Alhamdulillah,
selepas menunggu 3 bulan akhirnya Jumaat lepas aku call pihak JPN. Tanya, mykad
yang aku renew hari tu dah siap ke belum. Before ni aku tertunggu-tunggu gak
panggilan dari pihak JPN suruh collect mykad. Takde. Patutnya kalau mykad tu
dah siap mereka akan call.
Mykad | Kad Pengenalan | IC | Identity Card
Dulu nama
mykad ni orang panggil kad pengenalan. Atau nama omputihnya IC (identity card).
Sekarang nama baru mykad.
Gambar mykad
Macam ni la rupa baru mykadku yang terkini. Wajah dan info haruslah diblur. Hihi… Takmo jadi famous amos nanti. Kang jadi retis susah pulak nanti.
Yeah, senang dah nak simpan mykad ni dalam purse. Before ni pakai kad pengenalan sementara. Yang pakai kertas tu. Payah nak simpan dalam handbag. Makan space. Nak tengok dokumen pengenalan sementara aku? Meh aku tayangkan. Mana tahu suatu hari nanti korang bakal pakai dokumen pengenalan sementara ni jugak.
Dokumen pengenalan sementara
Iye..tahu korang kata besar. Kertas ni aku lipat 2 kasi taruk dalam handbag. Kertas ni agak tebal sikit. Untuk mengelak ia daripada cepat terkoyak. Yeah…dah 3 bulan dokumen pengenalan sementara ni aku bawa ke sana ke mari. Sure dia happy sakan pasalnya dia boleh menikmati suasana bazaar ramadhan. Seronok la tuuuu!
Selamat tinggal dokumen pengenalan sementara, selamat datang mykad ku yang terbaru!
Info berkaitan:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
12 comments
Kalu buat kat JPN memang la lama nak tunggu. Tapi kalu buat kat UTC, tak perlu pun kertas besar ni, sebab 1 hari jer dah siap.
Ni MyKad baru memang ada 2 gambar. Saya punya MyKad tahun lepas dah kena tukar baru dah. Sebab gambar 1 saja.
Lamanya siap lya wat ari tu kat Jpn kk 4jam je siap hhee
Wahh dah siap eaa..yeyy mykad baru ..tahniah tahniah hehehe
Salam..lamanya tunggu..buat kat mana ni?
klu kat Ipoh ni dalam 2 jam shj dah siap semua..
Nak jugak buat yang baru..
Alhamdulillah :)
akhirnya
nak buat yang baru juga
seronok dah kan dpt mykad yg baru..
tak buat pun lagi yang baru..ntah bila la nak merajinkan diri tukar mykad baru nih..
3 bulan? lama nye kak
Siap akhirnya... :)