Pergh! 3 sekaligus berlaku serentak!
Takde elektrik bermula pagi ni hingga petang nanti. Takde air memang dah lama
dah. Berlarutan 3 minggu takde air. Takde signal handphone bermula Khamis
lepas hingga ke hari ni. 1 line pun takde..kosong..kosong. Rasa macam jauh terpinggir dari
pemodenan Malaysia. Haiya…dugaan.
Ketiadaan air yang dah berlaku sekian
lama, tak aku ketahui puncanya. Nasib baik pakcik lori sudi hantarkan air. Alhamdulillah,
dengan air tu dapat la digunakan untuk kegunaan harian.
Takde elektrik, hope bukanlah berlaku
dalam tempoh yang lama. Pernah berlaku sampai ke tengah malam pun elektrik
masih tak kunjung tiba.
Takde signal handphone. Yang ni buat
aku pelik. Tetibe takde line telefon. 1 bar pun takde..memang kosong. Agak payah
bila kita menunggu panggilan yang begitu penting. Apakan daya, aku hanya insan biasa.
Bukan superman yang boleh baiki kesemua. Menunggu…ye…menunggu je la…
Hari Sabtu hari ni, aku dah plan
dengan insan tersayang. Nak pergi dating menenangkan hati. Hihi.. Hope balik
petang nanti, elektrik dah ada.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
3 sekali gus..wow dasat ni..huhu
eh mati kutu lah seme xde
adoi kak...sdgkn iman xd elektrik pon dah ngelabah
Yaaaa teruk bah..
back to nature :)