ku reka
cipta sebuah header blog seperti mana boleh dilihat di atas. Comel tak? Moga
pembaca blog yang memandang, menyuntik semangat patriotik dalam diri mereka.
Menyemai rasa cinta buat negara.
Hari Merdeka, 31 Ogos 2014, aku tidak
ke mana-mana. Seawal 8 pagi aku bersedia duduk depan tv untuk menantikan
rancangan sambutan Hari Merdeka. Perbarisan, persembahan, kereta
berhias..menghiburkan. Alhamdulillah, aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Yang telah
mencapai kemerdekaan, negara aman damai, masyrakat berbilang bangsa yang hidup
harmoni dan bersatu padu. Itulah gambaran perasaanku ketika menjelangnya Hari Kemerdekaan buat Malaysia kali ke-57.
Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Lahir di bumi Malaysia merupakan anugerah tak
ternilai. Aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan
ke-57 pada tahun ini. Dapat menikmati arus pemodenan, merasai pembangunan
negara yang mana banyak memberi kelebihan buat diriku. Terima kasih buat
perwira negara yang telah memerdekakan Malaysia selama ini. Perjuangan akan aku
teruskan, mempertahankan kemakmuran Malaysia sampai bila-bila.
Pengorbanan pemimpin dan pahlawan negara begitu
besar jasa mereka pada Malaysia. Aku? Apa sumbangan aku pada negara? Bagaimana aku
membuktikan rasa cinta pada negara?
Peranan diriku dalam menyemarakkan rasa cinta pada Malaysia:
1. Hidup bersatu padu dengan kaum/bangsa lain
Indahnya menjadi rakyat Malaysia, walaupun
berbilang bangsa tetapi hidup dengan penuh damai harmoni. Alhamdulillah.
Perpaduan inilah yang perlu kita kekalkan. Menghormati kaum lain, bertoleransi
dan saling bekerjasama pastinya dapat mewujukan kesepakatan. Tiada rusuhan,
tiada perkauman. Melayu, Cina dan India semuanya bersatu padu. Apatah lagi di
tempat kelahiranku di Sarawak, mempunyai 30 suku kaum etnik. Banyak bukan? Jagalah
perpaduan demi keharmonian negara kita yang tercinta.
2. Membeli produk buatan Malaysia
Aku 100% menyokong barangan buatan Malaysia. Sama
ada barangan dapur, makanan, pakaian, segalanya ‘Made in Malaysia’. Malah
kenderaan yang membawa aku ke hilir dan ke hulu juga daripada jenama Malaysia
iaitu Alza. Aku yakin, produk Malaysia begitu berkualiti standing jenama luar
negara. Proton, Produa, Midea, Panasonic, Agromas, Ayam Brand, Saji, Jalen,
Ramly. Oh kalau nak disenaraikan cukup panjang. Aku berbangga dengan usaha
rakyat Malaysia, menghasilkan pelbagai variasi produk tempatan sehingga
dieksport ke luar negara. Alhamdulillah. Produk buatan Malaysia..pilihanku!
3. Bersatu padu mengharungi cabaran dan dugaan bersama
Malaysia
Tahun 2014 ini begitu banyak cabaran yang
diharungi oleh Malaysia. Dengan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370
dan juga MH17 yang menjadi korban peperangan antara 2 negara besar. Umpama
jatuh ditimpa tangga. Namun, aku akan tetap menjadi tulang belakang Malaysia.
Bersama-sama mengharungi dugaan yang diterima Malaysia.
4. Berusaha untuk kejayaan dan kegemilangan Malaysia
Akan ku perah segala keringat dan tenaga
untuk kemajuan Malaysia. Menjadi pekerja yang produktif agar dapat memantapkan
ekonomi negara. Bersama-sama memacu Malaysia ke puncak kejayaan.
Usaha yang ditunjukkan oleh pelajar UiTM. Tersentuh melihat usaha gigih mereka. Di pekan kecil ini, alhamdulillah masih ada semangat kemerdekaan ditunjukkan.
Merdeka bukan hanya pada laungan sahaja. Tunjukkan
usaha, membuktikan cinta kita. Semarakkan semangat kenegaraan dalam diri. Semai
rasa kasih, rasa sayang pada Malaysia. Moga kibaran jalur gemilang sekencang
cinta kita pada negara. Perpaduan utuh, rakyat hidup bersatu padu. Harapanku agar
keharmonian Malaysia berkekalan selamanya. Selamat Hari Merdeka! Malaysia tanah
airku.
Kengkawan semua, jom sertai segmen anjuran Denaihati bertajuk Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Zahirkan rasa cinta korang pada negara
dengan klik di SINI. Jom!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
10 comments
Salam Kemerdekaan Kak Yumida !!
selamat merdeka
Salam Merdeka kak ;D
Tag ktk:
http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
Semoga Allah sentiasa melindungi & menganugerahkan Malaysia dgn kemakmuran serta keharmonian yg berpanjangan... aamiin.. Merdeka!!!
Selamat hari kemerdekaan..
p/s akak tag Yumida untuk segmen http://izzeyda.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
Selamat hari kemerdekaan Malaysia yg ke 57....
Selamat hari kemerdekaan..Yumida..
Salam Merdeka Yumida ^_^
Salam kemerdekaan ke-57 kepada seluruh rakyat Malaysia. Cintailah Negara Kita Malaysia. Malaysia Tumpah Darahku....Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.