7 Amalan Di Hari Raya

7 Amalan Di Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha


Di hari lebaran yang bermakna buat umat Islam, kita digalakkan untuk:


1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

5) Memakai pakaian terbaik yang ada

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi

Nabi pernah bersabda :
Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sumber: Amalan Hari Raya

Moga bermanfaat buat semua. Sambil menyambut lebaran, sama-sama kita amalkan 7 Amalan Di Hari Raya seperti dinyatakan di atas. Salam Syawal :)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

12 comments

Sekejab saja dah habis kan... Tunggu tahun depan plk...

no 2, lepas solat baru saya makan. hehe

sekejap jer masa berlalu..sudah masuk hari ke 8 kita beraya pada tahun nih..

Selamat hari raya kak yumida ;)

berakhir sudah hari raya ke 7 semalam :) happy sangat raya bersama famili

Berahir sudah raya pertama kedua ketiga - ketujuh ..kini syawal ke 8 pulak ...
Jom beraya jomm

Perkongsiaan yang menarik untuk kita jadikan amalan kepada semua..